Resepi Berbuka Puasa | Ayam Pakeez Sedap dan Mudah

Wednesday, June 01, 2016

Assalamualaikum. Siapa yang tengok episod Ayue memasak dalam rancangan 'Chef Mail masak bersama Pensonic' hari tu? (Episod 2 : 23 May 2016). Menu yang Ayue masak adalah Ayam Pakeez.

Resepi Ayam Pakees ni ilham dari Chef Ismail sendiri tau. Mesti anda tak pernah dengar kan? Chef Ismail pula masak Nasi Mandhi. Dua menu ni dilengkapkan dengan Coconut Smooties. Fuhh, menu-menu yang boleh buat Ayue terliur masa puasa nanti. Bau je dah mengancam okey.

Nasi Mandhi ni memang sesuai sangat dimakan dengan Ayam Pakeez. Lagi-lagi masa bulan ramadhan. Kalau anda tak tahu nak masak apa untuk masakan ayam anda, boleh lah cuba Ayam Pakeez ni. Sesekali masak istimewa, apa salahnya kan? Mesti tambah nasi sesiapa yang makan tau. Ayue sendiri tak sabar nak masak lagi puasa nanti tau. 


Okey lah, jom tengok apa bahan-bahan dia ya.

Bahan-bahan
Ayam - 1 kg

Bahan hiris
Halia - 1 inci
Bawang Besar - 1 biji
Bawang putih - 3 ulas
Batang seleri - 1/2cawan

Bahan kisar
Halia - 1 inci
Bawang besar - 2 biji
Bawang putih - 5 ulas
Tomato - 2 biji
Daun ketumbar - 1 cawan
Daun pudina - 1 cawan
Cili hijau - 5 tangkai
Badam - 1 cawan
Kismis - 1 cawan

Serbuk rempah
Rempah kurma - 3 sudu makan
Rempah kari daging - 3 sudu makan
Air - 1 liter
Minyak sapi - 1 cawan
Fresh cream/santan - 1 cawan
Jus limau - 1/2 cawan
Garam dan gula - secukupnya


Banyak pula bahan dia kan. Hehe. Tapi percayalah, sangat-sangat berbaloi bila dah makan nanti.


Cara-cara masak
  • Panaskan minyak sapi, tumis bahan hiris sehingga kekuningan. Masukkan pula bahan kisar dan masak hingga naik bau. 
  • Masukkan rempah kurma, rempah kari dan sedikit air masak sehinnga minyak naik dipermukaan
  • Masukkan ayam dan fresh cream/santan.
  • Masak sehingga agak pekat dan rasakan dengan garam, gula dan jus limau
  • Siap untuk dihidang.


Mudah saja kan? Campak-campak je bak kata mak Ayue kat kampung tu. Ayue guna Multi-cooker Pensonic. Mudah untuk masak masakan jenis macam ni yang memerlukan masa untuk kering. Dah siap masak nanti jangan lupa upload dan tag Ayue tau. Resepi Nasi Mandhi nanti kemudian Ayue share ya. Selamat mencuba :)


Untuk maklumat lanjut tentang pensonic, boleh layari : 



xoxo,

post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Blog List

Blog Archive