Mediterranean Delights di Cuisines | The Haven Luxury Resort, Ipoh

29 December 2015

Assalamualaikum. Sampai je kami di The Haven Luxury Resort, Ipoh, Ayue dah tak sabar dah nak dinner sebab drive dari Shah Alam ke Ipoh ambil masa 3 jam. Lapar kot! Lepas je check in, kami rehat sebentar dan terus ke Cuisines.


Cuisines ni merupakan pool bar dan restoran di The Haven dan terletak betul-betul di sebelah pool mereka. Awesome. Sambil makan sambil menikmati memandangan. Cewah. Lagipun Ayue memang tak sabar nak cuba menu baru mereka, Mediterranean Delights. Macam tau-tau je selera Ayue eh? Hehe.


Di Cuisines, kesemua makan mereka adalah bebas MSG dan bahan pengawet. Ayue perasan dah banyak juga restoran dan kafe yang amalkan konsep bebas MSG ni. Memang rasa makanan akan rasa lain sedikit, tapi masih sedap dan paling penting, bagus untuk kesihatan. Pengambilan MSG yang berlebihan boleh menyebabkan banyak penyakit tau. Jadi hati-hati dengan setiap makanan yang anda ambil okey? Makanan di Cuisines anda boleh makan tanpa ragu-ragu :)

Untuk Mediterranean Delights, ada tiga jenis menu yang anda boleh pilih. Hummus, Moutabal dan Lebanese Tabouleh Salad.


Hummus ni diperbuat dari kacang kuda. Rasanya lebih kurang macam hummus yang Ayue makan sebelum ni, cuma ia bebas MSG.

Hummus

Hummus

Moutabal pula adalah dari terung. Ini Ayue tak pernah rasa, tapi rasanya boleh tahan. Kalau anda sukakan hummus, anda pasti sukakan Moutabal ni juga.

Moutabal

Moutabal

Dan yang paling Ayue suka adalah Lebanese Tabouleh Salad. Ayue suka sebab rasanya macam kerabu. Ada daun pudina dan parsley. Kalau buat sup atau tomyam, memang Ayue suka letak daun tu banyak-banyak.

Lebanese Tabouleh Salad

Lebanese Tabouleh Salad

Kemudian kami makan Chicken Shawarma dan New Zealand Beef Shawarma. Ayue suka daging berbanding ayam sebab dagingnya dihiris nipis, tak liat, dan ada rasa lemak-lemak. Haha. Sedap kot! Ayue yang dah kenyang ni pun masih boleh habiskan menu ni. Satay mereka pun boleh tahan sedapnya.

Satay

Satay

New Zealand Beef Shawarma

New Zealand Beef Shawarma

Chicken Shawarma

Chicken Shawarma

Pineapple juice ni pun Ayue suka manis sungguh. Takda rasa gatal lidah pun lepas minum. Nenas apa yang diguna Ayue tak pasti, yang pasti nenas ni juicy gila.



Dessert mereka, cheese marble cake ni pun sedap tau. Macam tau-tau je yang Ayue suka cheese cake kan. Haish, semua sedap makanan di Cuisines ni.


Untuk breakfast pula, Cuisines buka mulai pukul 7.00am hingga 10.30am. Sebelum kami breakfast pagi tu, sempat juga lah ber-morning walk sekeliling tasik. Lepas makan boleh sambung lagi. 

Ramai yang recommend untuk Ayue cuba Nasi Lemak mereka masa breakfast dan Nasi Ayam masa lunch sebab katanya menu ni memang sangat famous dan sedap. Disebabkan Ayue tak sempat nak rasa Nasi Ayam, Ayue wajib cuba Nasi Lemak ni. Ya ampun, memang sedap sungguh! Sambal dia yang buat Nasi Lemak ni lain daripada yang lain. Mungkin sebab takda MSG? Hehe.



Selain tu ada banyak lagi pilihan yang boleh anda pilih semasa breakfast. Ada masakan goreng, bijirin, kuih muih, bubur nasi, roti, telur dadar dan macam-macam lagi. Ayue sampai tak tau nak pilih yang mana satu tau.






Suasana di Cuisines pun selesa. Anda boleh pilih sama ada nak menjamu selera di luar atau dalam.Paling Ayue suka adalah staff mereka sangat ramah. Sentiasa senyum dengan kerenah kami yang nak macam-macam ni.



Haa, sebab ni lah Ayue kata anda tak perlu risau jika anda menginap disini. Tak perlu masak-masak dah. Datang je makan di Cuisines, mesti puas hati. 




xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.