Restoran Munif Hijjaz Papero | Nasi Arab Sedap di Shah Alam

Monday, November 02, 2015

Assalamualaikum. Sebelum ni ramai dah blogger yang pernah datang ke sini untuk menjamu selera. Ayue telan air liur je. Kali ni, Ayue pula yang datang untuk rasa sendiri kesedapan makanan yang dihidangkan di Restoran Munif Hijjaz Papero ni. Dengar cerita, restoran ni merupakan restoran yang menghidangkan Nasi Arab paling sedap area Shah Alam ni. Fuyoh!

Sebelum ni, Restoran Munif Hijjaz Papero dikenali sebagai Restoran Papero yang hanya fokus dengan menu Pizza, Sandwish dan Shawarma. Kini, setelah dibuahsuai sepenuhnya daripada Restoran Papero kepada Restoran Munif Hijjaz Papero, restoran ini mula menghidangkan menu seperti Nasi Arab dan Western Food, Sandwich dan Pizza.


Menarikkan? All in one gitu. Maklumlah, dalam family mesti ada yang citarasa berlainan. Pada Ayue restoran yang menghidangkan pelbagai menu ni sangat bagus sebab masing-masing boleh menikmati makanan yang digemari pada masa yang sama.

Kenapa restoran ini diubahsuai? Sebabnya, Restoran Munif Hijjaz Papero adalah gabungan Restoran Papero dengan Restoran Munif Hijjaz D’Greenwood (milik artis nasyid Munif Ahmad, Vokalis Kumpulan Hijjaz). Cawangan Restoran Munif Hijjaz di Greenwood, Gombak pula telah ditutup dan digantikan dengan pembukaan gabungan restoran di Shah Alam ni.


Menu utama Restoran Munif Hijjaz Papero adalah Nasi Arab Al Qassaam, Western Food, Sandwich dan Pizza. Amat sesuai untuk anda sekeluarga datang menjamu selera kerana mereka menyediakan makanan yang sesuai untuk semua golongan dari kanak-kanak hinggalah ke warga emas.

Antara menu Arabic yang menjadi pujaan ramai adalah Nasi Arab Mandy, Nasi Arab Maqlubah, Nasi Briyani Arab, dan Nasi Kabsah. Anda boleh pilih sama ada mahu ayam, daging atau keduanya. Ayue sendiri dah rasa Nasi Arab Maqlubah. Ya ampun. Sedap sangat! Nasinya panjang, lembab dan penuh rempah, ayam dan dagingnya pula cukup rasa dan lembut. Portionnya juga agak besar. Memang terbaiklah! Anda boleh pilih sama ada mahu set single atau family pack.



Manakala untuk menu western pula, anda boleh cuba Fish & Chip, Chicken Maryland, Chicken Chop, Chicken Boxing, Chicken Grill, Beef Steak, Lamb Chop, T-Bone Steak, Lamb Rack, Smoke Salmon Grill dan macam-macam lagi menu yang ada. Rambang mata dibuatnya. Murah pun murah jika dibandingkan dengan harga di restoran nasi arab yang lain.



Antara minuman yang menarik perhatian Ayue pula adalah Munif Cocoa. Lain daripada minuman malt coklat yang lain. Yang ini lebih sedap. Serius. Bestnya, ia merupakan produk keluaran muslim. Anda boleh minum tanpa was-was. Istimewa Munif Cocoa ni, ia mempunyai arabic gum yang merupakan sumber prebiotik untuk probotik. Haa. Hebat ke tak hebat? Anda nak cuba Munif Cocoa ni, boleh datang ke Restoran Munif Hijjaz Papero ni ya. Nak minum saja boleh, nak beli bawa balik pun boleh.


Suasana di restoran ini pula sangat santai. Sesuai jika anda ingin meluangkan masa bersama rakan dan keluarga. Malah, anda juga boleh buat sebarang jamuan di sini seperti jamuan hari lahir dan reunion.

Oh ya, jika anda perlukan perkhidmatan rundingan majlis, Restoran Munif Hijjaz Papero juga menerima tempahan untuk katering bagi sebarang majlis di pejabat dan rumah anda. Trend orang sekarang suka buat Nasi Arab masa kenduri kahwin. Ayue pun cadangnya macam tu juga lah nanti. Doakan ye? Hehe.

Untuk anda yang ingin rasa sendiri betapa sedapnya Nasi Arab di Restoran Munif Hijjaz Papero ni, boleh datang ke cawangan mereka di Shah Alam.



Restoran Munif Hijjaz Papero
Sri Acappella, No 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33
Shah Alam Selangor.
(Bersebelahan dengan Restoran Steamboat D'Kayangan dan berhadapan dengan Restoran Tupai-Tupai Shah Alam)


Waktu Operasi :
Isnin : 5.00pm - 12.00am
Selasa, Rabu, Khamis, Sabtu, Ahad & Cuti Umum : 12.00pm - 12.00am
Jumat : 2.30pm - 12.00am


Anda boleh hubungi mereka di :
Whatsapp 0193344838




xoxo,

post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page