Sharnaaz Ahmad duta terbaru Men’s Bioré

Sunday, August 07, 2016

Assalamualaikum. Penjagaan wajah sebenarnya sangat penting bagi seseorang. Bukan saja wanita, tapi kebanyakkan lelaki juga amat menitik beratkan penjagaan wajah mereka. Yela, siapa yang mahu kulit berjerawat, berminyak, kusam dan kering kan. Tambahan pula lelaki memang terdedah dengan pelbagai kotoran jika mereka menaiki motor.

Habuk dan pencemaran berterusan akan membuat bakteria yang terperangkap didalam liang-liang pori dan timbulnya masalah kulit seperti kulit kusam dan berjeragat. Permasalahan kulit ini yang sebenarnya akan menyebabkan raut wajah kelihatan kurang menarik. Mula lah rasa kurang keyakinan dengan penampilan diri.


Okey jangan risau sebab sekarang ni, Men's Bioré memperkenalkan pembersih muka lelaki yang memberikan Kuasa Pembersihan Detox. Pembersih muka ni diformulasi dengan Teknologi Terkini Berjuta Skrub Mikro dari Jepun di mana skrub akan memecah menjadi berjuta mikro skrub yang dapat mengoptimumkan Keupayaan Pembersihan Detox jauh di dalam liang pori.

Skrub “Oil Absorbing”
Menyerap minyak berlebihan di permukaan kulit serta menghilangkan bintik hitam dan kulit kusam.

Skrub “Deep Detox”
Membersih segala kotoran secara mendalam dengan menghantar ejen penyah minyak dan anti bakteria terus ke dalam liang pori.


Baru-baru ni selebriti terkenal di Malaysia, Sharnaaz Ahmad telah dilantik menjadi duta kepada Men's Bioré. Imej Sharnaaz yang berani dan berkeyakinan, menjadikan beliau model berperanan besar di mata masyarakat Malaysia dan mencerminkan status Men’s Bioré. Tahniah!!




Berbalik pada pembersih muka tadi. Pembersih muka Men’s Bioré Double Scrub mempunyai 5 variasi termasuklah Deep Clean , Deep Clean Extra Cool , Oil Clear, Acne Solution dan Bright Clean. Ia direka khas untuk memenuhi citarasa golongan lelaki yang muda , aktif, dan lasak di Malaysia.



Double Scrub Deep Clean mengandungi Skrub “Oil Absorbing” dan Skrub “Deep Detox”. Ia dapat membersihkan segala kotoran, menanggalkan bintik-bintik hitam dan kulit kusam dengan berkesan. Memberikan kawalan minyak berterusan and kulit yang bersih sepenuhnya dalam satu-langkah.




Double Scrub Deep Clean Extra Cool mempunyai fungsi yang hampir sama dengan variasi Deep Clean tetapi menawarkan sensasi amat dingin yang menyegarkan. Alamilah kesegaran ekstra ini terutama penggunaan selepas beriadah atau menjalani aktiviti bersukan.




Double Scrub Oil Clear diformulasi dengan “Black Tea”, Skrub “Oil Absorbing” dan Skrub “Deep Detox”. Ia mengandungi bahan kawalan minyak dan antioksida yang dapat menanggalkan minyak berlebihan dan juga rasa melekit pada kulit muka secara efektif. Kulit menjadi bebas-minyak dan tidak berkilat. Ia juga meninggalkan sensasi dingin yang menyegarkan ketika mencuci muka.




Double Scrub Acne Solution adalah penyelesaian terbaik untuk mereka yang mempunyai masalah kulit berjerawat. Ia diformulasi dengan Ekstrak Tea Tree, Skrub “Oil Absorbing” dan Skrub “Deep Detox”. Yang amat berkesan dalam mengawal jerawat yang disebabkan oleh bakteria-bakteria dan liang-liang pori tersumbat akibat minyak berlebihan. Kulit akan menjadi lebih sihat kerana kemunculan jerawat berkurangan serta kesan jerawat dan jeragat kurang kelihatan.




Double Scrub Bright Clean mengandungi Charcoal sebagai bahan ejen aktif, Skrub “Oil Absorbing” dan Skrub “Deep Detox”. Rumusan ini amat efektif untuk membersih dan menanggalkan kulit kusam. Miliki kulit yang lebih cerah dan tona kulit sekata.





Harga untuk 50g adalah RM8.60 manakala100g adalah RM15.70 untuk semua variasi. Boleh didapati di semua peruncit utama, farmasi, pasar raya besar dan kedai-kedai runcit mulai Ogos 2016.

Yang mana satu menjadi pilihan anda?


Untuk maklumat lebih lanjut mengenai produk Men’s Bioré, sila layari www.kao.com/my/mensbiore/ atau www.facebook.com/MensBioreMalaysia




xoxo,

post signature

You Might Also Like

2 comments

  1. Replies
    1. Alamak, Ayue tak cuba pula sbb lelaki punya kan. Supposedly refreshing la kan. Hehe.

      Delete

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page