Resepi Rose Potato

Thursday, December 24, 2015

Assalamualaikum. Ingat lagi tak hari tu Ayue ada cakap yang Ayue kena masuk pertandingan masak menggunakan kentang dari US. Seronok sangat pertandingan masak ni rupanya. Rasa puas hati bila kita dapat hasilkan satu menu dalam masa yang ditetapkan, siap dengan styling lagi! Haha.

Kalau dekat rumah kita main bedal je susun macam mana pun. Tapi dah nama pertandingan, kena la ada food presentation kan. Sebab tu Ayue kata seronok bila hasilnya dah siap.

Sebenarnya Ayue tak tahu nak masak apa pun masa pertandingan tu. US potato kot? Menu apa nak masak ni. Google punya google, jumpa satu resepi yang Ayue rasa Ayue boleh buat. Ecece.



Rose Potato

Cantik? Hehe. Sebab tu Ayue pilih menu ni. Siap ada sauce lagi tau. Okey dah, takmo cerita panjang-panjang. Jom tengok macam mana Ayue buat Rose Potato ni eh.

Ingredients (Serves 9)
8-9 potatoes
5 tbsp olive oil
1.5 tsp italian herbs
1/2 tsp salt
1.5 tsp garlic powder
1/2 tsp ground black pepper



Directions

1) Basuh dan kupas kentang. Hiris nipis atau hiris guna mandoline untuk lebih mudah dapatkan slice kentang yang sama size.



2) Campur 5 tbsp olive oil, 1.5 tsp italian herbs mix, 1.5 tsp garlic powder, 1/2 tsp garam dan 1/2 tsp ground black pepper ke dalam bekas kecil. Gaul rata.



3) Susun hirisan 9-10 kentang bertindih dengan hirisan yang lain seperti di dalam gambar. Sapu seasoning tadi pada kentang menggunakan berus. Gulung hirisan kentang tadi bermula dari hirisan pertama, pegang jangan lepas. Anda akan dapat sekuntum rose potato yang cantik.


4)  Susun rose tadi ke dalam loyang muffin untuk dibakar. Sapu lagi seasoning di atas kelopak rose tadi. 



5) Preheated oven pada suhu 400F/200 C degrees dan bakar rose selama 25-30 minutes hingga berwarna coklat keemasan. 




Untuk sauce pula, anda boleh cuba resepi ni. Sedap tau cicah dengan rose potato tadi.



Herb-and-Cheese Dip
Serves 4 to 8 (2 cups)


Ingredients
1/4 cup chopped fresh parsley
2 Tbsp. chopped fresh rosemary
1 large garlic clove, peeled and finely minced
3⁄4 cup grated Parmesan cheese
2 cups sour cream or plain yogurt
1/4 cup milk
1/2 tsp. salt
1/4 tsp. pepper







Directions
Campur semua bahan, gaul rata. Siap, dah boleh makan. Hehe.




Tada~~ Siap!
Susun cantik2 dalam pinggan, makan dengan timun, capsicum, dan pudina. Bukan sekadar hiasan je tau :)
Senang sangat resepi ni kan. Jangan lupa try okey?





xoxo,




You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page