Review | Safi Rania Advanced Corrector (SRAC)

Sunday, September 20, 2015

Assalamualaikum. Kalau anda belum baca lagi tentang Majlis Eksklusif Safi Rania Advanced Corrector (SRAC) bersama duta Vanidah Imran, sila baca entry Ayue yang tu dulu tau. Baru seronok nak baca review Safi Rania Advanced Corrector (SRAC) ni.


Impian setiap wanita adalah untuk mempunyai raut wajah yang bebas kedutan dan kekal muda untuk membina keyakinan diri. Betul tak? Samalah dengan Ayue. Malah mak Ayue pun sama. Makin tau makin risaukan kedutan yang bermaharajarela di kulit wajah. Bukan menidakkan proses peningkatan umur, cuma kan cantik kalau kulit kita kekal muda dan bebas kedutan?

Untuk mengambil sebarang suntikan adalah sangat-sangat tidak Ayue syorkan kerana ia sangat bahaya dan memudaratkan kulit. Malah kesannya juga hanya untuk jangka masa yang singkat. Mengapa bayar mahal-mahal untuk kesan yang teruk macam tu kan?

Ayue syorkan and menggunakan Safi Rania Advanced Corrector untuk meransang DNA sel kulit bagi memperlahankan proses penuaan kulit wajah.


Kombinasi formulasi Nano Diamond dan Nano Gold di dalamnya menghasilkan dua kali ganda kolagen dan elastin bagi merawat dan menegangkan struktur kulit daripada dalam seawal aplikasi yang pertama.

Safi Rania Advanced Corrector merupakan rangkaian produk kedua Safi selepas Safi Rania Gold. Jangan keliru ya kerana Safi Rania Advanced Corrector ini mempunyai gabungan  formula Nano Diamond dan Nano Gold. Terbaiklah.


Pengamalan rejim penjagaan & rawatan wajah menggunakan Safi Rania Advanced Corrector mampu untuk:

1) Meningkatkan penghasilan kolagen melebihi 249% untuk menegangkan struktur kulit
2) Meningkatkan rintangan perlindungan kulit (flillagrin) lebih 120%
3) Meningkatkan segera kelembapan kulit lebih 100%
4) Meningkatkan elastin untuk keanjalan kulit lebih 150%


Okey. Jom ikuti langkah-langkah menggunakan Safi Rania Advanced Corrector dengan betul ya.


LANGKAH 1: Membersih & mengunci lembapan
Untuk langkah pembersihan muka, ada beberapa cara membersih muka yang boleh awak pilih.

1) Pembersih Penghidratan Mendalam SAFI RANIA Advanced Corrector 
Harga 100 g – RM18.75


  • Kekotoran dan minyak boleh menjadikan tona kulit tidak sekata. Tampilkan kulit bersih dan cerah sekata dengan Krim Pembersih Penghidrat Mendalam dengan buih berstekstur krim yang membersih dengan berkesan. 
  • Dengan Nano Diamond & Nano Gold serta Whitenol untuk 2 kali lebih kolagen & elastin.
  • Buih bertekstur krim ini membersih dengan mendalam serta menghalang pembentukan melanin agar kulit kelihatan lebih segar, halus dan tona lebih sekata.

Cara penggunaan: 
Pam keatas tangan yang basah dan urutkan pada wajah. Bilas sehingga bersih.




2) Buih Pembersih Berpelembap SAFI RANIA Advanced Corrector 
Harga 140 ml – RM23.00


  • Kekalkan lembapan dan pulihkan struktur kulit. Kulit wajah yang tidak terjaga akan mudah rosak dan menjadi tidak anjal. 
  • Miliki kembali wajah anjal dan berseri dengan Buih Pembersih Berpelembap yang mengandungi krim bertekstur ringan yang bertindak lembut pada kulit. 
  • Dengan Nano Diamond & Nano Gold serta Ultra Hyaluronic Acid untuk 2 kali lebih kolagen & elastin. 
  • Alami manfaat Ultra Hyaluronic Acid yang mampu mengunci lembapan serta meningkatkan keelastikan kulit. Kandungan pH seimbang ini membersih secara mendalam serta memastikan kulit sentiasa dilindungi.

Cara penggunaan:
Pam keatas tangan yang basah dan urutkan pada wajah. Bilas sehingga bersih.



LANGKAH 2: Merangsang & memulih sel-sel kulit

3) Booster Peremajaan Sel SAFI RANIA Advanced Corrector 
Harga 30 ml – RM70.30

  • Aktifkan metabolisma sel untuk menentang kedutan, menegangkan kulit kendur dan mengurangkan tompok usia seawal aplikasi pertama. 
  • Dengan Nano Diamond & Nano Gold serta Renewal Peptide-3 yang mengaktifkan metabolism sel untuk 2 kali lebih kolagen & elastin
  • Renewal Peptide-3 mempercepatkan proses pemulihan kulit agar terasa anjal, halus & berseri.

Tips Penggunaan:
Booster Peremajaan Sel ini tidak berminyak atau melekit dan sesuai untuk semua jenis kulit

Cara Penggunaan:
Sapu dan urutkan sepenuhnya pada wajah dan leher. Boleh digunakan bersama rangkaian SAFI RANIA GOLD selepas menggunakan Penyegar atau Losyen Minuman Wajah sebelum Serum.




LANGKAH 3: Mempercepatkan pemulihan sel-sel kulit baharu

4) Serum Rawatan Intensif SAFI RANIA Advanced Corrector 
Harga 30 ml – RM62.85


  • Kulit yang berusia mudah rosak akibat kekurangan kolagen dan elastin selain kehilangan lembapan. Dapatkan penyelesaian dengan Serum Rawatan Intensif
  • Dengan Nano Diamond & Nano Gold serta Ceramide 3 yang mempercepatkan pemulihan sel selain menghasilkan 2 kali lebih kolagen & elastin. Ceramide 3 ini turut mengunci lembapan agar kulit lebih anjal.

Tips penggunaan:
Serum Rawatan Intensif bertekstur ringan dan mudah meresap pada kulit tanpa kesan melekit. Sesuai untuk semua jenis kulit.

Cara penggunaan:
Sapu dan urutkan Serum sepenuhnya pada wajah dan leher. Boleh digunakan bersama rangkaian SAFI RANIA GOLD selepas menggunakan Penyegar atau Losyen Minuman Wajah.




LANGKAH 4: Melindungi kulit pada siang hari

5) Krim Antipenuaan SPF27PA++ SAFI RANIA Advanced Corrector 
Harga 30 g – RM46.10


  • Sinaran UV boleh merosakkan kulit dan menjadikannya kusam. Kini matahari bukan lagi masalah dengan Krim Antipenuaan SPF27PA++ yang melindungi kulit daripada sinaran UV matahari. 
  • Dengan Nano Diamond & Nano Gold serta Carnosine untuk menghasilkan 2 kali lebih kolagen & elastin.
  • Carnosine bertindak sebagai antioksida yang melindungi kulit di siang hari dengan meneutralkan radikal bebas agar kulit lebih elastik, cerah berseri dengan tona sekata.

Cara penggunaan:
Sapu dan urutkan krim sepenuhnya pada wajah dan leher. Boleh digunakan bersama rangkaian SAFI RANIA GOLD selepas menggunakan Losyen Minuman Wajah




LANGKAH 5: Memperbaiki kulit pada waktu malam

6) Krim Regenerasi Sel SAFI RANIA Advanced Corrector 
Harga 30 g – RM49.30

  • Kedutan dan garisan boleh menjadikan kulit wajah anda tampil berusia daripada sepatutnya. Kembalikan keayuan wajah anda dengan Krim Regenerasi Sel yang bertindak efektif semasa waktu malam. 
  • Dengan Nano Diamond & Nano Gold serta Phyto-ceramide yang pantas memperbaiki kulit dengan menghasilkan 2 kali lebih kolagen & elastin.
  • Phyto-ceramide meregenerasikan sel dan mengurangkan kedalaman kedutan, agar kulit tampil anggun berseri, segar, halusa dan kekal lembap.

Tips penggunaan:
Krim Regenerasi Sel berasaskan krim ini digunakan untuk merawat kulit pada waktu malam ketika tidur & sesuai untuk semua jenis kulit.

Cara penggunaan:
Sapu dan urutkan krim sepenuhnya pada wajah dan leher. Boleh digunakan bersama rangkaian SAFI RANIA GOLD selepas menggunakan Penyegar & Serum.





“SAFI RANIA Advanced Corrector adalah teman bermanja saya dan juga anda. 6 produk signatur dengan manfaat tersendiri diperhebat dengan formulasi Nano Diamond DNA Technology penuh inovasi melengkapkan hari-hari anggun saya! Perubahan pada kulit wajah saya jelas terasa setelah menggunakan Booster Peremajaan Sel SAFI RANIA Advanced Corrector. Formulasi Nano Diamond DNA Technology dan Renewal Peptide-3, Tri-Amino Peptide serta Ultra Hyaluronic Acid mempunyai dwi kuasa membangunkan metabolisma sel untuk mempercepatkan pemulihan sel, menentang kedutan, menegangkan kulit kendur dan mengurangkan tompok usia. Umpama berlian yang begemerlapan, kini kesannya semakin terasa seawal olesan yang pertama! Keangguan wanita kini terserlah dari raut wajah kekal remaja menjadikan keyakinan diri saya bertambah dan bersedia menghadapi hiruk pikuk metropolitan bila-bila masa. SAFI RANIA Advanced Corrector, anugerah terbaik buat saya dan semua wanita.”  – Vanidah Imran



Ayue tertarik pada konsep packaging yang digunakan. Ia nampak sangat eksklufis dengan penutup berbentuk berlian. Baunya pula sangat wangi. 

Kalau sebelum ini anda pengguna setia Safi Rania Gold, tak nak membazir? Takpa kerana anda boleh menggunakan kedua-dua produk ini serentak ikut keperluan anda. Campur-campur pun boleh, tak masalah.


Selamat mencuba!



Untuk maklumat lanjut tentang Safi, anda boleh layari :
Instagram : @safimalaysia




xoxo, 
post signature

You Might Also Like

2 comments

  1. Hello, nak tanya tentang repairing cream. Kalau apply whitening lotion brand Hada Labo before pakai repairing cream Safi Rania Diamond ni, boleh x? Kulit muka x pa pe ke? Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejujurnya, sy sendiri pun pakai produk Hada Labo. Campur dgn Safi so far takda masalah dgn kulit sy. Janji pakai ikut turutan dan tgk kesan dia dlm 2 minggu. Kalau takda apa2 masalah, should be ok. Bergantung pada kulit masing2 :)

      Delete

Youtube Channel

Blog List

Blog Archive