Resepi Mudah | Ikan Siakap Stim

Saturday, May 21, 2016

Assalamualaikum. Bila nak share pasal resepi, Ayue memang tak suka nak bebel panjang-panjang. Hehe. Kalau boleh nak terus tulis resepi. Boleh kan? Ayue terus tulis resepi dan step by step untuk rujukan anda okey? Senang je!

Resepi ni dibuat oleh adik Ayue, boleh tengok FB dia : Daya Idris

Ayue tolong share kan je untuk rujukan anda masak masa bulan puasa nanti. Puasa kan dah dekat? Nak buat sahur boleh, nak makan masa berbuka pun boleh. Mudah sangat. Bahan yang digunakan pun ada je kat dapur tu ha.


Resepi Ikan Siakap Stim

Bahan-bahan
3 biji bawang besar - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris
2 batang serai - hiris
3 biji limau
1sudu sos tiram
½ sudu lada hitam
Garam
Gula




Cara-cara masak

1) Bersihkan ikan dengan air asam untuk hilangkan bau hanyir. Kemudian kelarkan ikan.



2) Campak semua bahan yang dihiris



3) Masuk perahan air limau



4) Tabur lada hitam lebih kurang ½ sudu



5) Sos tiram 1 sudu dan gula secukup rasa



6) Kukus sehingga masak. Nak letak foil pun boleh, tak nak pun takpa.




7) Siap untuk dimakan




Mudah je kan? Resepi mudah untuk anda puasa nanti. Hehe. Selamat mencuba!


xoxo,

post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Blog List

Blog Archive