Servis lukis inai/henna cantik di Melaka | Bahiyah Mehndi Art & Design

Saturday, September 10, 2016

Assalamualaikum. Dah lama rasanya Ayue tak menulis tentang hal perkahwinan. Mood bridezilla tu belum tiba. Cuma hari ni Ayue nak update tentang Inai. Setiap pengantin mesti nak lukis inai bila tiba hari perkahwinan masing-masing kan. Termasuk lah Ayue. Untuk orang Melaka yang tercari servis lukis inai/henna di Melaka yang sangat cantik dan boleh dipercayai, boleh cuba Bahiyah Mehndi Art & Design.


Sebenarnya Ayue dah lama jumpa Instagram Bahiyah ni sejak dari 3 tahun lepas. Tapi lepas wedding Ayue postpone, Ayue takda lah lagi nak ikut perkembangan dia kan. Sampai lah nak dekat kahwin ni. Bila Ayue tengok balik design-design yang Bahiyah dah buat. Ya ampun, banyak betul dah improve! Terpegun betul Ayue dengan hasil-hasil yang Bahiyah ni dah buat. Unik dan sangat teliti.




Orang kalau dah ada bakat tu, lukis macam mana pun mesti cantik. Ayue tak cari dah pelukis inai yang lain. Terus contact dan book dengan Bahiyah ni tau sebab Ayue yakin yang dia boleh buat kerja dengan bagus. Kenapa Ayue cakap macam tu? Sesetengah pelukis inai ni hanya ciplak design orang dan claim itu design dia. Bila tiba masa, design tak jadi seperti yang diharapkan. Kesian tau kat bakal pengantin. 


Dengan Bahiyah ni, kalau anda tengok Instagram dia, dah banyak positif testimoni dari customer yang dia pernah buat. Jadi tak perlu risau. Hehe. 

Design dia pula unik-unik semuanya. Anda boleh lihat sendiri design yang Bahiyah pernah buat dibawah ni. Nampak lain daripada yang lain kan. Tak terperuk dengan design yang dah biasa kita tengok tu. Kebanyakkannya fresh dan cantik. Ayue kurang suka dengan white henna sebab Ayue rasa inai merah macam ni lagi naik serinya. Old school gitu.








Untuk tapak tangan pun tak kurang hebatnya. Cantik sangat! Ayue rambang mata tak tahu nak pilih design yang mana satu.




Bahiyah boleh lukis inai di tangan dan kaki mengikut citarasa anda. Selalunya untuk design kaki, Bahiyah akan lukis yang sesuai dengan design tangan, tapi kalau anda dah ada design sendiri pun takda masalah. Boleh cuba bincang dengan Bahiyah.






Bukan tu je, Bahiyah Mehndi Art & Design ada juga pakej untuk anda yang bermurah hati nak offer keluarga atau kawan-kawan untuk sama-sama merasa inai dijari. Semuanya boleh dibawa berbincang. Harga pun berpatutan tau. Janji kita puas hati.



Sebenarnya dah ada beberapa design yang bermain-main dalam kepala Ayue ni. Tinggal nak finalize je. Sampai masa nanti Ayue tunjuk design mana yang Ayue berkenan ya? 


Jadi untuk anda yang tercari-cari pelukis inai/henna di kawasan Melaka, boleh contact Bahiyah Mehndi Art & Design untuk tahu pakej-pakej yang ada di talian +6 01121670793, atau tengok sendiri Instagram dia : @bahiyahmazlan ya. Best of luck!




xoxo,

post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel