Neutrogena Deep Clean | Oil to Foam Review

Wednesday, April 12, 2017

Assalamualaikum. Sejujurnya sebelum ni Ayue banyak kali dengar tentang skincare Neutrogena. Ramai yang feedback bagus dan berkesan produk dari mereka ni tapi Ayue sendiri tak pernah cuba pun. Mungkin sebab dah selesa dengan skincare sedia ada. Kulit Ayue normal dan tiada masalah kronik yang lain, masalahnya bila hormon mula berubah sejak mengandung ni, kulit muka Ayue jadi kusam dan naik bintik-bintik halus. Nak selfie pun takda mood dah sekarang ni. Jadi Ayue ambil keputusan untuk cuba produk dari Neutrogena.



NEUTROGENA DEEP CLEAN

Ayue dah cuba ketiga produk dari Neutrogena iaitu Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil To Foam, Blackhead Eliminating Daily Scrub, dan Foaming Cleanser. Produk yang paling terkesan pada Ayue adalah Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil -To- Foam. Feedback yang Ayue nak tulis adalah ikhlas dari hati setelah Ayue cuba sendiri produk ni lepas seminggu.



Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil -To- Foam adalah gabungan make-up remover dan foam cleanser. Maksudnya ia bertindak untuk membersih secara dua kali (dual cleansing) dalam satu cucian. Teskturnya sangat ringan seperti minyak yang jernih dan berbau sangat wangi tetapi tidak sehingga menyakitkan hidung.


NEUTROGENA DEEP CLEAN | OIL TO FOAM

Untuk kulit Normal/Kombinasi macam Ayue, boleh guna yang warna Biru ni. Ada bau ekstrak Rosemary yang kaya dengan nutrisi dan anti-oksida. Manakala yang berkulit kering (Dry Skin) boleh guna warna Hijau dengan ekstrak Timun yang membantu menghidrat dan menyegarkan kulit anda. Untuk kulit kusam (Dull Skin)  pula, boleh guna warna merah dengan ekstrak Mulberry yang kaya dengan Vitamin C dan B3 yang mencerahkan kulit anda dan membuatnya kelihatan sihat.


Packaging nya pula di dalam botol jenih di mana anda boleh lihat jumlah produk yang masih ada dalam botol dan menggunakan sistem pam. Ayue suka pencuci muka yang berbentuk pam macam ni sebab pada Ayue ia lebih hygiene dan terlindung dari bakteria lain. Yelah, benda nak sapu dekat muka, kenalah hati-hati kan.


Ada sesetengah pendapat yang sarankan untuk kita berhenti dulu dari produk sedia ada sebelum beralih ke produk lain. Tapi Ayue pula tak sabar nak cuba Neutrogena ni, jadi Ayue terus cuba bila dapat. Guess what? It turns out just fine. Takda sebarang masalah pun yang jadi pada kulit muka Ayue. Bertambah elok dari bintik-bintik halus tu adalah. Sukanya!

Kedua-dua produk Blackhead Eliminating Daily Scrub dan Brightening Foaming juga tidak kurang hebatnya. Cuma mengikut pada penggunaan Ayue, Ayue lebih suka yang 2-in-1 ni sebab fungsinya lebih sikit berbanding yang lain. Sesuai untuk orang macam Ayue yang nak cepat, tapi masih inginkan kulit muka bersih.


Apa yang Ayue paling suka adalah fungsi 2-in-1 nya. Make-up remover dan foam cleanser. Ayue dah cuba beberapa make-up remover dalam bentuk oil sebelum ni. Semuanya tidak memuaskan hati. Tahu kenapa? Sebabnya make-up remover berbentuk oil ni selalu buatkan mata Ayue jadi kabur sedikit selepas penggunaan walaupun ia tidak menyakitkan. Sangat tidak selesa. Rasa seperti ada lapisan minyak pada bahagian luar mata.

Tapi Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil To Foam ni langsung takda kesan macam tu. Ia berbentuk oil untuk jadi make-up remover sebelum transform menjadi foam selepas dicampur dengan air untuk jadi pencuci muka pula. Ayue tonyoh bahagian mata yang ada mascara dan eye-liner pun, pandangan tak jadi kabur dan langsung tidak memedihkan mata. Jangan risau sebab ianya dah pun diuji secara dermatologist dan non-comedogenic.


Bila dah dicampur dengan air pula, ia transform menjadi pencuci muka. Satu kerja sekaligus. Senang. Muka terus bersih dari sebarang make-up.



Baru-baru ni Ayue ada travel ke Johor Bahru. Disebabkan hanya pergi untuk 3 hari 2 malam. Ayue malas nak bawa banyak barang seperti make-up remover dan pencuci muka. Jadi Ayue decide untuk bawa Neutrogena Deep Clean Oil to Foam Ayue ni. Seriuosly sangat memudahkan. Satu botol ni je dah boleh buat Ayue selesa sepanjang travel. Mana tidak nya. Lepas kepenatan seharian, tak perlu nak remove make-up satu per satu. Remove sekaligus je dengan Neutrogena Deep Clean Oil to Foam ni. Dan kemudian terus cuci muka. Boleh tidur dengan senang hati.


CARA PENGGUNAAN

Cara penggunaan Neutrogena Deep Clean ni mudah saja. Hanya ada 2 step.

  1. Pam 2 atau 3 Neutrogena Deep Clean Oil to Foam ke tapak tangan. Sapukan ke selurih muka untuk buang make-up yang ada.
  2. Titiskan beberapa titis air ke tapak tangan untuk transform kan nya kepada bubble foam untuk dijadikan pencuci muka. Cuci muka hingga bersih





Bawah ni Ayue sertakan sekali video cara penggunaan Neutrogena Deep Clean Oil to Foam untuk memberi gambaran yang lebih jelas pada anda cara penggunaannya.


Mudah semudah ABC kan? Hehe. Sebab tu lah Ayue suka. Kalau ikut saiz muka Ayue ni untuk full make-up, hanya perlukan 2 pam saja. Bergantung pada muka masing-masing ya. Yang penting muka memang bersih dan licin saja selepas penggunaan. Neutrogena Deep Clean ni bukan saja membersih, tapi menyegarkan juga.


PRODUK INFO

Neutrogena Deep Clean | Oil to Foam
142ml
RM44.90


Perlu tak anda cuba sendiri produk ni? Jawapan Ayue, YES! Ayue suka dan recommend untuk anda guna dan lihat hasilnya sendiri. Ayue dah cuba dan sangat puas hati. Alhamdulilah. Duit pun dapat jimat dari beli dua produk yang berlainan kan. Nanti feedback pada Ayue komen anda pula ya?


Untuk maklumat lanjut, boleh layari :
Website : www.neutrogena.com
FB : https://www.facebook.com/myneutrogena/



xoxo,

post signature

You Might Also Like

4 comments

  1. bestnya baca review sis. banyak input. gambar pun menarik

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. haha takda cantik mana pun kak. alhamdulillah takda masalah teruk2. cuma haritu ada naik bintik2 kecik. nasib sekarang dah ok :)

      Delete

Youtube Channel

Blog List

Blog Archive