Resepi Mudah | Ayam Masak Bali Sedap

Tuesday, June 07, 2016

Assalamualaikum. Ramadan kali ni memang Ayue dah siap-siap list kan menu untuk sebulan. Gigih kan? Hehe. Bukan apa, saja taknak pening bila tiba masa nak masak. Buat list untuk sepanjang ramadan, haa senang. Takda pening nak masak apa dah. Menu yang Ayue masak untuk berbuka puasa hari ni adalah Ayam Masak Bali.


Sebenarnya dah lama dah Ayue nak masak menu Ayam Masak Bali ni. Tapi tak pernah berkesempatan. Ada macam-macam resepi Ayam Masak Bali ni yang Ayue jumpa, tapi ini yang paling mudah. Jadi hari ni Ayue buat lah. Senang je rupanya. Macam masak sambal juga, taip lain sedikit kaedah nya. Hehe. Rasa tak tahu lah lagi kan. Harap-harap sedap :)


Resepi Ayam Masak Bali

Bahan-bahan
Ayam - 1/2 ekor ayam
kunyit serbuk - 1 sudu teh
garam - secukupnya

Serai - 6 batang (diketuk)
Daun kari - 4 pelepah
Kicap lemak manis - 1 sudu teh
Cili kisar - 1 cawan
Gula - secukupnya
Garam - secukupnya
Air - 1/2 cawan

Bahan-bahan kisar
Bawang besar - 5 biji
Bawang putih - 8 ulas
Halia - 1 inci
Belacan - 1/2 inci


Cara-cara masak
  1. Perap ayam dengan kunyit dan garam seketika
  2. Goreng hingga separuh masak dan ketepikan
  3. Tumis serai hingga naik bau, masukkan daun kari dan masak sebentar.
  4. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga kekuningan. 
  5. Masukkan cili kisar. Tumis hingga garing.
  6. Masukkan gula dan garam.
  7. Masukkan ayam, gaul rata dan tambah sedikit air.
  8. Masak hingga pekat.
  9. Masukkan kicap, gaul rata dan masak sebentar.
  10. Siap untuk dihidang.


Hari ni Ayue makan Ayam Masak Bali ni dengan Nasi Tomato dan papadom. Encik tunang request. Anda pula masak apa hari ni?


xoxo,

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page