Grand Millennium Kuala Lumpur | Hotel Review

Friday, November 27, 2015

Assalamualaikum. Ayue ni nama je duduk KL bertahun-tahun, tapi ini kali pertama Ayue jejakkan kaki ke Grand Millennium KL Hotel. Terletak di tengah Bukit Bintang dan bersebelahan dengan Pavilion membuatkan hotel ni antara yang popular dikalangan pelancong yang datang membeli belah di sana.


Ayue ke sini bersama rakan blogger lain untuk sama-sama menjayakan salah satu cabaran Malaysia Wonder yang disertai oleh 9 blogger Thailand dan 9 blogger Malaysia kerjasama di antara Seeties dan Tourism Malaysia-Thailand.

Ayue teruja sangat bila dapat tahu yang kami akan bermalam di hotel 5 bintang ni. Bilik yang Ayue dapat pula Deluxe Room. Ayue suka sangat dengan konsep susun atur dan hiasan kontemporari mewah yang diketengahkan. Dekorasi bilik ini nampak menenangkan, sesuai untuk mereka yang inginkan suasana aman untuk beristirehat.




That bed. Auwhhh that bed! Seriously like heaven! Super comforting.


Ini pemandangan dari bilik Ayue di siang hari. Nampak bangunan disekeliling Bukit Bintang. Kalau malam mesti cantik dengan lampu sana-sini.



ROOM FEATURES
  • Luxurious, custom-made linens and bedding
  • Pillow menu (Upon Request)
  • Twice daily housekeeping service with complimentary water on turndown
  • Fast, high quality bandwidth, both wired and wireless
  • High-Definition LCD televisions with digital content on demand, including latest movies


Salah satu benda utama yang Ayue akan tengok dalam pemilihan hotel adalah BATH TUB. Ya, Ayue memang suka gila berendam dalam bath tub tu. Berjam-jam berendam pun takpa. Kadang-kadang tu sambil main phone sampai tertidur. Punya lah syok berendam kan. Hehe. Shower pula separate dari bath tub tau.





Esoknya pula Ayue ke The Mill untuk breakfast. Di sini mereka menyediakan makanan dari pelbagai budaya dengan konsep yang menampakkan chef mereka memasak didapur. Dengan gaya kontemporari, The Mill juga menawarkan pelbagai pilihan makanan kegemaran antarabangsa dan serantau dari 6am hingga 10.30am setiap hari.





Ayue pun apa lagi, makan dengan aman dan damai, nikmati hampir setiap menu yang ada. Haha! Thank you Seeties dan Tourism Malaysia-Thailand untuk peluang ni :)



Grand Millennium Kuala Lumpur
The Mill
160 Jalan Bukit Bintang
Kuala Lumpur, 55100
Malaysia
T. +60 3 2117 4888
F. +60 3 2142 1441
Email : enquiry.gmkl@millenniumhotels.com


Untuk maklumat lanjut, boleh layari :


xoxo,

post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page