Star Edition Body Care sempena UEFA Champions League 2015/16

Saturday, April 23, 2016

Assalamualaikum. Lelaki ni sebenarnya ada bau badan semulajadi yang perempuan suka. Memang bau lelaki tu boleh menenangkan perempuan, tapi kalau bau lelaki tu tengit? Busuk? Masih menenangkan ke? 

Setiap wanita ada ciri-ciri lelaki yang dia suka termasuklah Ayue. Ada yang suka handsome, kulit sawo matang, tinggi, 'sado', tapi semua ni tak guna kalau badan si lelaki itu berbau busuk. Dari ada chance nak mengurat, terus kena reject. Betul tak?


Tak pandai jaga kebersihan diri dan penampilan is a BIG NO. Tak perlu nak pakai baju branded yang mahal-mahal tu untuk tarik perhatian wanita. Cukup sekadar bau yang sedap, dah boleh buat seorang wanita tu bertanggapan yang positif tentang lelaki. Ingat, bukan lelaki saja yang sukakan perempuan berbau wangi tau.

Pernah sekali masa zaman Ayue belajar dulu, masa exam Ayue duduk di belakang seorang lelaki yang Ayue tak pernah kenal. Tapi lepas dari exam tu memang Ayue akan ingat dia sampai bila-bila. Semua disebabkan Ayue terpaksa menahan hidung selama 4jam dari bau badan dia yang BUSUK atau lebih tepat lagi bau ketiak! Kesian pada kami yang berada disekeliling dia, tak tenang nak jawap exam.


Sebab tu, wahai kaum lelaki, menjaga kebersihan dan penampilan diri tu sangat penting. Ayue suka Qisti sebab dia tak pernah tak wangi. Kadang-kadang bila terhidu sekilas bau dia, automatic tersenyum akan sendiri. Seronok sebab orang yang kita sayang ada bau yang kita suka. 

Ayue suka bau yang manly. Tapi tak terlalu kuat, dan tak juga terlalu lembut. Dalam cuaca yang panas terik sekarang ni, peluh lebih banyak keluar, kemungkinan untuk berbau busuk tu tinggi. Nasib baik sekarang ni Qisti dah pakai perfume dari Adidas. Bau wangi je sentiasa.


Rangkaian yang Qisti pakai adalah UEFA Champions League Star Edition Body Care sempena UEFA Champions League 2015/16 season yang akan datang ni. 

Rangkaian produk Penjagaan Badan Edisi Bintang Liga Juara UEFA baru ni merupakan produk berlesen rasmi dan diilhamkan oleh semangat kecemerlangan kejohanan Liga Juara-juara UEFA musim 2015/16. 

Rangkaian produk baru adidas UEFA Champions League Star Edition Body Care terdiri dari:
  • adidas Man UEFA 2 Eau de Toilette 100ml | Harga Jualan RM32.90
  • adidas Man UEFA 2 Eau de Toilette 50ml | Harga Jualan RM 24.90
  • adidas Man UEFA 2 Deo Body Spray 150ml | Harga Jualan RM17.90

Ketiga-tiga produk ni Qisti ada. Deo Body Spray memang WAJIB pakai setiap hari. Tak lengkap rasanya kalau keluar rumah tanpa deodorant kan? EDT pula macam pelengkap hari Qisti. Ada dua benda ni saja dah cukup untuk Qisti bebas dari bau yang kurang menyenangkan.


Satu EDT simpan di rumah dan yang kecil pula boleh bawa masuk dalam beg atau letak di office. Agak-agak kalau terlupa spray di rumah, boleh spray on-the-go kan? Qisti suka sangat Deo Body Spray dan EDT dari adidas ni sebab baunya sangat tahan lama. Walaupun Qisti spray waktu pagi, lepas kerja kami dinner bersama pun masih lagi ada baunya. Suka betul Ayue tau. 



Yela, macam Ayue cakap tadi, Ayue sukakan bau manly, tapi tidak terlalu kuat dan tidak pula terlalu lembut. Sesedap rasa saja dan kebetulan UEFA Champions League Star Edition Body Care ni memang memenuhi citarasa Ayue. Dalam pada penat-penat tu, orang tersayang wangi pula. Hilang terus penat. Hehe. 


Haruman UEFA Champions League Star Edition Body Care mempunyai gabungan bau Bergamot, limau mandarin, daunan tomato, buah pelaga, Lavander France asli, Lada Hitam Madagascar, Cedarwood Virginia, Patchouli Indonesia dan Karanal. Patut lah wangi! Sesuai dengan botol nya yang simple, tetapi nampak elegan. 



Cuba lah. Serius best. Kalau pujuk kekasih hati wangi-wangi macam n, mesti cair punya lah. Nak beli sendiri boleh, nak beli hadiah untuk orang tersayang pun boleh. Lagi digalakkan tau. Pergi je ke Watsons, Mydin, lain-lain peruncitan atau pusat membeli-belah. Mesti ada.

Oh ya, Untuk pengetahuan anda, nanti akan ada upcoming roadshow untuk UEFA Champions League Star Edition di IOI City Mall dari 27th April hingga 2nd May 2016. Jangan lupa datang ramai-ramai okey. Ada macam-macam aktiviti dan permainan menarik yang anda boleh join. Siap ada free gift tau! Rugi nya kalau tak datang roadshow ni. Ayue pun nak pergi 28hb nanti. Jumpa kat sana tau.


Venue: Lower Ground Centre Court at IOI City Mall
Date: 27th April till 2nd May 2016
Time: 10 am till 10pm


Updated

Haa! Ayue dah pergi dah Adidas roadshow hari tu. Best tau. Seronok tengok ramai main games yang ada.



Yang mahir menendang bola, boleh lah cuba game ni. Lagi kuat tendangan, lagi tinggi markah!




Ada juga promosi barangan adidas dan pameran bola yang digunakan pada match game nanti.




Rugi lah siapa yang tak datang tu. Hehe.



xoxo,

post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Blog List

Blog Archive