Tudia Char Kuey Teow | Char Kuey Teow Ketam Sedap di Selangor

Wednesday, August 12, 2015

Assalamualaikum. Sebut je Char Kuey Teow, terus terliur Ayue ni. Memang favorite of all time lah bak kata orang putih tu. Dulu masa belajar dekat Jitra Kedah, memang senang nak cari char kuey teow yang sedap gila. Tapi bila dah kerja kat Selangor ni, susah juga lah nak cari char kuey teow yang betul-betul berkenan di hati.


Bila Halim ajak ke Blogger Raya di Tudia Char Kuey Teow, Ayue tanpa fikir panjang terus ON!! Char kuey teow ni Ayue suka yang banyak kuah, banyak kuey teow, tapi tak nak togey sebab Ayue tak makan togey. Kalau ada kerang, kerang pun nak banyak. Haha. Ni sambil menaip pun kecur liur dibuatnya sebab teringat-ingat Tudia Char Kuey Teow hari tu.

Bestnya Tudia Char Kuey Teow ni, dia punya menu utama adalah Char Kuey Teow Ketam! Iya, ketam. Ketam ori tau, bukan ketam proses tu. Memang ada sekor ketam dalam pinggan kalau order Char Kuey Teow Ketam ni. Hebat ke tak hebat. Lepas ni senanglah kalau nak makan Char Kuey Teow Ketam area Selangor. Dekat je.




Ayue tertanya-tanya juga, apa lah resepi Char Kuey Teow Ketam ni sebab serius sedap. Ayue dengan rakan blogger lain bersungguh-sungguh makan ketam yang disediakan sebab tak nak membazir Char Kuey Teow Ketam yang sedap tu. Berbaloi dengan harga, dalam Char Kuey Teow Ketam ni ada ketam, udang dan telur. Mana nak dapat Char Kuey Teow murah macam ni kan? Sedap pula tu.

Menariknya, Tudia Char Kuey Teow ni ada khidmat katering. Best juga kan kalau buat open house ada Char Kuey Teow Ketam ni? Ayue orang pertama beratur. Hehe.

Owner Tudia Char Kuey Teow, En Ikram kata, mereka dah ada 15 - 20 cawangan di seluruh Malaysia. Tabik! Berkonsepkan warung saja, tapi mampu pergi sejauh ini. Apa yang Ayue suka, En Ikram menggunakan motto "warung bahagia" pada semua warung. Sesiapa yang datang makan disini pasti tak kan rasa kekok atau segan nak makan.








Masa blogger raya hari tu, Sakura Band pun ada bersama-sama kami untuk menikmati Char Kuey Teow Ketam ni. Ayue dah la suka dengan lagu Melepaskanmu dalam cerita Bidadari tu. Excited okey jumpa diorang. Tak sombong langsung. Friendly habis. Suara Melly memang sebiji macam dalam TV. Merdu gila. Sukalah dengan diorang tu. 


Best sangat Blogger Raya kali ni. Thank you HaiBlogger! Mohon tahun depan buat lagi eh.


Kalau nak datang Tudia Char Kuey Teow ni, senang je. Anda boleh waze "Petron Putra Height near Subang". Terus sampai. Warung Tudia Char Kuey Teow betul-betul bertentang dengan Petron tu.




Untuk maklumat lanjut tentang Tudia Char Kuey Teow, boleh layari:




xoxo,

post signature

You Might Also Like

2 comments

  1. Meriah kan majlis beraya dengan Hai Blogger hari tu. Seronok pika dapat jumpa kawan-kawan blogger yg lain setelah sekian lama.. Heheee..

    ReplyDelete
  2. TQVM ayue.. Kredit juga gambar & video pada Reezqi Cinematography

    ReplyDelete

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page