Cuppatea | Teatox Untuk Mengurangkan Berat Badan

Monday, June 01, 2015

Assalamualaikum. Ayue perasan berat badan Ayue memang dah naik sekarang. Naik dengan begitu ketara tau. Bukan sikit-sikit sampaikan baju banyak juga lah yang tak muat. Kadang-kadang perut pun rasa kembung je. Benda ni merunsingkan hati Ayue. Yela, nak raya ni kan. Mestilah nak cantik-cantik masa raya nanti. Jadi, Ayue diperkenalkan dengan Cuppatea, teatox untuk mengurangkan berat badan.


Ayue difahamkan Cuppatea ni adalah teh detox yang datangnya dari UK. Ia  menengahkan konsep kehidupan sihat dan natural beauty. Maksudnya kita hendaklah menjalani kehidupan yang sihat, kurus dan cantik dengan cara yang sihat. Apa yang menarik perhatian Ayue adalah ia diperbuat daripada 100% bahan semulajadi untuk membakar lemak. Tiada bahan kimia, jadi anda jangan risau ya.

Detox merupakan satu proses pembersihan tubuh daripada segala kotoran, bahan toksik, racun, dan lemak yang telah masuk di dalam badan kita dalam jangka masa yang lama tanpa kita sedar.

Ayue tahu ramai diantara kita yang inginkan tubuh yang sihat dan menarik. Jalan pintasnya adalah dengan mengambil pelbagai pil yang mampu detox, membuang lemak dan menguruskan tanpa memikirkan kesan sampingannya yang bakal kita hadapi kemudian hari. Malah, bagi mereka yang mampu, mereka mengambil pendekatan dengan pergi ke pusat perampingan badan yang tanpa sedar kita telah mengeluarkan belanja yang besar semata-mata untuk memiliki tubuh yang kita inginkan.

Sebab inilah Ayue tertarik dengan Cupptea kerana ia menggunakan konsep kehidupan sihat dan natural beauty. Ingat, nak diet dengan cara tidak makan atau berlapar adalah salah sama sekali. Jadi apa yang Ayue perlu buat? Daripada Ayue ambil pil yang penuh dengan bahan kimia, Ayue lebih rela mengamalkan pemakanan dan minuman yang sihat seperti Cuppatea. Bahannya dah sah-sah dari bahan semulajadi, jadi Ayue tak perlu risau kesan sampingan yang datang kemudian hari.

Disebabkan Ayue memang suka teh berbanding kopi atau milo, jadi teh detox ni memang tiada masalah bagi Ayue. Cuppatea ni merupakan program 14 hari teatox. Ia mempunyai 2 jenis teh iaitu teh sebelum tidur dan teh pada pagi hari.

Ayue suka sangat dengan packing Cuppatea ni sebab nampak comel. Warna yang digunakan sangat menarik perhatian, macam packaging gula-gula pun ada. Hehe. Manakala packaging teh tu sendiri nampak eksklusif kerana ia berbentuk bag dan menggunakan kain yang jarang. Kita boleh lihat sendiri teh yang digunakan. Oh ya, teh dari Cuppatea ni berbentuk daun ya, bukan serbuk.


Selepas seminggu Ayue minum Cuppatea ni, berat badan Ayue turun 2kg! I'm a happy girl! Selama seminggu ni juga Ayue mengamalkan pemakanan yang sihat, minum cukup air dan kebetulan Ayue banyak turun naik tangga. Juga merupakan salah satu faktor penyumbang untuk menyingkirkan toksik, racun dan lemak yang ada dalam badan Ayue ni.



Bedtime Tea
Quantity : 7 sachet per packet
Weight : 21g

Ayue ambil betol-betol sebelum Ayue masuk tidur sebab rasa dan aromanya membantu Ayue untuk tidur nyenyak. Perasaan tenang je bila nak tidur tu. Rasanya pun sedap. Walaupun masa mula-mula hirup tu ada rasa sedikit pahit, tapi lama-lama rasa macam manis dan ada rasa mint. Sedap kan? Minum tanpa gula pun sedap. Kalau anda nak tau, lepas minum je Cuppatea ni, lepas tu anda minum air, rasa segar dalam mulut tu masih lagi ada. Best! Ada 7 sachet didalamnya, jadi kena minum selang sehari dari hari bermulanya teatox kita tu ya.


Bahan-bahannya semua semula jadi, termasuk daun Senna, akar burdock, akar liquorice, daun hawthorn, biji halba, daun pudina, chamomile dan biji psyllium. Sememangnya bahan-bahan teh kegemaran Ayue. Bahan-bahan ni lah yang akan memberikan kesan julap semulajadi untuk membersihkan dan menyahtoksik badan, kira-kira 8 jam selepas minum.


Keesokkan paginya, Ayue memang akan ke tandas untuk mengeluarkan segala kotoran, toksik dan lemak. Hehe. Tapi jangan risau sebab kesannya hanya pada pagi tu. Bukan sepanjang hari. Jadi selama anda consume Cuppatea, proses pencernaan anda akan lebih lancar. Itu berdasarkan pengalaman Ayue selama seminggu dan Ayue rasa sangat segar sepanjang hari.




Morningtime Tea
Quantity : 14 sachet per packet
Weight : 42g

Okey. Untuk Morningtime tea pula, rasanya sangat menyegarkan. Bila difikirkan, rasanya macam herba pun ada. Bangun pagi, minum teh herba. Bagus untuk memulakan hari anda. Malah, Ayue rasa lebih bertenaga untuk aktiviti harian. Ada 14 sachet didalam nya. Bermaksud kita kena minum hari-hari bermula dari hari pertama bermulanya teatox. Ada yang tak suka teh herba ke? Rasa dulu teh dari Cuppatea ni, mesti anda ubah fikiran.


Bahan-bahannya semua semula jadi, termasuk lah, daun mate, teh oolong cina, akar halia, daun teratai, serai, akar ginseng, daun dandelion, Gotu kola daun, dan daun jelatang. Ada halia dan ginseng, sebab tu ;ah rasanya seperti teh herba.




Ayue tak sabar nak habiskan lagi seminggu perjalanan Ayue dengan Cuppatea. Setakat ni tiada apa-apa kesan yang memudaratkan selain daripada Ayue ringan badan dan segar.

Oh ya, kalau anda nak cuba Cuppatea ni, anda boleh gunakan code ini untuk dapatkan 15% diskaun. Yeay! Jangan lupa cuba tau.


Code : ayue15off



Untuk maklumat lanjut tentang Cuppatea, boleh layari :

Website :  www.cuppatea.uk.com
Instagram : @cuppateauk




xoxo,


post signature

You Might Also Like

5 comments

  1. macam bagus je..rasa cam nak cuba gak la

    ReplyDelete
  2. dah cuba , dan sangat terbaik !

    matalensajemariberceloteh.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. wow teatox now semakin famous ya! macam effective je! =D

    Are you tax liable in 2015? Check it out!

    ReplyDelete

Youtube Channel

Blog Archive