Beauty Review | SAFI dengan Manfaat Habbatus Sauda

Monday, April 25, 2016

Assalamualaikum. Ramai yang tahu Habbatus Sauda ni banyak khasiat dia. Baik dari segi kesihatan ataupun kecantikan. Malah Nabi Muhammad S.A.W. juga ada bersabda dalam Hadis Riwayat Bukhari & Muslim yang dipetik dari Kitab Ash Shahihain,

Gunakanlah Habbatus Sauda kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)

Ayue tau ramai diantara pembaca blog Ayue ni suka dengan produk keluaran Safi kan? Macam mana kalau Ayue kata Safi sekarang ada produk terbaru yang diperkaya dengan manfaat Habbatus Sauda. Haa, suka tak?


Rangkaian Pembersih Wajah Safi yang terbaru ni diformulasi dengan Habbatus Sauda atau dikenali sebagai Jintan Hitam sebagai kombinasi utama bagi membantu kulit kita agar kelihatan halus dan lembut secara semulajadi. Untuk anda yang tidak tahu, Habbatus Sauda mempunyai kebolehan untuk melindungi kulit dengan nutrien dan mempunyai bahan antibakteria tau.

Ayue suka produk Safi ni sebab ia memberi kesan secara lembut je. Tidak macam sesetengah produk yang memberi kesan yang kuat seperti kulit terasa terlalu tegang atau hingga menggelupas. Wangi pula tu! 


Untuk variasi yang baru ni, ada 3 jenis iaitu Sari Mentimun & Habbatus Sauda, Sari Susu Manggis & Habbatus Sauda, dan Sari Gamat & Habbatus Sauda. Yang paling menarik perhatian Ayue adalah Sari Susu Manggis. Bau manggis tau! Wangi sangat. Rasa nak makan. Hehe.


Okey, bawah ni Ayue senaraikan semua rangkaian produk yang diperkaya dengan Habbatus Sauda ya.


Rangkaian produk pembersih muka SAFI

Pembersih Muka Sari Mentimun & Habbatus Sauda SAFI
50g- RM 6.10, 100g-RM 10.80


Rasai manfaat Sari Mentimun yang mampu mengecilkan pori. Pembersih ini mampu membersihkan kotoran secara mendalam, membuat kulit terasa lebih mulus, segar & berseri. Dengan khasiat mentimun, sel kulit mati akan mudah tertanggal malah kotoran dapat dibersihkan secara berganda! Pembersih ini sesuai untuk semua jenis kulit. Kini kulit wajah terasa halus dan pori tidak tersumbat lagi!



Pembersih Muka Sari Susu Manggis & Habbatus Sauda SAFI
50g-RM 6.10, 100g-RM10.80


Inilah rahsia cerah berseri secara semula jadi! Terkenal dengan gelaran “Ratu buah-buahan”, rumusan khas Sari Susu Manggis menjadikan kulit wajah cerah dan lembap sepanjang hari. Pembersih ini amat sesuai untuk semua jenis kulit khususnya mereka yang berkulit kering. Alami kecerahan kulit secara semulajadi dan nikmati kelembapan kulit wajah berpanjangan!



Pembersih Muka Sari Gamat & Habbatus Sauda SAFI
50g-RM 6.10, 100g-RM 10.80


Kehebatan gamat memang diperakui ramai sebagai agen pemulihan dalam rawatan tradisional. Ia juga mampu mengawal minyak dan jerawat di samping membersihkan kulit wajah dengan sempurna tanpa cela. Tampil yakin dengan kulit bebas minyak & jerawat!



Penyegar Sari Mentimun & Pokok Lidah Buaya bersama Habbatus Sauda SAFI
100ml- RM 7.50


Dapatkan kehebatan dua khasiat alamiah Sari Mentimun dan Pokok Lidah Buaya yang membuatkan kulit wajah anda tegang dan sentiasa lembap dengan penyegar Safi. Penyegar tanpa alcohol ini berkesan mengecilkan pori sambil membersihkan sisa kotoran. Kulitmu kini lebih segar dan bersih sentiasa.



Rangkaian produk pelembap muka SAFI

Pelembap Muka Sari Gamat & Habbatus Sauda SAFI
80g- RM 8.90


Kebaikan Sari Gamat sebagai agen pemulihan mampu mengawal minyak dengan efektif agar kulit bebas bernafas dan lebih sihat tanpa jerawat. Berikan nafas baharu serta kesegaran pada kulit wajah anda!



Pelembap Muka Sari Pokok Lidah Buaya & Habbatus Sauda SAFI
80g- RM 8.90


Manfaat ekstrak Sari Pokok Lidah Buaya ini umpama terapi wajah, selain menyejukkan ia juga membekalkan mineral dan vitamin yang diperlukan oleh semua jenis kulit. Kulitmu pasti terasa lebih lembap dan sihat dengan terapi wajah ini!



Krim Kecantikan Lidah Buaya & Habbatus Sauda SAFI
16g-RM 7.40


Gabungan Sari Pokok Lidah Buaya dengan Habbatus Sauda ni mengandungi nutrien semula jadi agar kulit kita kekal lembap dan segar sepanjang hari selain membantu kulit wajah tampil halus, lembut dan berseri. Krim kecantikan ini amat sesuai digunakan sebagai krim pelembap dan asas solekan. Tampil cantik berseri dengan asas solekan semulajadi!

Macam mana, suka tak?  Cepat-cepat cuba produk baru ni okey? Dijamin HALAL :)

Produk SAFI ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk farmasi, pasaraya dan pasaraya hiper utama. Bersama kita nikmati khasiat semulajadi dengan manfaat berganda Habbatus Sauda. 

Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari :
Facebook : www.facebook.com/SAFI.MY
Instagram : @safimalaysia


xoxo,

post signature

You Might Also Like

1 comments

  1. Assalam kak ayue,saya nak tanya ada x penyegar dan krim kecantikan untuk sari manggis ni..bab saya ada beli pelembap muka ,dia kata gunakan selepas penyegar..mohon balas#

    ReplyDelete

Youtube Channel

Blog Archive