Demam dan Batuk Kahak Punca Hiatus

Monday, May 11, 2015

Assalamualaikum. Rasa macam lama sangat dah Ayue tak update blog kan? Bukan sengaja, tapi Ayue memang tak larat nak mengadap laptop ni pun. Apatah lagi nak menaip. Demam berulang-ulang dan batuk berkahak betol-betol buat badan Ayue lemah tak bermaya. Kepala pula pening macam nak pecah. Seminggu lebih juga lah Ayue menahan sakit ni.

Kalau sebelum ni Ayue dengar banyak kes demam viral yang menyerang kanak-kanak termasuklah anak buah Ayue sendiri. Ada yang sampai kena masuk ICU bagai. Kesian sebab antibody mereka masih belum kuat. Kena cucuk jarum, masuk air. Alahai, tak sampai hati nak tengok. Mujur semuanya dah makin sihat sekarang. Termasuk lah Ayue.

Kat bawah ni Ayue nak senarai kan antara petua untuk melawan demam selain daripada makan ubat.

  1. Rehat secukupnya. Baring atas katil. Tidur.
  2. Tidur sekurang-kurangnya 12 jam atau lebih setiap malam untuk melawan sakit.
  3. Duduk dalam persekitaran yang lembab dan panas, tapi jangan terlalu panas. Ia dapat melancarkan saluran pernafasan supaya dapat membantu singkir dan bersihkan lendir dan kahak.
  4. Minum banyak air masak.
  5. Kumur air garam yang suam untuk kurangkan gatal tekak atau sakit tekak.
  6. Kalau kepala terlalu panas, lumurkan air asam jawa di kepala dan biarkan semalaman.

Ni antara petua-petua yang selalu Ayue buat untuk kurangkan demam dan batuk. Kalau mak ada, cepat sikit baiknya kan. Tapi sebab kena buat sendiri, mak jauh kat kampung pula. Lambat sikit baiknya. Tapi syukur alamdulillah, dah makin sihat dah Ayue ni. Petua paling mujarab adalah guna air asam jawa, sama ada lumur atau minum. Bagus sebenarnya asam jawa ni. Masam pun masam lah. Janji sihat. Hehe.




xoxo,


post signature


You Might Also Like

3 comments

Youtube Channel

Blog List

Blog Archive