Soufeel Jewelry | Charm Bracelet Hadiah untuk Orang Tersayang

20 May 2015

Assalamualaikum. Siapa suka pakai bracelet kat sini? Ayue suka sangat ok. Kalau tak pakai tu rasa macam tak lengkap je bila keluar rumah. Mesti nak ada matching dengan baju. Hehe. Kali ni Ayue nak beritahu anda satu jenama yang ada macam-macam aksesori yang sangat cantik iaitu SOUFEEL.

Pernah dengar tak? Kalau tak pernah, ni Ayue nak beritahu. Soufeel ni merupakan satu jenama barang kemas antarabangsa yang sangat terkenal dengan sterling silver charm bracelet yang boleh dibuahsuai mengikut citarasa kita.


Wah, menariknya. Siap boleh ubahsuai lagi charm yang kita nak tu. Berjam-jam Ayue duduk mengadap PC semata-mata nak pilih charm yang paling sesuai dengan Ayue. Banyak sangat yang cantik-cantik sampai tak tahu nak pilih yang mana satu. Pilihan charm yang ada memang menepati citarasa pelbagai peringkat umur.

Soufeel menawarkan pelbagai aksesori selaras dengan slogan mereka iaitu "For Every Memorable Day" yang bermaksud untuk setiap hari yang bermakna untuk anda, ada charm yang anda boleh semadikan di bracelet anda tu. Menarikkan. Hari kahwin ke, birthday ke, atau hobi sekali pun, ada di Soufeel.

Eh, panjang sangat dah intro ni, meh Ayue nak tunjuk apa yang ada di website Soufeel yang dimulakan sejak tahun 2011 ni.


Soufee mempunyai cawangan di lebih 70 buah negara dan 6 benua termasuk Eropah, Amerika Utara dan Asia Pasifik. Selain dari bracelets dan charm, Soufeel juga mempunyai pelbagai lagi aksesori yang boleh anda pilih, antaranya cincin, subang dan rantai.


Selain tu, anda juga boleh pilih sama ada yang dah siap complete set atau nak pilih charm anda sendiri. Oh ya, ada juga complete set yang boleh dihadiahkan untuk orang tersayang tau. Antaranya untuk ibu dan kekasih. Sesuai untuk kaum lelaki yang inginkan jalan mudah untuk mencari hadiah istimewa.

Menariknya, di Soufeel akan ada tawaran diskaun yang berbeza setiap hari. Bukan sikit-sikit tau diskaun yang diberikan, ada yang mencecah hingga 80%. Untuk anda yang mencari sesuatu yang limited edition, Soufeel juga ada membuat Presale setiap awal bulan.

Macam yang Ayue sebutkan tadi, di Soufeel juga terdapat pelbagai hiasan yang anda boleh pilih antaranya rantai, subang dan cincin. Yang paling menarik perhatian Ayue adalah memorable charm dimana Ayue boleh letak gambar di dalam charm tersebut. Wah! Bestnya. Boleh letak gambar orang tersayang dalam tu.


Kesemua produk Soufeel menggunakan 925 sterling silver dan permata berwarna sebagai bahan utama. Kesemua charm boleh ditukar dan yang menariknya, ia muat untuk hampir kesemua bracelet yang ada. Anda boleh pilih lebih daripada 500 design charm yang ada untuk mewakili personaliti anda ataupun kenangan terindah anda. Antaranya, family charm, animal charm, love charm, good luck charm, flower charm dan hobbies charm.

Menarik tak? Mesti anda pun sama teruja macam Ayue kan. Nak beli di Soufeel ni mudah je. Anda hanya perlu ke laman web Soufeel, daftar atau login saja menggunakan Facebook anda, dan pilih yang berkenan di hati (Add to cart).

Selesai pilih anda akan dapat lihat senarai produk yang anda pilih tadi di Cart anda.



Ayue pilih :

1) Happy Family Charm 925 Sterling Silver
Code : SKU FJ1014
Harga Asal : RM129.50
Harga Diskaun : RM59.02

2) Soufeel Crystal Heart Charm 925 Sterling Silver Memorable Charm
Code : SKU: C021
Harga Asal : RM173.90
Harga Diskaun : RM73.82

3) Fervent Heart Charm Bracelet 925 Sterling Silver
Code : SKU: CXL017-18
Harga Asal : RM851.00
Harga Diskaun : RM332.82

Tengoklah berapa banyak yang Ayue dapat jimat bila shopping di Soufeel.

Semua orang suka free gift. Yang paling menarik di Soufeel adalah anda berpeluang memdapat free gift dengan pembelian minima. Wah! Macam-macam benda menarik ada di Soufeel ni. Dah la cantik-cantik, dapat macam-macam produk free pula tu. Memang berbaloi-baloi kalau shopping di Soufeel. Tengok free gift apa yang Ayue dapat kalau Ayue beli senarai produk tadi.

Selesai pilih charm dan free gift, key in maklumat penghantaran, kaedah penghantaran dan cara pembayaran yang anda inginkan. Klik "Place Order Now" untuk ke proses pembayaran. Siap! Semudah ABC saja kan.Yang susah hanya bila anda nak pilih charm yang sesuai dengan anda. Tu je.

Ayue dah order, dan tak sabar nak tunggu Soufeel jewelry Ayue sampai. Nantikan update Ayue seterusnya tentang Soufeel ya.

Update : Charm bracelet Ayue dah sampai! Nak tengok? jom klik sini :


Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.