Kelas Memasak Pensonic "Raya-Merdeka Cook With Chef Season 3" 2016

Monday, August 08, 2016

Assalamualaikum. Alhamdulilah, alhamdulillah!! Syukur sangat-sangat bila rezeki Ayue mencurah-curah masa Kelas Memasak Pensonic "Raya-Merdeka Cook With Chef Season 3" 2016 di One City Subang hari tu. 


Ayue dan pemenang-pemenang peraduan "Cook with Celebrity & Chef DCH Ismail" dijemput hadir ke kelas masak bersama chef dengan pemenang-pemenang Peraduan "Raya-Merdeka Cook With Chef Season 3". Memang meriah lah kan sebab ramai rupanya pemenang peraduan dari Pensonic ni. Murah hati betul pihak Pensonic ni.


Tahun lepas Ayue tak dapat join kelas masak ni. Mungkin terlepas pandang. Rugi betul rasanya. Tapi tahun ni memang Ayue tak lepas peluang! Dari awal bulan lagi dah tunggu tau. Setiap kumpulan yang hadir boleh bawa pulang Multi-Cooker yang disediakan sebagai peralatan memasak. Awesome kan?!


Segala bahan mentah dan juga apron disediakan oleh pihak Pensonic. Kami yang peserta ni tinggal nak masak je. Punya lah senang kelas masak macam ni. Hehe. Kami masak menu Ayam Masak Merah. Resepi yang bsangat simple dan mudah untuk dimasak oleh sesiapa pun.





Dari awal sampai habis kelas masak bersama Dato' Chef Haji Ismail ni memang seronok sangat sebab chef  asyik buat lawak. Ayue dengan Numi tak habis-habis ketawa. 


From left : Kitchen Kingdom Managing Director, Mr. Mohd Imran bin Sa'adon, Mamee Chef Brand Manager, Ms. Alysha Wong, Pensonic Friend, Ms. Amber Chia, Pensonic Friend, Mr. Alan Yun, Pensonic Ambassador, Ms. Emily Lim, Pensonic Friend, Ms. Carrie Lee, Pensonic Friend, Ms. Kelly Jagan, Pensonic Friend, Ms. Angel Yeoh, Pensonic Executive Director, Mr. Nelson Chew, Pensonic Friend, Dato Chef Haji Ismail, Pensonic Friend, Ms. Peng Peng, Pensonic Friend, Mr. Sean Lee, Chef Mail Masak Bersama Pensonic Celebrity Guest, Mr. Fendi Balas, Chef Mail Masak Bersama Pensonic Celebrity Guest, Mr. Ungku Ismail Aziz, Chef Mail Masak Bersama Pensonic Celebrity Guest, Mr. Lim Jian Wen, Chef Mail Masak Bersama Pensonic Celebrity Guest, Mr. Ahmad Syahir


Selesai masak, masa untuk umum pemenang lucky draw dan instagram contest. Ayue tak sangka nama Ayue naik untuk kedua-dua kategori tu. Syukur alhamdulillah! Untuk lucky draw Ayue menag sekotak Mamee Chef Lontong, dan untuk hadiah Instagram contest pula Ayue menang Bread Maker.


Ya Allah, punya lah lama Ayue mengidam Bread Maker ni. Akhirnya ada juga rezeki Ayue dalam 3000 orang peserta yang hadir. Ramai kan? Ayue dapat tau g bilangan peserta makin meningkat dari tahun lepas tau.


Tak sabar rasanya nak rasmikan Bread Maker Ayue tu. Macam-macam boleh dibuat dengan Bread Maker tu. Nak masak dodol pun boleh. Ish, tunggu jela resepi dari Ayue okey?

Sebelum balik mesti lah selfie dengan Dato' Chef Haji Ismail dulu. Hehe. Hopefully tahun depan ada lagi rezeki Ayue nak join Kelas Memasak Pensonic ni. InsyaAllah.




xoxo,

post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel