Kasut style Korea murah dari Happy2u.my

Friday, October 14, 2016

Assalamualaikum. Sejak fenomena K-pop datang ke Malaysia, rata-rata orang kita semuanya nak ikut style orang Korea. Dari segi makanan, pakaian, kasut, malah tutur kata pun sama. Hebat betul penangan Korea ni. Untuk anda yang peminat tegar korean style, boleh cuba tengok website Happy2u.my ni. Barang seperti kasut, bag dan sunglasess ala-ala korea ada dijual di sana.


Sedikit info tentang Happy2u
"Happy2u ditubuhkan pada 2009 sebagai kilang pengeluar kasut. Misi mereka adalah untuk memberitahu bahawa FESYEN TIDAK SEMESTINYA MAHAL. Mereka menawarkan pelbagai jenis kasut, kaca mata, aksesori wanita dan banyak lagi. 

Untuk sentiasa kekal up-to-date dengan trend fasyen terkini, mereka mendapatkan ilham daripada ASOS, TOPSHOP, AMERICAN APPAREL, VOGUE, STYLENANDA dan macam-macam lagi. Mereka juga mengemaskini produk terbaru setiap hari!

Kesemua produk mereka adalah ready-stock, pre-order dibernarkan jika produk yang anda inginkan telah habis dijual. Untuk sentiasa membuat pelanggan mereka seronok, mereka akan menyemak dan meninjau harga setiap hari kerana mereka mahu anda mempunyai harga terbaik dan tawaran yang terbaik. Bukan itu sahaja, mereka juga mahu anda menerima produk yang terbaik tanpa kecacatan. Kawalan kualiti yang ketat akan dijalankan untuk semua produk."

Masa mula-mula Ayue tengok website Happy2u, Ayue dah excited sangat sebab ada banyak sangat kasut yang Ayue berkenan. Serious cantik betul kasut-kasut yang dijual. Kebetulan Ayue memang tengah cari kasut korean style sebab Ayue tak pernah ada kasut macam tu. Happy2u.my ada banyak! Lagi-lagi yang jenis tapak tebal tu. Smart gila.


Disebelah kiri website pula ada list untuk kesemua kategori produk yang dijual. Mudah untuk kita cari produk apa yang ni nak. Macam Ayue nak cari kasut jenis wedges, Ayue terus klik "Wedges" di bahagian Kasut Wanita. Selain kasut, Happy2u juga ada menjual barang seperti beg, makeup organizers, kaca mata, topi dan double eyelid stickers.



Sebenarnya Ayue ni memang jenis yang suka shopping online. Kasut pun Ayue cari online je. Tapi Ayue jarang jumpa website yang jual kasut dengan harga yang sangat berpatutan. Banyak pilihan pula tu! Ada banyak sangat design yang anda boleh pilih sampai rambang mata dibuatnya. Ada juga Ayue baca review dari blogger di Malaysia ni yang sukakan kasut dari Happy2u. 


Mana tidaknya, mereka akan update stok baru setiap hari tau. Kualiti pun bagus, malah masa penghantaran pun cepat. Paling Ayue suka adalah khidmat pelanggan mereka yang sangat mesra. Senang nak berkomunikasi. Kalau ada yang anda tidak faham, boleh tanya direct dengan mereka. Mudah kan.

Tapi kalau anda tidak faham tentang cara pembelian, anda boleh cuba baca dan fahamkan disini ya. Ayue sendiri baca dulu tau sebelum membeli. Yela, taknak tersalah pula kan.
Panduan membeli di Happy2u.my : http://happy2u.my/howtobuy.php#

Bukan tu je, kalau anda perlukan panduan lain seperti kos penghantaran dan macam mana nak ukur saiz kasut, boleh baca di bahagian "Guides" okey? Semuanya ada diterangkan disitu.


Ayue dah beli 2 kasut dari Happy2u. Kasut pertama adalah yang buat Ayue jatuh cinta adalah Trendy Pappilio Platform Wedges ni. Seriously Ayue suka sangat dengan design dia sebab dia cover hampir keseluruhan kaki. Ayue pula memang tengah cari kasut yang tapaknya tinggi dan flat macam ni. Menang sesuai sangat lah kan. Lagi pun Ayue takda kasut yang putih kesemuanya. Sebab tu Ayue pilih kasut ni. 

Trendy Pappilio Platform Wedges | RM52

Trendy Pappilio Platform Wedges | RM52

Trendy Pappilio Platform Wedges | RM52

Kasut ni sangat selesa dipakai tau. Walaupun dia jenis strap, tapi kaki Ayue langsung tak melecet. Masa pertama kali Ayue pakai kasut ni ke event, ada 2 ke 2 orang yang tegur tanya dekat mana Ayue beli kasut ni. Hehe.

Trendy Pappilio Platform Wedges | RM52

Trendy Pappilio Platform Wedges | RM52

Trendy Pappilio Platform Wedges | RM52

Kasut kedua yang Ayue pilih pula adalah Velcro Slingbacks Bootie. Yang ini pun sama, Ayue pilih sebab dia tinggi dan tapak flat. Lagi pun bila pakai kasut macam ni, Ayue nampak lebih tinggi sikit kan. Tak perlu nak pakai heels. Hehe. Yelah, Kaki Ayue kan sakit, mana boleh pakai heels. Jadi penyelesaian untuk kelihatan tinggi adalah pakai wedges yang tinggi.

Velcro Slingbacks Bootie | RM54

Velcro Slingbacks Bootie | RM54

Velcro Slingbacks Bootie | RM54

Kasut yang ini pun jenis strap juga, tapi lebih terbuka sedikit dari yang tadi. Ayue suka dengan design dia sebab nampak smart. Sesuai untuk Ayue pakai ke mana-mana majlis pun. Lagi pun bila Ayue pakai, kasut ni terletak betul-betul ikut bentuk pada kaki Ayue. Rasa lebih confident nak jalan bila kita selesa pakai kasut walaupun tinggi tau.

Velcro Slingbacks Bootie | RM54

Velcro Slingbacks Bootie | RM54

Velcro Slingbacks Bootie | RM54

Anda kalau nak cari jenis kasut yang macam ni, boleh terjah Happy2u.my okey. Pada Ayue website ni senang untuk kita cari barang dan nampak kemas. Cuma mungkin tidak banyak pilihan seperti syarikat gergasi yang lain, tapi koleksi yang sedia ada ni pun dah boleh buat Ayue rambang mata. Haha.

Untuk maklumat lanjut tentang Happy2u.my, boleh layari :

Website : www.happy2u.my
Facebook : Happy2u.my (www.facebook.com/happy2umy)
Instagram : @happy2umy (www.instagram.com/happy2umy)

atau hubungi mereka di:
Contact : 016-9523287
Email : hello@happy2u.my


xoxo,

post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Blog List

Blog Archive