Althea Birthday Party #AltheaTurns1

31 July 2016

Assalamualaikum. Amboi-amboi. Lama betul cuti raya sampai blog pun ke laut bulan Julai ni. Mood blogging baru sampai ni. Hehe. Ingat lagi Ayue ada buat shout out untuk Althea birthday hari tu? Haa, kali ni Ayue nak cerita tentang Althea Birthday party pula. Best tau!

Happy 1st anniversary Althea~~


Pagi-pagi lagi dah semangat pakai pink semua sebab tema birthday Althea kali ni pink! Sampai je dekat Ruang, Subang Jaya, Ayue memang impress dengan deko yang disediakan. Comel gila okey. Semua pun pink. Terus rasa macam gegirl sikit. Haha.





Seronok sebab ada ramai kawan blogger yang join birthday party ni. Dapatlah lepas rindu dekat yang mana yang jarang jumpa tu. Tapi sebab Ayue kusyuk sangat rekod video sana sini, Ayue baru perasan masa nak buat entry ni yang Ayue tak tangkap banyak gambar rupanya!! Alahai. Snapchat pun boleh lupa nak update? Eh?

Takpa lah, Ayue share yang mana ada je okey?

Ada bingsu bar!! OMG. ni first time Ayue try bingsu sebenarnya. Sedap! Dua tiga kali jugaklah makan bingsu ni hari tu. Haha. Cuba macam-macam flavour yang ada. Bukan selalu kan. Dessert pula jangan kata lah. Tempting sangat la hai. Rasa nak makan semua. Geram je tengok.


Tapi paling best photobooth dia lah. Bentuk Althea pink box tu tau. Feeling macam kita duduk dalam box gitu. Comel gila. Lepas snap gambar terus print dan kita boleh bawa balik. Awesome! Please jangan tanya berapa keping Ayue bawa balik eh. Banyakkkk.

Photobooth by Glitz&Glam Studiobooth



Comel kan kek Althea ni? Pun bentuk box Althea jugak. Masalahnya mekap-mekap dalam box tu pun nak nampak real apahal?

Hehe, takpa. Tak lama lagi kami semua akan dapat pink box tu jugak sebab Althea dengan berbesar hatinya bagi kami shopping point 150 untuk shopping di website Althea. Woohooo!!! Tapi, kami boleh shopping dalam masa 15 minit je!! Nasib baik lah Ayue memang ada banyak list dalam wishing list. Haha. Tinggal nak pilih dari situ je lah :)

Yeay! Tak sabarnya nak tunggu box pink Althea sampai rumah.



Sebelum majlis habis, Althea CEO, Frank Kang minta kami pilih belon-belon yang ada di sekeliling kami tu untuk dipecahkan. Ingatkan apa lah ada dalam belon tu. Rupanya ada lucky draw! Semua orang pun dapat, cuma hadiah berbeza-beza. Ayue dapat Cushion set dari It's My :)

Thank you It's My, WondeRuci, Aromatica untuk hadiah lucky draw yang awesome ni. Atleast semua orang balik bukan dengan tangan kosong lah kan. Hehe.

Pastu!! Ayue nak share satu berita best ni. Ayue kan sibuk rekod video. Tujuan sebenar cuma nak mantapkan skill vlog, editing dan perbanyakkan video dekat youtube. Tapi rezeki Ayue menang Best insta-video!


Ya allah, syukur sangat. Thank you Althea!! Senyum lebar Ayue tau. Tak sabar nak tengok apa hadiah misteri Ayue tu. Nanti Ayue share okey.



For more info : Althea Website

Till then,

xoxo,


post signature

Join the conversation!

  1. Akak mg layak pun menang video contest tu tau!!! Mg awesome giler sbb ada gmbr liz bnyk dalam tu wakakakah. Pasni pastikan gambar liz bnyk lagi dalam camera kak ayue tau. hihik. Kak ayue liz nak amik gmbr yg ramai2 tu ye ltk kat blog juga nnt liz creedit kak ayu.

    ReplyDelete
  2. Tahniah Ayue! memang best gila vid tu, cepat share dengan kita hadiah. sbb ada muka kita kan!

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.