Top 10 barang keperluan pasangan pengantin baru yang boleh dibeli di Courts

07 December 2016

Assalamualaikum. Setiap pasangan yang berkahwin pasti akan ada barang keperluan rumah yang mereka ingin beli untuk lengkapkan rumah mereka. Tak kira lelaki atau perempuan. Kalau dulu hidup bujang, boleh lah hantar baju ke dobi tiap minggu, makan kedai setiap hari. Kalau dah berumah tangga? Takkan nak buat semua tu lagi kot? Mesti lah kena ada improvement kan. Dah kata berumah tangga, kena lah ada barang keperluan semua ni.


Walaupun rumah Ayue hampir kesemua barang keperluan dah ada, tapi Ayue masih banyak lagi barang kehendak yang Ayue nak beli untuk lengkapkan rumah Ayue ni. Maklumlah, perempuan, serba serbi dia nak lengkap. Kalau boleh nak beli satu kedai terus. Hehe.

Hari tu masa Ayue pergi ke Courst untuk beli set katil, Ayue sempat survey barang-barang lain juga. Yelah, Courts ni kan ibarat one-stop center untuk barang keperluan rumah. Semua benda ada di Courst ni. Jadi, sambil menyelam, minum air lah kan. Boleh masuk dalam wishlist Ayue. Manalah tau ada rezeki lebih nanti, boleh lah beli terus di Courts ni.

Ayue banyak survey barang elektrik berbanding yang lain. Antara barang yang Ayue suka dan teringin nak beli di Courts adalah :


1) Air Fryer


Ayue kan dalam proses diet sekarang ni. Kena kurangkan makanan berminyak, kalau boleh taknak makan makanan bergoreng dah. Kalau dapat air fryer ni, dapatlah jayakan misi Ayue tu. Cewah, hehe. Ayue suka pula design air fryer yang ini. Nampak simple, tapi smart. Boleh geng kan dengan barang elektrik dekat dapur Ayue tu. Memang kebanyakkannya dari Pensonic pun :)


2) Samsung Bagless Vacumm


Haa, siapa yang pernah datang rumah Ayue, mesti tau yang rumah Ayue ni kaya dengan habuk. Rumah tepi highway ni memang senang nak access ke mana pun, cuma kena tahan dengan habuk lah. Bukan sikit-sikit ye, kalau Ayue tak sapu 2hari, dah macam sebulan tebal habuknya, sebab tu Ayue perlukan vacumm ni. Mudah sikit kerja Ayue dari menyapu saja kan. Lagipun dalam banyak-banyak vacumm, Samsung Bagless Vacumm ni antara yang terbaik sebab suctionnya kuat dan ianya bagless. Tidak menggunakan bag vacumm tu. Jadi mudahlah nak buang habuk. Tak perlu nak pasang-pasang bag bagai. Harga pun affordable, berbaloi dengan kualitinya.


3) Tefal Iron Steamer

Yang ini Ayue dah lama sangat teringin nak beli. Bukan apa, mudah sikit bila nak iron baju lembut ke, jubah labuh ke, baju manik ke, semuanya mudah. Takda lah lagi nak guna papan iron tu. Nak iron baju ada manik dengan papan iron biasa tu susah tau. Kadang-kadang tak licin pun ironnya jika guna iron biasa. Sebab tu Ayue nak sangat iron ni. Mudah lah kerja Ayue lepas ni. Amenn. Ada juga beberapa lagi brand lain seperti cornell dan Electrolux, tapi Ayue suka Tefal sebab warna pink. Hehe.



4) Philips Juice Extractor


Ayue memang teringin lama dah nak mesin juice ni. Tapi tahan dulu sebab nak beli yang lain. Ayue ada jumpa yang affordable di Courts hari tu. Cara guna pun nampak mudah. Boleh lah terus masuk wishlist Ayue.


5) Brother Mesin Jahit


Sebenarnya ini pun dah lama ada dalam wishlist Ayue. Selain dari masak, Ayue suka menjahit juga tau. Menurun dari hobi arwah ayah kononya. Ayue taknak yang terlalu complicated sebab Ayue bukan nak guna untuk menjahit di kedai pun. Saja suka-suka di rumah. Warna pink pula tu. Tak ke excited? Tapi kalau anda lebih suka yang lebih banyak function, ada banyak lagi jenis mesin jahit yang ada di Courts tu. Anda pilih saja yang mana berkenan di hati.


6) Panasonic air-conditioner


Rumah Ayue ni, musim hujan sekarang ni memang rasa sejuk je. Tapi bila musim panas, ya ampun! Panas kedegang. Pusing kipas max speed pun masih lagi panas. Sebab tu air-cond pun termasuk dalam wishlist Ayue ni. Nanti ada rezeki lebih memang Ayue nak grab satu. Lebih dalam bilik bagi lena sikit tidur. Ada banyak lagi brand lain yang lebih affordable dari yang ini, ikut pada kemampuan masing-masing. Janji produk tu berkualiti dan memuaskan hati anda. 


7) Panasonic Water Heater


Kalau ikutkan memang Ayue tak boleh hidup tanpa water heater ni dulu. Duduk rumah apartment ni, bila pagi sbuh, nak mandi, air dia sejuk lain macam. Memang wajib ada water heater ni. Tapi hari tu water heater Ayue rosak, belum cari pengganti lagi. Sekali tengok-tengok dekat Courts, ada pula yang murah dan berkualiti, Macam nak grab je satu. Boleh tak?


8) Toshiba Thermopot


Buat masa sekarang ni Ayue belum memerlukan sangat thermopot ni. Tapi lepas kahwin benda ni wajib ada sebab tunang Ayue suka minum air panas. Nanti dah ada baby pun thermopot ni penting kan. Sebab tu Ayue nak beli juga nanti. Ni dah tengok di Courts ada pelbagai jenama yang Ayue boleh pilih. Tinggal nak bandingkan je yang mana sesuai dengan Ayue. Mudah je.


9) Khind Air Cooler


Macam Ayue cakap tadi, rumah Ayue ni panas bila musim panas. Jangan kata musim panas, tengari saja pun dah cukup panas dah. Nanti air cooler ni Ayue nak beli dan letakkan di ruang tamu bagi sejuk sikit. Baru seronok nak tengok TV. Air cooler ni baru RM300++ tau. Murah kan?


10) Hitachi Washing Machine


Memang Ayue dah ada mesin basuh baju. Tapi Ayue rasa macam nak kena tukar sebab sekarang lebih banyak baju nak kena basuh.Lagi pun Ayue suka basuh duvet. Kalau ada mesin basuh baju yang besar ni, mudah lah sikit kerja Ayue. Kebetulan di Courts ada pula jenama pilihan Ayue, Hitachi. Memang best betul la. Mak tunang Ayue pernah guna mesin basuh dari Hitachi lebih kurang 10 tahun lebih. Lama kan? Design dia pun smart. Nampak elegan betul.

Haa, ni lah dia top 10 wishlist yang Ayue nak beli di Courts. Kata orang, angan-angan tu takpa. Manalah tau dari angan-angan tu tukar jadi realiti ke kan. Ayue lah orang yang paling gembira sekali. Hehe. 

Dalam banyak-banyak wishlist ni, ada beberapa barang yang Ayue nak beli sebagai persiapan perkahwinan Ayue. Nak tau apa dia? Kena tunggu next post ya. Nanti Ayue share semua benda yang Ayue beli di Courts ni. Berbaloi-baloi :)



xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.