Guardian Win A House Contest

Saturday, December 03, 2016

Assamualaikum. Guardian memang sentiasa muncul dengan pelbagai cabaran untuk pelanggan setianya. Ayue dapat juga saksikan beberapa cabaran yang dianjurkan oleh Guardian kepada pelanggannya dan hadiahnya sangat lumayan okey. Untuk cabaran kali ini, hadiahnya adalah sebiji rumah!


Seramai empat puluh satu orang pelanggan Guardian Malaysia telah mengambil bahagian dalam cabaran realiti pertandingan akhir Guandian-Win-A-House (WAH). Bukan mudah ya cabaran yang disediakan. Nampak je macam senang, tapi sebenarnya sangat susah kerana mereka diuji tahap kecerdasan fizikal dan minda dalam masa yang singkat. Bukan calang-calang ya yang dapat menepuhi semua cabaran ni.


Dalam ramai-ramai tu, seorang peserta wanita, Syarina Nordin telah muncul juara dan memenangi hadiah utama berupa rumah teres dua tingkat bernilai RM489,000, di Seri Pajam, Nilai. Peserta-peserta lain walau bagaimanapun tidak pulang dengan tangan kosong. Di antara mereka telah membawa pulang 500,000 mata penerbangan dan 10 Slow Juicer Kuvings, bernilai lebih daripada RM2,800 setiap satu, dan 40 peralatan La Gourmet berserta hamper produk bernilai RM100 setiap seorang.


Pertandingan WAH, yang pertama kali pernah diadakan oleh Guardian Malaysia, telah dianjurkan bersempena sambutan berganda ulang tahun ke-49 Guardian dan Hari Kebangsaan Malaysia. Pertandingan yang berlangsung sejak 28 Julai hingga 28 September lalu, memerlukan pelanggan untuk meneka bilangan pek tisu Guardian yang dimuatkan di dalam model rumah akrilik, berukuran 2 kaki (lebar), 3 kaki (tinggi) dan 3 kaki (panjang).


Ms Christina Low, Pengarah Pemasaran Guardian Health and Beauty Sdn Bhd berkata: "Kami merasakan bahawa menghadiahkan sebuah rumah dua tingkat adalah satu cara yang benar-benar bermakna untuk menghargai para pelanggan kami atas sokongan yang mereka berikan sejak 49 tahun yang lalu, di samping kebimbangan semasa terhadap kemampuan memiliki hartanah kediaman.

"Dengan mengadakan acara kemuncak yang mencabar dan menyeronokkan ini kami juga berharap ia akan lebih menggalakkan keakraban dan semangat kesukanan di kalangan para pelanggan kami dan menjadikannya sebuah acara yang sukar dilupakan untuk semua," tambah beliau.




Ms Low berkata pertandingan tersebut merupakan satu kejayaan besar, dengan lebih 40,000 penyertaan dari seluruh Malaysia, dan beliau berterima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang ke arah kejayaan tersebut, terutamanya para peserta yang telah mengambil bahagian dan sokongan padu yang diberikan oleh rakan-rakan perniagaan.

Rumah impian tersebut terletak di kawasan bandar D’Mayang Sari yang semakin pesat membangun. Ia dibangunkan oleh Seri Pajam Development Sdn Bhd, pemaju yang telah merangkul pelbagai anugerah.


Rumah tersebut, yang bakal siap tahun hadapan direka dengan ciri-ciri yang menonjol dan ergonomik yang membolehkan penggunaan ruang yang inovatif. Ciri-ciri ini digabung untuk memberikan suasana unik yang mewah dan harmoni.



xoxo,

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Blog List