Tampil Menyerlah & Menawan Dengan Haruman Lux Magical Spell Sehingga 8Jam

Tuesday, October 13, 2015

Assalamualaikum. Hai korang~ Semangat betul Ayue menaip pagi ni. Bukan apa, pagi ni masa Ayue mandi, tiba-tiba teringat kenangan masa sekolah dulu. Hehe. Dulu masa tingkatan 1, Ayue sekolah asrama. Siapa sini masa dia nak mandi, kena beratur atau book line beratur dengan cara letak bekas toiletries? Kita geng! Hahaha.

Mengimbau kenangan betul kan? ! Masa kena beratur nak mandi tu, hampir tiap bekas ada sabun LUX. Baik body wash ataupun sabun buku, mesti ada. Kiranya sabun LUX ni macam pujaan hati kami lah masa zaman sekolah dulu.


Okey. Kenapa pagi-pagi lagi Ayue dah cerita tentang mandi-mandi ni. Sebabnya, pagi ni Ayue mandi guna sabun dari LUX iaitu Magical Spell Body Wash. Dah dua hari sebenarnya Ayue guna. Wangi gila baq hang. Dari dulu sampai sekarang, LUX memang terkenal dengan haruman sabunnya yang mewah dan memikat. LUX Magical Spell ni pula sangat unik kerana ia mempunyai bahan utama iaitu bunga Orkid Hitam. Rare gila kan? Bau ala-ala romantic gitu.

Rumusannya adalah dengan penghasilan Minyak Juniper yang di adun sempurna bersama kayu kehitaman, ambar emas dan tumbuhan biji vanilla yang berfungsi untuk memberikan keharuman yang menyerlah dan mengekalkan wangian sehingga 8 jam sekaligus membangkitkan keyakinan dalam diri anda untuk memberikan pengalaman baru untuk tampil menyerlah dan menawan.


Paling menarik perhatian Ayue adalah LUX Magical Spell ni mempunyai kebolehan untuk mengekalkan haruman sehingga 8 jam! Memang best lah. Mula-mula Ayue ragu-ragu juga, betul ke bau dia tahan sampai 8jam kan? Masa dekat office, memang baunya masih melekat dekat Ayue. Then bila balik kerja, baunya masih ada. Best sangat okey bila badan kita sentiasa berbau wangi. Terus boost up confident level. Ayue jadi lebih yakin and lebih ‘bold. It’s a great feeling.


Ayue pula memang jenis yang suka sabun badan dengan sabun yang wangi.. Ayue lebih selesa dan yakin bila keluar rumah. Tambahan pula kerja Ayue memang sentiasa berjumpa dengan orang, jadi kalau Ayue tak pakai perfume seharian pun Ayue tak risau sebab badan tak berbau. Hehe. Sekarang ni aktiviti harian seperti pergi ke event atau lepak dengan kawan-kawan pun jadi seronok dan lagi best sebab Ayue lebih yakin dengan diri sendiri lepas menggunakan LUX Magical Spell ni. 

Lagipun harumannya tidak lah terlalu kuat sampai menyakitkan hidung. Cukup sekadar untuk keselesaan badan dan hidung. Hehe. LUX Magical Spell ni dah jadi sabun favourite Ayue tau.


Meh Ayue tunjukkan cara menikmati mandian Lux ni dengan hanya 3 cara mudah. Yeay!

Langkah Satu: Lux
Basahkan span di bilik mandi dan tuangkan sedikit Lux Magical Spell pada span mandian.

Langkah Dua: Span Mandian
Gosok span mandian dengan lembut untuk menghasilkan buih yang banyak dan mewah, dan nikmatilah haruman yang menyerlah dan memikat daripada Lux Magical Spell.

Langkah Tiga: Busa Buih
Sapukan buih mewah ke serata badan dan biarkan harumannya yang menawan mendakap kulit dan deria anda!




Okey. Ayue ada berita baik untuk pembaca blog kesayangan Ayue ni. Siapa yang mengikuti social media Ayue, mesti perasan yang Ayue ada up status tentang giveaway yang Ayue nak buat kan? Ni lah dia masanya. Yeay!



Cara nak join giveaway Ayue ni mudah sangat. Anda hanya perlu jawap soalan di rafflecopter di bawah dan 2 pemenang bertuah akan memenangi hamper LUX bernilai RM100 setiap satu. Wee~





Mudah sangat kan? Jom ramai-ramai join okey.

Isi Rafflecopter diatas dan jawap soalan dibawah ni :

Soalan 1: Berapa lamakah LUX Magical Spell mampu mengekalkan haruman?
Soalan 2: Apakah nama bunga yang digunakan di dalam LUX Magical Spell?


Terms and conditions:
1. Terbuka kepada seluruh penduduk Malaysia.
2. Giveaway berlangsung dari 13 Oct 2015 - 27 Oct 2015.
3. Anda perlu menjawap dua (2) soalan mudah tentang LUX di ruangan komen entry ini.
4. Dua (2) entri yang bertuah akan dipilih melalui system rafflecopter dan memenangi hamper barangan LUX bernilai RM100.
5. Dua (2) pemenang bertuah akan diumumkan dalam masa 7 hari selepas tamat tarikh giveaway.


Untuk anda yang tidak menang, tapi nak cuba LUX Magical Spell ni, takpa. Anda boleh dapatkan LUX Magical Spell di semua pasar raya besar, pasar raya, farmasi dan kedai terpilih. Lux 950ml berharga RM17.90 dan 220ml berharga RM6.00 manakala isian semula 600ml berharga RM8.90.

Untuk maklumat lanjut dan terkini mengenai Lux, layari www.facebook.com/LuxMalaysia.



xoxo,

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Blog Archive