Koleksi Fesyen Baju Raya Cantik Menawan 2016

Thursday, June 16, 2016

Assalamualaikum. Siap sini suka baju yang dah siap jahit berbanding kena pergi tempah baju raya pada tukang jahit?


Ayue ni jenis yang tak berapa gemar nak beli kain dan hantar pada tukang jahit tiap kali nak raya. Ayue ada banyak sangat kain pasang yang belum dijahit. Semuanya masih terlipat elok dalam plastik sebab takda masa nak pergi cari tukang jahit. Lagipun nak cari tukang jahit yang boleh jahit cantik bukan senang sekarang ni. Sebab tu Ayue lebih suka cari baju yang dah siap jahit, orang panggil 'Ready to Wear' untuk menjadi koleksi baju raya Ayue setiap tahun.

Jimat masa, jimat tenaga, jimat duit, pilihan pun banyak. Lagi pula sekarang ni semua dah boleh beli online, lagi lah senang. Duduk rumah, sambil-sambil tengok TV pun boleh pilih baju raya. Hehe. Buat apa nak susah payah redah lautan manusia bulan ramadan ni kan? Penat kot!

Ayue tau, mesti ramai yang dah siap-siap terbayang fesyen baju raya macam mana yang anda nak kan? Tema warna apa raya tahun ni? Ni Ayue nak share satu butik online yang koleksi baju rayanya memang cantik dan menawan. Gigit jari tengok! Rambang mata sampai juling lah. Haha. 

Pinkzfashion

Pinkzfashion ni merupakan butik online yang menawarkan pakaian muslimah terkini. Koleksi pakaiannya semuanya CANTIK, ELEGANT & BERGAYA. Apa yang Ayue paling suka adalah Pinkzfashion menawarkan baju kurung moden dari size XS hingga XXXXL!! Anda besar ke, anda kecil ke, tak payah risau, insyaAllah ada size.



Yelah, raya tahun ni kan badan Ayue bukan main semangat lagi. Tahun lepas slim lagi, tahun ni tak berapa nak slim, cari baju raya pun susah tau. Nasib baik jumpa Pinkzfashion. Banyak size ada. Puas hati. Pilih je nak yang mana satu. 


Semua koleksi baju raya kurung moden Pinkzfashion dah siap ada dalam Website, Facebook dan Instagram. Semua detail lengkap tentang size, warna, harga, material, dan kemasan ada pada gambar. Jadi boleh lah anda pilih dengan hati yang tenang. 

Facebook Pinkzfashion

Instagram Pinkzfashion

Dalam banyak-banyak koleksi tu, Ayue suka koleksi Melissa dan Adilah.


Baju Kurung Moden Melissa


Masa mula-mula Ayue nampak baju ni Ayue dah berkenan. Tengok lah sendiri jahitannya, Sangat kemas, eksklusif dan sempurna! Bila Ayue cuba, nampak kurus pula. Confirm! Terus grab jadi baju raya tahun ni. Ada tiga warna yang boleh dipilih, Black, Blue dan Champagne. Kebetulan Ayue belum pernah ada baju kurung warna champagne, elok sangat lah tu.

Details
Material : Baju (92% Polyester, 8% Spandex) Skirt (100% Polyester)
Harga : RM219
Size : 34-46 (XS-3XL)


Ayue suka dengan material kain Melissa ni. Tak melekat kat badan, dan tak panas. Ayue dah cuba pakai masa tengahari, alhamdulillah takda lah berpeluh lencun sampai melekat dengan badan. Potongan fesyennya pun sopan dan menepati ciri-ciri muslimah. Sebab tu Ayue pilih Baju Kurung Moden Melissa ni. Cantik tak?






Baju Kurung Pahang Adilah


Bila dah nampak baju raya cantik-cantik, mana cukup satu betul tak? Baju kedua yang Ayue pilih adalah baju kurung pahang Adilah. Sebenarnya dah lama Ayue teringin nak pakai baju kurung pahang. Ayue tak pernah ada pun sebelum ni. Bila nampak baju kurung pahang ni, cantik dan nampak sangat eksklusif ni, terus tak pandang yang lain dah.


Details
Material: 100% Polyester 
Harga : RM219
Size 34-48 (XS-4XL)


Seriusly, jahitan baju ni sangat kemas dengan sulaman manik. Jahitan manik ni yang sebenarnya membuatkan baju ni nampak mewah dan elegan. Sangat selesa pula tu. Terletak je pada badan Ayue bila try hari tu. Warna dan corak kain ni nampak eksklusif dan bermutu tinggi. Ada tiga pilihan warna iaitu Lavender, Blue & Mauve. Ayue pilih blue.






Macam mana? Cantik kan! Kalau anda rasa tak puas tengok online, nak juga tengok di butik, pun boleh, takda masalah. Anda boleh terus datang ke butik Pinkzfashion  di Semua House Jalan TAR. Banyak lagi pilihan yang ada. Tapi buat apa susah-susah nak ke sana kalau boleh beli online? Hehe.

Takpa lah, ikut yang mana anda selesa okey? Tapi jangan lambat sangat pilih, nanti sold out, kempunan pula. Ada yang tek beraya nanti.


Untuk maklumat lanjut, boleh layari :
Facebook : Pinkzfashion
Instagram : @pinkzfashion


Butik Pinkzfashion
Semua House Kuala Lumpur 
Level G (Bersebelahan Emas Sri Pinang)
016 3266 406


xoxo,

post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Blog List

Blog Archive