CompAsia | Baikpulih Laptops Dekstop Smartphone seperti Baru

Thursday, June 09, 2016

Assalamualaikum. Ayue pasti ramai yang pernah dengar perkataan "second-hand" kan? Telefon second hand, kereta second hand, tapi macam mana pula dengan "Refurbished"? Pernah dengar? 

Mulanya Ayue ingatkan refurbished ni maksudnya penambahbaikan dari sesuatu yang normal kepada yang luar biasa. Macam "upgrade", tapi salah rupanya. Hehe. "Refurbished" atau bahasa melayu nya "Dibaikpulih" adalah sesuatu yang dibina semula dan dibaikpulih menjadi lebih baik dan seperti baru. Jauh lebih baik dari barangan second-hand yang tidak diperbaiki mutunya. 

Contohnya jika telefon anda rosak, ia akan dibaikpulih menjadi seperti baru. Semua ni Ayue belajar masa Ayue ke Press Conference (PC) CompAsia baru-baru ni. 


Sedikit info tentang CompAsia
CompAsia merupakan sebuah syarikat pelupusan asset teknologi maklumat yang terbesar di Malaysia. CompAsia menawarkan penyenggaraan perkhidmatan membaikpulih kepada organisasi awam dan swasta. Ditubuhkan pada tahun 2012, CompAsia telah membuka fasiliti pertamanya di Petaling Jaya untuk membaiki, membina semula dan membaikpulih pelbagai peralatan elektronik pengguna seperti desktop, laptop, smartphone, dan tablet. Barangan elektronik yang dibaikpulih ini dijual secara online di www.comp-asia.com dan juga menerusi reseller store di seluruh Malaysia.

Semasa PC CompAsia, ada beberapa barangan yang telah dibaikpulih dipamerkan untuk tontonan kami. Dari desktop, laptop, smartphone, dan tablet, semua nampak seperti baru, tiada cacat celanya. Kesemua peralatan elektronik ini telah dibaikpulih dan dijual semula dengan harga yang jauh lebih murah. Tapi jangan risau, ini bukan barangan tiruan atau ciplak tau.


Peralatan elektronik yang dijual di CompAsia semuanya original, cuma ia dibaikpulih. Sebagai contoh, Iphone yang telah dibaikpulih, jika anda mahukan kepastian sama ada iphone itu adalah keluaran dari Apple sendiri, anda boleh cek IMEI yang tertera dalam iphone tu. Tiada masalah. Malah segala maklumat peribadi anda juga turut terpelihara kerana CompAsia akan membuat "wipe-out" data terlebih dahulu sebelum menjualnya semula. Impressive kan? Ya, Ayue pun teruja dengan konsep yang diketengahkan oleh CompAsia ni.



Untuk pengetahuan anda, bukan saja kita dalam jimat duit dengan membeli peralatan elektronik yang dibaikpulih, malah alam sekitar juga boleh dipelihara. Bateri telefon yang anda semua miliki tu mempunyai toksik yang boleh merosakkan bumi. Anda tidak boleh membuang atau membakarnya sesuka hati. Sebab itu CompAsia mengambil inisiatif untuk untuk membantu bumi dengan menggalakkan penggunaan semula barangan elektronik dan tidak menggalakkan pembuangan yang melambakkan sisa peralatan elektronik sebagai misi dan visi mereka.


Bukan saja di Malaysia, CompAsia juga telah pun berkembang di beberapa negara Asia yang lain seperti Singapore dan Filipina, dan akan datang Thailand dan Indonesia pula. Press conference yang Ayue hadir kali ini adalah untuk mengumumkan pembukaan fasilitinya di negara Filipina untuk menyelenggarakan aktiviti membaikpulih perkakasan elektronik terpakai. 


Julius Lim, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CompAsia berkata, "Perkembangan CompAsia ke negara Filipina dapat menyepadukan strategi mereka menembusi pasaran global yang lebih luas agar tercapai matlamat mereka sebagai pembekal barangan elektronik guna semula yang paling berjaya di rantau Asia. Fasiliti CompAsia yang baru dibuka di Filipina dibina khas untuk memberi tumpuan utama kepada aktiviti membaikpulih dan menghapus data secara selamat serta memastikan ia mematuhi tatacara pelupusan dan piawaian alam sekitar yang bertaraf antarabangsa."


Sempena dengan pembukaan rasmi fasiliti membaikpulih barangan elektronik pengguna di Filipina, CompAsia turut menjalinkan usaha sama dengan Versatech International Phl yang merupakan syarikat pengedaran IT terkenal di Filipina. Versatech akan berperanan membantu mengukuhkan pasaran di Filipina serta mengembangkan strategi CompAsia menjadi pembekal perkakasan elektronik guna semula yang terkenal di sana.

Pengarah Urusan Versatech International, Stephen Yu berkata, "Versatech akan menggunakan kepakaran dan pengalaman kami untuk memasarkan produk CompAsia kepada pelanggan-pelanggan Filipina yang ingin mencari komputer dan perkakasan elektronik terpakai yang telah diubahsuai serta berkualiti tinggi. Kami juga akan berusaha agar pelanggan dapat menerima layanan terbaik disamping memastikan jenama CompAsia akan dilihat secara positif oleh kesemua pasaran pengguna terutama di negara Filipina".

Ayue ada juga cek laman web CompAsia untuk lihat produk yang dijual. Murah betul! Siap ada warranty setahun lagi tau. Ada ke peralatan elektronik second-hand yang beri warranty sehingga setahun? Haa, peralatan elektronik yang dibaikpulih di CompAsia ada tau. Nampak tak betapa yakinnya mereka dengan peralatan elektronik yang dibaikpulih oleh mereka?

Malah baru-baru ni mereka baru saka sold out Sony Z1 (RM499), dan sekarang ni tengah hangat pula Sony Z (RM499)/Samsung S4 (RM499) dimana setiap produk yang dijual datang dengan setahun warranty. Memang awesome lah. Kalau tak puas hati, anda boleh saja pulangkan dalam masa 7 hari. Takda masalah.

Kebanyakkan laptop dan desktop yang dijual pula adalah untuk kegunaan kelas bisnes dan jarang dijumpai di shopping mall kerana ianya sesuai untuk bisnes korporat besar yang memerlukan kualiti yang lebih baik dalam jangka masa yang lama.  Contohnya laptop kelas bisnes yang baru berharga RM3-5k, tetapi di CompAsia mereka hanya menjual dengan harga dibawah RM1,500. Whoa!



Tahniah CompAsia sebab berjaya melebarkan lagi sayap sampai ke Filipina pula. Dari situ dah nampak yang CompAsia ni bukanlah sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan scam atau peralatan elektronik tiruan. Kalau anda mencari peralatan elektronik seperti desktop, laptop, smartphone atau tablets dengan harga sangat lebih murah, cepat-cepat cek laman web CompAsia okey?



Untuk maklumat lanjut, boleh layari :





xoxo,

post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page