Resepi Mudah Chocolate Oat Bar Tanpa Bakar

Wednesday, December 02, 2015

Assalamualaikum. Pagi ni sebelum pergi kerja, Ayue sempat buat Chocolate Oat Bar tanpa bakar ni. Mudah sangat-sangat. Masa buat 10 minit, 5 minit lepas terus boleh makan dah. As simple as that! Dah la tanpa bakar, lagi mudah kerja kan? Bahan-bahan pun sikit je guna. Telur pun takda tau. Haa.


Jom tengok apa bahan-bahan Chocolate Oat Bar Tanpa Bakar
  • 1 cup peanut butter
  • 1/2 cup honey
  • 1/2 cup coconut oil (butter pun boleh)
  • 2 cups oats
  • 1/2 cup dried cranberries (Boleh ganti dengan chopped nuts or raisins)
  • 1 1/4 cups dark chocolate chips
  • 1 teaspoon vanilla extract





Cara-cara
  • Cairkan peanut butter, honey dan coconut oil dalam kuali dengan api yang kecil. Cairkan saja, bukan sampai menggelegak tau. Nanti hangit pula.
  • Kacau sebati dan ketepikan.
  • Terus add in chocolate chips, oats, raisin/nuts, dan vanila. Gaul rata.
  • Tuang dalam bekas dan sejuk sebentar.








Bila dah sejuk, anda boleh potong into bars dan makan. Kalau nak keras macam macam biskut, letak dalam peti ais dulu baru makan okey? Senang je kan. 10 minit pun tak sampai nak siapkan Chocolate Oat Bar ni. 





*Boleh juga campur shredded coconut, almond, cashew nut atau hazelnut. Ikut selera masing-masing. Ayue letak cranberries sebab itu je yang ada kat dapur. Hehe.



Selamat mencuba :)



xoxo,

post signature

You Might Also Like

1 comments

Youtube Channel

Blog Archive