Dinner di Serai Pavilion Kuala Lumpur

Friday, November 27, 2015

Assalamualaikum. Tau tak, selama ni memang Ayue teringin sangat nak makan kat Serai ni. Ramai dah kawan-kawan Ayue yang pernah datang sini dan cakap makanan mereka superb! Jadi, bila diberi peluang oleh Seeties dan Tourism Malaysia-Thailand untuk makan malam di Serai Pavilion, Ayue apa lagi, seronok bukan main lah. 



Sampai saja disana, Ayue terus order Serai Signature Iced Tea. Rasanya? Memang rasa serai sungguh, dan sedikit rasa daun pudina. Ayue order 2 kali air ni sebab sedap. Hehe.

Serai Signature Iced Tea


Bandung Sirap

Untuk Appetizer, kami dihidangkan dengan Beef Satay served with Peanut Sauce, Cucumber, Onion & Nasi Impit. Sataynya gemuk dan besar. Memang puas makan. Lembut pula tu. Takda langsung liat atau bau hanyir daging. Berbaloi dengan harganya.


Kemudian datang pula Deep-Fried Crispy Brinjal with Serai Spice. Okey, yang ni serius sedap! Rangup, crispy, sesedap rasa. Macam makan keropok. Ayue tak tau pula terung boleh jadi sampai rangup macam ni. Ralit sangat kunyah sampai tak perasan dah habis. 


Untuk main course pula, kami dihidangkan dengan Nasi Kerabu bersama-sama dengan Telur Masin, Ulam, Solok Lada (Stuffed Chilli) and Keropok Ikan. Lamanya Ayue tak makan Nasi Kerabu. Sebenarnya Ayue ni jenis yang kurang gemar dengan nasi berwarna macam nasi tomato ke, nasi hujan panas ke, tapi nasi kerabu ayue suka. Hehe. Mungkin sebab Ayue suka ulam dan pedas :)


Ayam Percik dan Beef Rendang mereka juga boleh tahan sedap. Kalau diberi pilihan, Ayue lebih sukakan Beef Rendang sebab dagingnya sangat lembut dan rendangnya juga sedap. Pedas-pedas manis gitu.



Menu favourite Ayue di Serai ni adalah Steamed Seabass in Lime Sauce. Serius terangkat bila Ayue hirup kuah dia. Pedas, masam, manis, cukup lah semua. Rasa lime sauce tu betul-betul menyerap masuk dalam isi ikan. Paling penting, ikan stim ni tak hanyir. Kalau kuah sedap, ikan hanyir, potong stim juga kan? Hehe. Kalau ke Serai, menu ni wajib anda cuba okey?


Untuk dessert, Pandan Banana Fritters with Palm Sugar Syrup menjadi pujaan ramai. Pisangnya rangup betul. Panas-panas, makan pula dengan ais krim cicah palm sugar syrup. Fuhh. Lega. Senyum sampai ke telinga. Suka hati bila perut kenyang. Haha.


Nak datang lagi ke tak? Mesti lah! Sedap kot semuanya.


Anda kalau nak cuba makan di Serai Pavilion, boleh singgah di alamat berikut :


Serai Pavilion
Lot 7.01.04, Level 7,
Dining Loft,
Pavilion Mall,
55100 Kuala Lumpur.
Contact: +603-2110 5353 


Atau nak tau lebih lanjut lagi tentang outlet dan menu, boleh layari :

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page