Resepi Mudah Mackerel Spicy Dip

Thursday, April 07, 2016

Assalamualaikum. Resepi yang super mudah ni Ayue buat khas untuk anda di luar sana yang dah takda idea nak makan apa. Bosan asyik menu yang sama kan. Selalunya bila orang makan nachos, mesti dengan cheese. Disebabkan Ayue suka pedas, jadi Ayue buat Mackerel Spicy Dip untuk dicicah dengan nachos. Baru lah umphh!


Nak lagi mudah, Ayue hanya menggunakan Mackerel Goreng dalam Sos Cili dari TC Boy ni. Sedap tau. Jenama TC Boy ni pula merupakan produk keluaran Malaysia dan telah disahkan HALAL dari pihak JAKIM. Jadi anda boleh lah makan tanpa was-was.



Resepi mudah dari makanan dalam tin ni hanya menggunakan bahan-bahan yang sikit. Rumah orang bujang pun mesti adalah bahan-bahan ni. Cepat pula tu, tak sampai 10 minit dah siap. Okey, jom tengok apa bahan-bahan yang Ayue guna.

Resepi Mackerel Spicy Dip | Untuk 2 orang

Bahan-bahan:

  • Mackerel Goreng Dalam Sos Cili - 1 tin
  • Cili Kering - 3 batang (dikisar)
  • Bawang Besar - 1 biji (potong dadu)
  • Tomato - 1 biji (potong dadu)
  • Cheddar Cheese - 1 keping
  • Nachos - secukupnya
  • Sedikit minyak masak


Cara-cara masak:

  • Tumis cili kisar hingga garing
  • Masukkan TC Boy Mackerel Goreng Dalam Cili Sos ke dalam kuali
  • Masukkan bawang dan tomato
  • Tuang ke dalam mangkuk dan letak cheese diatasnya
  • Bakar 150C selama 10 minit
  • Siap! Boleh dimakan dengan cicah bersama nachos

Mudah sangat. Ayue suka sebab ada rasa pedaa-pedas, ada rasa cheese sikit. Hehe. Leka makan sampai tak perasan dah habis. Untuk anda yang lebih gemarkan sardin, boleh tukar kepada sardin okey? Ayue memang lupa nak tangkap gambar cara masak satu per satu. Tapi Ayue ada rekod video cara masak. Hehe.


Ada banyak lagi resepi yang Ayue buat dengan menggunakan makanan dalam tin dari TC Boy ni tau. Nanti Ayue share satu per satu okey. Lepas ni dah tak bosan dah la dengan menu-menu harian anda kan. Selamat mencuba!



xoxo,

post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Blog List

Blog Archive