Resepi Mudah | Fried Sandwich untuk Sarapan pagi

Friday, April 08, 2016

Assalamualaikum. Haa, ni pula resepi yang tersangat lah mudah untuk anda buat. Sekelip mata je dah siap. Ecece. Lain sikit dari sandwich yang anda dah selalu makan tu. Kalau nak buat sandwich ni pergi picnic pun sedap ni. Rangup sikit. Selalu kalau picnic roti mesti dah lembik sikit kan? Sandwich goreng resepi Ayue ni tahan rangup! Hehe.


Ni puasa dah dekat pula. Selain dari menu untuk anda sarapan pagi, sandwich goreng ni juga sesuai kalau anda nak buat menu untuk sahur masa puasa nanti tau. Mudah je nak buat, jadi anda tak perlu nak bersusah payah bangun awal pagi ketong ketang kat dapur tu.

Fried Sandwich resepi Ayue ni hanya menggunakan roti, serbuk roti, telur dan tuna mayonise dari TC Boy. Tiga bahan ni je pun dah cukup. Siapa kata makanan dalam tin tu membosankan? Okey, jom tengok cara-cara untuk buat Fried sandwich ni.



Resepi Mudah Fried Sandwich | Untuk 2 orang

Bahan-bahan:
  • Roti gardenia - 4 keping
  • Serbuk Roti - Secukupnya
  • Telur - 1 biji
  • Tuna Sandwich Delite (Tuna in Mayonise) - 1 tin



Cara-cara:
  • Susun 2 keping roti bertindih dan leperkan menggunakan roller
  • Tekap dengan acuan bulat (Ayue guna cawan je)
  • Celup roti ke dalam telur yang sudah dipukul sedikit
  • Salut roti dengan serbuk roti
  • Goreng roti ke dalam minyak masak sehingga kekuningan dan kembung
  • Angkat dan tos kan
  • Potong roti kepada 2 bahagian
  • Isikan tuna mayonise ke dalam roti
  • Hidang bersama sos


Haa, mudah je kan. Nak lagi sedap boleh dimakan dengan timun dan tomato. Kenyang pun kenyang. Kalau jenis yang tak makan nasi masa sahur, tahan lah menu ni sampai berbuka nanti. InsyaAllah. Ni Ayue ada tunjuk video cara-cara buat untuk memudahkan anda buat okey.


Ada banyak lagi resepi yang Ayue buat dengan menggunakan makanan dalam tin dari TC Boy ni tau. Nanti Ayue share satu per satu okey. Lepas ni dah tak bosan dah la dengan menu-menu harian anda kan. Selamat mencuba! 


xoxo,

post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Blog Archive