Getex | Dapat cashback lepas shopping online

Sunday, March 06, 2016

Assalamualaikum. Orang sekarang kan ramai yang suka shopping online. Samalah dengan Ayue pun. Ayue lagi suka scroll website shopping online berbanding shopping di kedai. Lebih mudah kaedahnya. Hehe. Tips Ayue untuk anda yang juga suka shopping online ni adalah anda wajib shopping menggunakan voucher atau cashback.

Konsep cashback ni adalah selain dari anda menggunakan voucher untuk mendapat harga yang murah, anda juga mempunyai alternatif lain seperti menggunakan cashback untuk mendapat semula wang yang anda gunakan untuk shopping. Haa, menarik tak?

Ofcourse lah bukan kesemua jumlah yang anda bayar tu anda akan dapat balik. Itu shopping FREE nama nya. Cashback ni mempunyai peratus-peratus yang anda akan dapat semula dari wang yang anda belanjakan.


Salah satu website yang anda boleh gunakan untuk mendapat semula cashback adalah Getex.my. Getex membolehkan anda mendapat cashback sehingga 12% tau. Lagi best dari voucher sebab dengan cashback, duit kita boleh dapat semula. 

Getex.my mempunyai lebih 70 peruncit dalam talian termasuk Lazada, Zalora, Luxola, AirAsiaGo, Groupon, Ensogo, Agoda, Groupon, Foodpanda dan banyak lagi.

Caranya untuk mendapat cashback dari Getex ni mudah saja.

Daftar akaun di Getex.my dan login.


Pilih panduan yang mana satu bagi memudahkan anda membuat pembelian. Sama ada melalui store, kategori ataupun hot deals. Pastikan anda klik melalui Getex untuk membuat membelian okey.




Anda akan redirect ke online shopping pilihan anda dalam masa 5saat.


Mula shopping seperti biasa dan check out.



Kembali semula ke laman Getex tadi untuk mengisi maklumat pembelian anda. Cashback akan masuk ke dalam akaun anda dalam masa 48jam. 


Untuk cashout cashback, anda perlu request payment dan isi maklumat yang dikehendaki.
Payment anda akan masuk ke dalam bank dalam masa 4-5 hari.






Baguskan? Pantas dan mudah. Lepas shopping, dapat balik duit kita. Siapa tak suka? Oh ya, jika anda ingin dapatkan cashback, sebarang voucher selain daripada Getex sendiri tidak boleh digunakan. Jadi anda kena lah pandai kira okey. Yang mana lebih berbaloi. Guna voucher atau dapat cashback?

Jom daftar Getex sekarang. Boleh dapat cashback dah lepas ni :)
Berbaloi-baloi.

Website : www.getex.my

xoxo,

post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Blog List

Blog Archive