Einstein Cafe | Vintage Cafe di Petaling Street KL

27 November 2015

Assalamualaikum. Dah bertahun-tahun rasanya Ayue tak ke Petaling Street / Chinatown. Last Ayue pergi masa zaman belajar dulu. Banyak juga kenangan kat situ. Hehe. Yelah, Petaling Street kan terkenal dengan pelbagai barangan murah, cenderahati dan makanan tempatan. Sebab tu ramai pelancong suka ke sini.


Baru-baru ni Ayue pergi Einstein Cafe yang terletak di Jalan Sultan berdekatan dengan Petaling Street. Selama ni tak pernah tau pun ada cafe yang ala-ala vintage dekat situ. Masa mula-mula masuk ke cafe ni pun Ayue dah rasa unik. Bukan apa, suasana dalam cafe ni memang vintage habis. Lampu pun suram-suram. Semua dekorasinya pun nampak old-school. 



Paling Ayue suka adalah sudut ini. Selain dari ia melambangkan nama cafe ini sendiri, sudut ini juga sangat sesuai untuk mereka yang ingin bergambar kenangan di sini. Cantik kan? 


Di Einstein Cafe, mereka menyediakan makanan seperti Asian Fusion, Brunch, Burgers, Diners, Pizza dan Vegetarian. Kopinya juga sangat sedap. Penggemar kopi boleh la datang ke sini untuk lepak dengan kawan sambil menikmati kopi dan kek mereka.


Untuk breakfast, Ayue memilih untuk cuba Cheesy Egg Sandwich. Nampak tak lelehan telur kuning dan cheese tu? Nampak macam sedap kan? Memang sedap pun! Rotinya rangup dengan butter, dilayer pula dengan telur, ayam, mayonnaise dan melted cheese. Makan satu set ni pun dah kenyang tau.



Ayue diberitahu, antara menu yang sedap disini adalah Chicken Chop. Ia merupakan salah satu signature dish di Einstein Cafe. Highly recommended untuk anda yang baru pertama kali ke sini macam Ayue. Rasa ayamnya penuh dengan rempah ratus yang diperap. Lembut dan juicy.



Aglio Olio Pasta ni pun tiada kurangnya. Selalu kalau Ayue makan di tempat lain, pasta mesti agak berminyak, tapi di Einstein Cafe tidak. Cukup semua rasa, dan kalau dimakan dengan Chicken CHop pula, mesti lagi umphh!


Mereka juga mengambil tempahan booking untuk sebarang parti atau event.

Untuk anda yang nak cuba makan di Einstein Cafe, boleh la ke cafe mereka di alamat :


Einstein Cafe 58

Jalan Sultan, 
50000 Kuala Lumpur. 
Contact: 6012-363 6004 
Email: thefrontdoorcafe@gmail.com

Direction : Jika anda dari LRT Plaza Rakyat, jalan ke arah China Town, belok kiri selepas traffic light Nando's, jalan lurus hingga Swiss Inn Hotel di sebelah kanan anda, Einstein Cafe di sebelah Swiss Inn Hotel dan di tingkat atas Kedai Optik.


Untuk maklumat lanjut, boleh layari :



xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.