Beli barang baby murah gila dekat Lazada Big Baby Fair

Saturday, April 01, 2017

Assalamualaikum. Bila dapat tahu je Ayue mengandung, perasaan happy dan bersyukur tu Allah saja yang tahu. Ayue dan suami memang plan nak anak awal sebab umur kami pun bukannya muda lagi. Consider lambat dah ni. Alhamdulillah rezeki dikurniakan zuriat secepat ni. Dan sekarang baby Ayue sihat membesar dalam perut ni dah 17 minggu dah. Cepat kan?

Bila dah nak jadi ibu ni. Perasaan nak shopping segala keperluan baby memang meluap-luap even kami tak tahu pun lagi jantina baby. Over excited sungguh. Tapi rasanya memang itu perasaan semua ibu bapa yang nak dapat baby first kot? Lain macam betul penangannya.


Ayue dapat tahu yang Lazada ada buat Big Baby Fair mulai 29 March hingga 2 April 2017 ni. Memang sesuai sangat lah tu. Ayue pun memang dah lama survey barang-barang baby. Kalau compare dengan harga Lazada, memang jauh lebih murah. Serious.

Big Baby Fair kali ni ada pelbagai tawaran menarik dari pelbagai jenis produk bayi. Ada diskaun sehingga 80% untuk pelbagai barangan termasuk lampin, fesyen kanak-kanak dan kelengkapan bayi tau. Ayue tahu tiap kali baby fair, benda yang paling top ibu bapa nak shopping adalah diapers. Haa, sepanjang kempen “Big Baby Fair”ni, jenama yang turut serta termasuklah Mamypoko, Huggies, Nestle, Sweet Cherry, Pediasure, Goo.N, Wyeth, Anakku dan Fisher Price dan banyak lagi. 






Memang jenama favorite ibu-ibu kan? Ayue pun sama! Yang bestnya, Huggies pun ada tawarkan harga diskaun sehingga 43% untuk kesemua jenis lampin bayi okey. Habis lah, jenuh scroll Lazada lah lepas ni.

Ayue bukan apa, dari Ayue berpeluh-peluh ketiak keluar ke kedai barangan bayi, ke baby fair di shopping mall, baik Ayue shopping online je. Tak penat, tak letih, tak berhimpit dengan orang ramai yang sesak-sesak tu. Kadang-kadang bila dah ramai sangat orang, mereka tak perasan tertolak kita. Haa, kan bahaya. Lagi pula Ayue sekarang consider early stage lagi. Kena lebih hati-hati. Dekat Lazada nak bayar pun mudah sebab ada pelbagai cara pembayaran. Tak perlu beratur panjang!




Best kan? Paling Ayue suka dekat Lazada ni ada flash sale! Memang waktu-waktu tertentu Ayue dah tercongok depan PC ni dengan harapan dapat grab satu barang dari Flash sale tu. Mana tidaknya, Harga barang bermla serendah RM1.00! LEpas tu untuk produk terpilih pula, penghantaran PERCUMA. Alahai, tak ke gatal je tangan nak membelinya?

Ayue sempat jua grab 2 set baju baby tau. Murah betul. Ayue siap hadiahkan dekat kawan lagi. Jimat dan berbaloi-baloi. Kalau ada rezeki, anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah hebat dengan menyertai peraduan di social media Lazada Malaysia. Tapi kena rajin terjah social media Lazada lah ya. Kalau tak mana nak tahu contest apa yang mereka sedang jalan kan.


Lazada Big Baby Fair Blogger Contest
Untuk blogger pula, anda juga berpeluang untuk memenangi Lazada Malaysia shopping voucher dengan menyertai Lazada Big Baby Fair Blogger Contest. 6 Blogger bertuah berpeluang memenangi voucher membeli-belah Lazda Malaysia bernilai RM500 setiap seorang. Lazada Big Baby Fair Blogger Contest bermula pada 27 March dan akan tamat pada 2 April 2017. Wajib join okey? Ayue nak join juga. Manalah tahu ada rezeki baby kan? Boleh berli stroller :)


Sila ke http://www.lazada.com.my/blogger-contest/ untuk maklumat lanjut.


Tunggu apa lagi, inilah masanya untuk membeli-belah! Layari Lazada Big Baby Fairsekarang. 



xoxo,

post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page