Lotion Putih Ajaib by Rozita Che Wan | Review

Sunday, February 12, 2017

Assalamualaikum. Kalau sebelum ni Ayue pernah cuba perfume Rozita Che Wan, kali ni Ayue nak cuba pula Lotion Putih Ajaib juga dari Rozita Che Wan (RCW). Ayue suka betul produk keluaran RCW sebab semuanya wangi sangat. Perfume jangan kata lah. Lotion putih ajaib ni pun harum semerbak tau. Dari luar kotak lagi dah boleh bau wanginya.




Lotion Putih Ajaib by Rozita Che Wan (RCW)

Design kotak serta harumannya merupakan haruman wangian dari perfume Precious by RCW. Lotion ni bukan saja untuk kegunaan tangan seperti kebanyakkan lotion yang lain. Malah lotion ini juga boleh digunakan pada muka kerana ia diperbuat dari bahan semulajadi seperti minyak bunga matahari, gliserin, marine collagen, aqua, vitamin E dan vitamin C.




Ayue baru saja menggunakan lotion ni dan setakat ni Ayue rasa sangat selesa menggunakannya kerana ia tidak melekit dan cepat kering. Tangan Ayue jenis yang lembab, jadi Ayue memang kena cari lotion yang tidak melekit supaya aktiviti harian menjadi lebih selesa. Kalau tangan lembab, melekit pula mesti kita tak selesakan? Lagipun harumannya kekal lama tau.


Kelebihan Lotion Putih Ajaib by Rozita Che Wan

Macam yang Ayue sebutkan tadi, Lotion Putih Ajaib ni diperbuat dari bahan semulajadi seperti minyak bunga matahari, gliserin, marine collagen, aqua, vitamin E dan vitamin C. Memang banyak kelebihannya. Antaranya :

  • Anti radang kulit Eczema 
  • Melembapkan kulit dan kaya dengan Vitamin E
  • Antipenuaan
  • Melindungi kulit dari cahaya matahari 
  • Mencerahkan kulit
  • Memelihara keremajaan dan keanjalan kulit
  • Mengekalkan kelembapan kulit dan mencegah kedutan
  • Memulih masalah kulit (mestimulasi sel baru) 
  • Mengencang dan menghaluskan kulit 
  • Menjaga kelembapan dan kekenyalan kulit 
  • Melindungi dari radikal bebas
  • Mengandungi Vitamin E dan Vitamin C yang diperlukan kulit

Untuk anda yang mempunyai masalah seperti kulit hitam dan kusam, regangan kulit (strech mark), parut kudis, bekas jerawat, tumit kaki merekah dan ruam lampin bayi, boleh juga gunakan Lotion Putih Ajaib ni untuk mencegahnya.


Cara penggunaan

Anda boleh saja menyapu Lotion Putih Ajaib ni di mana-mana bahagian bermasalah seperti tangan, celah paha, pelipat kaki, strech mark, parut, tumit kaki merekah, lutut dan siku. Ayue pula suka sapu dibahagian buku lali kerana kulit Ayue keras dan kehitaman disitu. Cara penggunaannya mudah saja. 

  1. Picit 2cm sapu pada kawasan yang hendak diputihkan.
  2. Sapu 2 kali sehari pagi dan malam selepas mandi, kerana bila selepas mandi kulit lebih lembut dan mudah menyerap. 



*Untuk anda yang berkulit kering, disarankan untuk menggunakan lotion selepas mandi kerana lotion tidak dapat menyerap ketika kulit kering dengan baik.

Menariknya, sapuan kali pertama sudah boleh lihat kesan putih serta merta tetapi untuk kesan putih yang kekal, anda perlu lah amalkan secara konsisten sekurang-kurangnya 7 hari. Baru lah kulit anda kelihatan putih, lembut, gebu dan wangi.


Mempunyai kelulusan KKM

Untuk anda yang tertanya-tanya samaada lotion ni dilulukan KKM atau tidak, jawapannya YA! Lotion Putih Ajaib ni telah pun mendapat kelulusan dari KKM. Jadi anda jangan risau atau ragu-ragu nak gunakannya. 

No KKM - NOT160101051 K


Harga

Lotion Putih Ajaib ni mempunyai satu saiz sahaja iaitu 110ml dan dijual pada harga :
SM RM35.90 
SS RM37.90




Maklumat lanjut

FACEBOOK : Facebook.com/putihajaibbyrcwhq
INSTAGRAM : Instagram.com/hqputihajaibbyrcw

NOMBOR TELEFON UNTUK DIHUBUNGI:
016-958 3222 (Amira)
1-800-222-000 (Hotline)



xoxo,

post signature

You Might Also Like

2 comments

  1. Nice packaging dia. Simple dan tak serabut dengan design & gambar. Harga pun berpatutan. Boleh la recommend dekat mak, kakak or makcik nanti. Thanks sebab share.

    Best regards,
    www.pojiegraphy.com

    ReplyDelete

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page