Back To Nature di Awana Genting Long House | Day 1

Sunday, December 13, 2015

Assalamualaikum. Selama ni Ayue selalu terfikir, macam mana agaknya rasa bila tidur di rumah panjang (long house) macam di Sarawak tu. Yelah, long house ni bukan macam rumah kayu dekat kampung yang kita biasa tengok tu. Rumahnya panjang dan dibina tinggi dari tanah.

Bila Ayue diberi peluang untuk rasai sendiri suasana di long house, tanpa fikir panjang, ON! To Awana Genting Long House we go~


Tak pernah tau pun dekat Awana Genting ada long house? Haha. Ayue ke sini bersama rakan blogger, media dan 85 orang peserta remaja untuk merasai sendiri program Back to Nature. Remaja-remaja ini datang dari beberapa daerah di Negeri Pahang iaitu Bentong dan Raub, serta Rumah Charis dari Kuala Lumpur.

Sebelum membuat aktiviti kami yang pertama iaitu Eco Nature Trail, kami kena warm up dan dibahagikan dalam kumpulan. Setiap kumpulan kena fikir nama kumpulan yang bertemakan alam sekitar dan sorakan kumpulan. Nama kumpulan Ayue "PineApple". 


Eco Nature Trail ni merangkumi jungle trekking sejauh 1.8km di dalam hutan simpan berusia 130 juta tahun. Seronok bila dapat kumpulan dengan remaja-remaja ni. Rasa macam diri kita muda jugak! Hehe. Masing-masing excited nak jungle trekking dalam hutan.



Hutan simpan ni dijaga dengan rapi. Kalau anda nampak, ada sesetengah pokok yang juga dilabel namanya. Macam-macam nama pokok yang Ayue tak pernah dengar dan lihat ada di dalam hutan tu. Pacat? Mestilah ada! Tak hutan lah kalau takda pacat. Hehe.





Terhantuk kepala dekat kayu, tudung tersangkut dekat duri, jari luka kena duri, semua tu pengalaman Ayue sepanjang kami di dalam hutan. Ni merupakan jungle trekking yang agak thrill pada Ayue. Sebelum ni Ayue ada juga join jungle trekking, tapi pengalaman di Awana Genting yang paling best. 


1.8km tu dengar macam dekat je, tapi bila dah masuk hutan, rasa jauh sangat pula. Hehe. Tak sabar nak sampai jalan keluar. Hampir 2 jam juga kami menghabiskan perjalanan didalam hutan. Bila keluar, pemandangannya cantik sangat! Hijau~



Selesai jungle trekking, kami lunch di Pasar Ikan Bakar, bersebelahan dengan long house sementara menunggu perasmian Program Back To Nature Genting Highland. Makanan di Pasar Ikan Bakar sedap-sedap belaka. Kami masing-masing repeat banyak kali ambil makanan sebab ada pelbagai makanan sedap yang kami teringin nak cuba.





Program Back To Nature Genting Highland dirasmikan oleh Yang Berbahagia Senator Datin Paduka Chew Mei Fun, Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Komuniti bersama Ms Katherine Chew, Timbalan Presiden Resorts World Genting.

Acara perasmian ini dilakukan dengan penanaman dan siraman pokok oleh Yang Berbahagia Senator Datin Paduka Chew Mei Fun.


Selepas perasmian, kami diberi pula pendedahan dan kesedaran mengenai Eco Nature oleh Fadly Bakthiar, Direktor Program dari Eco Knight. Aktiviti ini memberi ilmu tentang cara-cara untuk mengurangkan penggunaan sumber dan menguruskan sisa melalui 3R (Reduce, Reuse & Recycle) dan juga bagaimana sisa boleh ditukar kepada sesuatu yang berguna dalam kehidupan seharian kami.



Belah malamnya pula, setiap kumpulan dikehendaki membuat pakaian dengan menggunakan bahan dari alam sekitar. Kami dibekalkan kotak, plastik sampah, botol dan tali untuk mereka pakaian yang akan diperagakan di Fashion Show keesokkan harinya.


Masa ni macam-macam idea keluar. Seronok tengok setiap ahli kumpulan kami bertungkus lumus menyiapkan pakaian tu, terutama ketua kumpulan kami yang gigih mencari daun kering dalam keadaan gelap malam. 

Selesai semua aktiviti untuk hari pertama, kami bersiap-siap untuk tidur pula. Percaya atau tidak, kesemua blogger memilih untuk tidur didalam khemah berbanding di long house. Lebih thrill kononnya. Ayue, Numi, Norfa dan Miza tidur satu khemah. Besar, luas, dan selesa sampai nyenyak kami tidur berlawan-lawan dengkur dengan khemah sebelah! Hehe.



Tak sabar nak tengok Fashion Show esok! Till my next post okey?



xoxo,

post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page