Tourism Malaysia-Thailand & Seeties | Discover the Malaysia Wonders

27 November 2015

Assalamualaikum. 2 minggu lepas, Ayue dapat invitation dari Seeties dan Tourism Malaysia-Thailand untuk turut serta dalam Malaysia Wonders Challenge di mana 9 blogger dari Thailand bergabung dengan 9 blogger Malaysia untuk misi mereka mengumpul kenangan indah di Malaysia.

Keseluruhan misi ni ada 9 dimana 3 mission di Penang, 2 mission di Ipoh dan 4 lagi mission di Kuala Lumpur. Misi ini bertujuan untuk menyerlahkan lagi keunikan yang ada di Malaysia dan memberi gambaran kepada blogger Thailand tentang makanan dan tempat yang menarik di Malaysia. 


Ayue dan 8 lagi blogger dari Malaysia akan membantu blogger dari Thailand untuk menyelesaikan misi mereka yang ke 6, 7, dan 8 di Kuala Lumpur.

Bunyi macam seronok kan? Memang seronok pun!! Hehe. Ayue excited gila nak jumpa dengan blogger Thailand. Macam mana lah agaknya berkomunikasi dengan mereka nanti kan? Jangan seorang mengembek, seorang mengaum sudah lah.

Blogger dari Thailand

Blogger dari Malaysia

Sepanjang 4 hari pengembaraan mereka di Malaysia, blogger Thailand akan menggunakan aplikasi Seeties untuk mengumpul pengalaman mereka dan masukkan nya di dalam 'Collection' untuk dibawa pulang ke Thailand. Tak faham? Takpa. Ayue akan terangkan nanti ya.

Untuk misi yang ke 6, kami di kehendaki bertemu dengan blogger Thailand di Einstein Cafe yang terletak di Jalan Sultan, Chinatown. Kami berkenalan dan breakfast di sana sebelum memulakan misi. Einstein Cafe ni memang vintage habis. Ayue suka sangat dengan dekorasi dan konsep yang diketengahkan. Feeling ala-ala old-school gitu. Hehe.



Baca full review tentang Einstein Cafe di sini : EINSTEIN CAFE | VINTAGE CAFE DI PETALING STREET KL

Sebelum memulakan misi, kami dikehendaki membentuk 1 kumpulan dimana seorang dari Malaysia dan seorang lagi dari Thailand. Kira pairing partner lah. Dan partner Ayue adalah Naret Nokkaew Tiyawatwittayta atau nama manja dia, Nok. Nok ni blogger famous dari Thailand yang 24 jam bercerita pasal makanan je dalam blog dia. Hehe

Blog Nok : www.goohiw.com


Misi ke 6 : Food Hunting

Kerja kami untuk misi ini hanya cari makan dan makan! Haha. Ada 5 jenis makanan tempatan yang kami kena cari dan perkenalkan kepada blogger Thailand. Kira macam kami ni tour guide mereka lah. Bunyi macam senang je. Tapi cuba beli kesemua makanan tu dengan duit RM30 saja di tangan?

Haa, itulah misinya. Kami kena jimat membeli makanan kerana baki dari duit ini akan digunakan untuk misi ke 7 iaitu Souvenir Find. 



Makanan yang kami kena cari adalah :

1) Mo Chi 
2) Air Mata Kucing
3) Sweet Potato Balls
4) Roasted Chesnut
5) Apom


Kesemua makanan ni Ayue bagi Nok rasa sebab dia tak pernah rasa kan. Yang paling dia suka Mo Chi dan Air Mata Kucing. Mo Chi sebenarnya diperbuat daripada beras pulut yang kenyal dan disaluti pula dengan kacang dan gula. Memang sedap lah!



Misi ke 7 : Souvenir Find

Baki dari beli makanan tadi, kami ada RM15 untuk cari souvenir yang paling banyak yang melambangkan Malaysia. Tak kira lah apa pun, janji tentang Malaysia dan dalam kuantiti yang banyak. Ayue kalau bab-bab shopping ni memang suka. Memang dah jadi tabiat kalau shopping dekat mall tu, suka pusing 1 Mall dulu cari yang murah, dah jumpa baru beli. Hehe.


Nasib lah Nok jenis ikut je. Pusing punya pusing, kami jumpa satu gerai ni, dia jual pensil 12 batang RM6. Fuh!! Mana nak dapat lagi murah dari ni kan? Lagi best bila pensil tu gambar dia bendera Malaysia. Yes! Terus beli tanpa fikir panjang. Kami dapat 29 batang untuk RM15 :)

Lepas beli terus lari balik ke Einstein Cafe. Sambil lari dalam hati puas doa, minta-mintalah kami menang. Haha.

Dalam masih termengah-mengah lagi, tiba-tiba Ayue dengar nama kami kena announce untuk pemenang misi ke 7. Yeay! Alhamdulillah. Syukur sangat. Nok pun suka gila sebab ni misi yang pertama dia menang. Kami berdua dapat barangan dari Pavilion.

Lepas tu kami gerak ke Grand Millenium Hotel Kuala Lumpur untuk misi ke 8 pula. Ayue sebilik dengan Ah Pou. Blogger comel dari Penang. Sangat soft spoken. Ni first time Ayue jumpa dia dan impress dengan editing skill yang dia ada. Kenapa? Dia hanya edit guna phone, tapi gambar cantik macam edit guna PC. Boleh tengok blog dia di : http://ilovepoupou.com/

Masuk je dalam bilik kami, fuhh! Cantiknya. Rasa penat terus hilang sebab terlalu excited dapat bilik cantik. Bila tengok bilik airnya pula, ada bath tub! arghhh. Best gila. Confirm Ayue berendam malam nanti. 


Ah Pou posing dalam bilik kami

Ayue suka dengan konsep moden kontemporari yang digunakan di Deluxe Room ni. Rasa relax je bila tengok. Katil pun empuk.

Bestnya, hotel ni terletak di tengah-tengah Bukit Bintang, bersebelahan dengan Pavilion. Haa, memang tempat paling strategik untuk pelancong luar negara yang ingin kan suasana yang sentiasa happening.

Baca full review tentang Grand Millenium Hotel Kuala Lumpur di sini : GRAND MILLENNIUM KUALA LUMPUR | HOTEL REVIEW


Kemudian, kami ke press conference Malaysia Wonders bersama-sama dengan rakan media yang lain dan juga sesi penyampaian hadiah untuk misi 1 hingga 8.



Hehe. Muka orang seronok dapat hadiah.


Misi ke 8 : My KL is hi-so and slow life

Maksudnya? Kami kena buat Teh Tarik paling sedap dan membuat ciptaan Mocktail sendiri. Masing-masing bukan main lagi tunjuk skill tarik teh. Paling menyerlah Broframestone sebab sebelah tangan je buat teh tarik. Fuyoh. Mesti dah biasa ni. Yang lain punyalah terkial-kial. Siap ada yang tumpah lebih ke lantai. Haha. Untuk cabaran teh tarik ni, Nok nak tunjuk skill dia. Steady Nok. Steady! Paling penting buih kena banyak.




Kemudian kami kena buat mocktail pula. 1 gelas mesti sama rasa seperti yang ditunjukkan masa demo, dan 1 gelas lagi adalah mocktail ciptaan kami dalam masa 10 minit. 

Ciptaan kami adalah gabungan Monin syrups dan pineapple juice. Rasa dia? Err, tak yah tanya lah. Hahah. Tahniah Tian Chad sebab buat mocktail paling sedap dan cantik. Nama mocktail dia Black Widow. 




Tian Chad's Mocktail: Black Widow


Dan last sekali, kami makan malam di Serai Pavilion. Ni kali pertama Ayue menjamu selera di Serai. Patut lah selama ni orang review kata sedap. Memang sedap pun. Lagi-lagi dia punya Steamed Seabass Lime Sauce. Boleh mimpi-mimpi kot. Punya sedap sampai rasa nak datang lagi nanti.

Antara menu lain yang menarik perhatian Ayue adalah Nasi Kerabu dan Pandan Banana Fritters with Palm Sugar Syrup. 




Baca full review tentang Serai, Pavilion di sini : DINNER DI SERAI PAVILION KUALA LUMPUR


Kami makan, borak, makan dan borak lagi sampai tak sedar dah lewat. Rasa sekejap sangat pula berkenalan dengan blogger Thailand. Memang satu pengalaman yang Ayue tak dapat lupakan. Seronok bila dapat berjumpa dengan blogger dari negara lain dan bertukar-tukar pendapat. Boleh belajar tentang cara mereka blogging juga. Priceless experience.


Terima kasih Seeties dan Tourism Malaysia-Thailand untuk peluang yang diberikan pada Ayue. Harap lepas ni dapat jumpa blogger dari negara lain pula. Cewah! Haha.

Untuk anda yang masih tertanya-tanya apa itu Seeties, ia merupakan aplikasi smartphone yang memberi info kepada anda tentang tempat-tempat menarik dan juga makanan. Anda juga boleh kumpulkan tempat-tempat yang anda suka didalam satu folder yang digelar 'Collection'.

Haa, kalau nak tahu lebih lanjut lagi, anda boleh tengok sendiri di :

https://seeties.me/ayueidris dan
https://seeties.me/malaysiawonders





xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.