Ajlaa Village Resort | Tempat Menarik Cuti Hujung Minggu di Selangor - Day 1

27 January 2016

Assalamualaikum. Last 2 weeks Ayue dan rakan blogger lain ada buat Girls day out di Ajlaa Village Resort. Pernah dengar tak nama tempat ni? Haa, ni Ayue nak share satu tempat yang memang best gila untuk dijadikan weekend getaway atau team building gitu. Tak jauh pun dari Kuala Lumpur, Ajlaa Village ni terletak di Hulu Langat. 


Nak ke Ajlaa Village ni senang je, waze je Ajlaa Village, nanti terus sampai betul-betul di pintu masuk Ajlaa Village ni. Tak susah pun. Ayue driive seorang-seorang pun takda masalah, cuma jalan nak sampai ke Ajlaa ni agak mencabar, dalam 500m tu jalan takda tar, jadi anda ke lah berhati-hati okey. Especially masa hujan. 


Selama 2 hari 1 malam kami disini, layanan yang diberikan memang tiptop! Tak puas rasa, macam nak kena tambah lagi sehari pulak. Hehe. Masa sampai je di Ajlaa ni, terus Ayue rasa aman damai, tenang sebab kiri kanan semua hutan. Cuaca pun tak berapa panas, udara sempoi-sempoi bahasa gitu. Memang sesuai sangat lah kalau nak datang sini untuk relax dari hiruk pikuk KL tu.







Kat sini ada macam-macam jenis bilik yang anda boleh pilih mengikut kesesuai aktiviti anda. Kalau yang daang ramai dan nak buat tema building, dorm ada disediakan. Kalau datang dengan family yang besar pun takda masalah, ada banglo tepi kolam lagi untuk anda sekeluarga. Yang nak datang sini memancing, seriously, ikan-ikan kat sini ada banyak gila dan besar-besar. Mesti dapat punyalah.




Baca info tentang bilik-bilik di Ajlaa Villagehttp://www.ayueidris.com/2016/01/ajlaa-village-resort-jenis-bilik-harga.html

Menariknya Ajlaa Village ni, air yang digunakan disini semua dari air mata air semulajadi. Terasa lah macam duduk kat kampung sikit bila bermalam disini. Bukan senang tau nak dapat air mata air sekarang ni. Cuma kat Ajlaa ni moden, air mata air tu kelaur dari paip je. Hehe. Tak perlu nak cedok-cedok dalam perigi bagai.



Kolam renang pun ada. Pun guna air mata air. Mula-mula masuk tu seram sejuk juga, tapi dah lama-lama, tak rasa pun. Syok lagi adalah sebab air takda klorin. Macam mandi sungai. Dari kanak-kanak sampai ke dewasa boleh mandi di kolam renang ni. Bahagian dewasa dalam sangat sampai tenggelam kepala Ayue tau! Hahah. (Tinggi Ayue 155cm je)


Untuk anda yang ingin bermalam disini, jangan risau tentang makanan sebab disini anda boleh masak, segala peralatan masak ada disediakan. Takpun minta je pihak Ajlaa Village sediakan makanan untuk anda. Nak buat BBQ pun boleh.



Belah malamnya pula, kami BBQ beramai-ramai. Seriously, rempah BBQ resepi Ajlaa ni memang terbaiklah. Sedap sangat okey! Lupa pula nak minta resepi. Hahah. Kami makan berpinggan-pinggang. Repeat banyak kali sampai tak larat dah. Haha.





Mula-mula ingat nak mandi esok paginya, tapi disebabkan diorang tiga orang ni tak sabar, malam-malam ni juga diorang bantai mandi kolam. Punya lah excited kan. Yang lain cuma mampu celup-celup kaki je malam-malam ni.




Settle mandi, semua duduk berkumpul untuk sesi gosip! Hahah. Semua berkumpul di bilik Ayue. Makanan semua siap dah ni. Lepas satu cerita ke satu cerita. Hehe. Happy sangat bonding time macam ni. Bukan selalu berjaga sampai ke pagi kan.

Okey dah. Cukup untuk hari pertama. Boleh baca entry Ayue untuk hari kedua di Ajlaa Village. Wajib baca okey sebab hari kedua kami beramai-ramai buat jungle trekking redah hutan, mandi sungai dan mandi kolam. Best!
AJLAA VILLAGE RESORT
Batu 22, Sungai Lepuh,
Jln Hulu Langat, 43100, Selangor
Tel : 019-8154750 / 017-2931955



Untuk maklumat lanjut, boleh layari :





xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.