Pengalaman beli belah di Courts untuk persiapan perkahwinan

05 December 2016

Assalamualaikum. Tinggal lebih kurang 9 hari je lagi sebelum Ayue sah jadi isteri orang. Debar jangan cakap lah. Nak gugur jantung ni tiap kali Ayue fikirkan. Tapi banyak lagi benda yang Ayue nak kena settle, jadi Ayue tak nak layankan sangat perasaan tu. Follow the flow saja bak kata orang.

Setiap bakal pengantin mesti ada target dia yang tersendiri. Ada yang nak wedding grand, memorable honeymoon. Ayue? Ayue cuma nak lengkapkan rumah. Tipu lah kalau Ayue kata Ayue taknak kahwin besar-besaran, bulan madu sampai oversea sana tu. Tapi bila Ayue fikirkan keadaan kewangan negara sekarang ni, Ayue lebih fokus pada kehidupan selepas berkahwin.

Baik Ayue lengkapkan perabot rumah dari Ayue membazir pada benda yang tak perlu masa kenduri kahwin kan? Memang 3 ke 4 tahun kebelakangan ni Ayue banyak beli keperluan rumah. Alhamdulillah sekarang ni hampir 80% barang wajib ada dalam rumah Ayue dah ada. Macam peti ais, mesin basuh, TV, barang elektrik di dapur, set sofa, semua lah. Tapi, ada satu benda yang Ayue masih takda sampai sekarang adalah set bilik tidur.


Memang saja Ayue tunggu sampai nak dekat kahwin baru beli. Baru lah seronok tidur bila berdua nanti kan. Ada juga barang elektrik lain yang masih ada dalam wishlist Ayue ni seperti vacumm, water heater, iron steamer, air-cond dan home theater system. Amboi, banyak betul wishlist ye? Hehe. 

Ayue tak rajin nak cari di banyak-banyak kedai sebab Ayue sibuk dengan persiapan kahwin yang lain, jadi Ayue terus ke cawangan Courts Megastore Sri Damansara untuk cari barang dalam wishlist Ayue tadi tu sebab Ayue tau Courts ni ibarat one-stop center untuk kita yang nak cari barang keperluan rumah. Semua benda ada dalam Courts ni tau. 


Lagipun harga barang di Courts sangat berpatutan. Ayue dan Qisti sampai rambang mata tak tau nak pilih yang mana satu. Ada banyak lagi barang keperluan rumah yang Ayue takda rupanya. Ada banyak jenama dan pilihan pula tu. Pilih saja yang mana berkenan di hati. 

Untuk anda yang masih tercari-cari set sofa ke, set TV, mesin basuh, peti ais atau barang-barang keperluan yang wajib ada di rumah, boleh terus datang ke Courts sebab disini semuanya ada. Seriuosly, design-design yang ada bukan calang-calang tau. Kebanyakannya up-to-date yang sesuai dengan citarasa keluarga muda sekarang. 




Ayue dan Qisti pula terus ke bahagian bedding untuk cari set katil kami. Ya ampun, cantik-cantik katilnya! Tilam pula sangat selesa sebab tilam yang dijual disini adalah dari jenama terkenal seperti Slumberland, Vono, Dorma London, KingKoil, dan banyak lagi. Hampir sepuluh kali juga lah kami pusing bahagian bedding ni sebab tak tahu nak pilih yang mana satu. Cantik-cantik betul design yang ada. Sesuai sangat dengan citarasa Ayue. Bukan saja ada set bilik tidur, tapi kalau anda nak cari katil dan tilam saja pun ada banyak pilihan.




Tips untuk cari tilam yang betul dan serasi dengan kita adalah kita kena baring dan feel tilam tu sendiri. Hehe. Betul! Kalau anda tidur berdua, anda berdua kena baring atas tilam tersebut untuk rasa bagaiman tekanannya bila tidur nanti. Haa, baru lah betul. Bukan tekan-tekan saja dengan jari atau duduk di atas tilam untuk tau tilam tu sesuai ke tak dengan kita. Macam Ayue, Ayue suka tilam yang tak keras dan tak juga terlalu lembut. Sedang-sedang saja. Pilih punya pilih, dapat juga katil dan tilam pilihan kami. 


Bukan taknak ambil yang set katil sekali dengan almari dan meja mekap tu. Harga yang ditawarkan sangat affordable dan jauh lebih rendah dari yang ada dipasaran. Cuma Ayue lebih suka mix and match. Jadi buat masa sekarang ni Ayue hanya ambil katil dan tilam saja. Ada rezeki lain Ayue akan beli almari pula.



Design katil yang Ayue pilih cantik dan sesuai dengan bajet Ayue. Ayue pilih warna putih untuk disesuaikan dengan dinding di rumah Ayue. Ada sesetengah design katil anda boleh pilih warna apa yang anda nak tau. Tiada bayaran tambahan cuma proses penghantaran akan lambat sedikit kerana mereka akan buat katil baru mengikut warna yang anda mahu di kilang sebelum dihantar kepada anda.

Untuk tilam pula, memang Ayue sengaja pilih tilam yang terbaik yang Ayue mampu beli. Ayue dah baring hampir kesemua tilam yang ada, dan pilihan Ayue adalah tilam jenama Vono. Promosi untuk tilam ni sangatlah rugi kalau Ayue tak grab sekarang. Mana nak dapat dekat tempat lain harga macma ni untuk jenama tilam terkenal ni kan? Seriously Ayue sangat puas hati dan yakin dengan pilihan tilam Ayue tu. Tilam kita nak pakai lama, kena lah cari yang betul-betul sesuai dengan kita. Takda lah sakit badan nanti.

Staff di Courts pun ramah tamah semuanya. Mana promosi yang Ayue tidak faham, mereka akan terangkan satu per satu. Malah jika anda beritahu bajet anda, mereka juga akan carikan katil yang terbaik sesuai dengan bajet anda. Mudah kan? Pastikan anda betul-betul faham tawaran yang mereka berikan sebelum membuat pilihan tau. Bukan apa, kita sebagai pembeli kena bijak memilih. Ye tak?



Lepas Ayue buat pilihan, staff di Courts akan terangkan semula barang yang anda nak beli dan promosi yang ada. Jika anda dah betul-betul pasti dengan pilihan anda, baru lah proceed ke pembayaran ok? Semua proses jual beli di Courts ni sangat mudah dan cepat. Ayue takda masalah langsung sepanjang memilih barang di sini. Seronok betul bila barang yang Ayue nak ada disini. Tak perlu nak cari tempat lain dah.





Disebabkan hari tu tak sempat nak survey barang elektrik, Ayue beli barang elektrik yang ada dalam wishlist Ayue tu di cawangan Courts Giant Shah Alam, berdekatan dengan rumah Ayue. Nak tau set katil dan barang elektrik mana yang Ayue beli? Kena tunggu entry Ayue yang seterusnya okey? 

Sementara tu anda boleh tengok video pengalaman membeli belah Ayue di Courts di bawah.




xoxo,

post signature

Join the conversation!

  1. COMELNYA ayuuuuuuuuuuuuuu

    Geram pulak tengok semua katil2 tu tau. kita pun tengah cari jugak..

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.