Chili's Malaysia | Smart Menu Review

06 May 2017

Assalamualaikum. Hari tu masa mak Ayue datang duduk rumah Ayue sekejap, Ayue ada bawa mak dan adik Ayue ke Restoran Chili's di Jaya One Shopping Centre. Mak Ayue teringin sangat sebab katanya belum pernah cuba makanan ala-ala mexico di Chili's ni. Kebetulan sekarang Chili's tengah buat promotion untuk menu baru mereka, Smart Menu. Lagi seronok lah mak Ayue tu.


Untuk peminat makanan barat dengan gabungan Mexico, Chili's merupakan pilihan yang terbaik untuk anda cuba kerana Chili's merupakan restoran Tex-Mex yang menyediakan menu yang diinspirasi daripada citarasa seni klasik Amerika Selatan dengan sedikit Mexico. Mak Ayue pula memang suka makanan barat berbanding makanan ala kampung, jadi memang sesuai sangat lah menu yang disediakan ni.

Chili's Smart Menu

Ada lima menu yang ada dalam Smart Menu ni sebenarnya. Satu pembuka selera dan empat lagi adalah hidangan utamanya.



Pembuka selera


Texas Cheese Poppers | Harga RM 15.95


Texas Cheese Poppers


Texas Cheese Poppers merupakan bebola keju cheddar dan ketumbar yang disaluti tepung roti dengan Monterey Jack yang sangat rangup. Dihidangkan pula dengan sos Chipotle-Ranch sebagai pelengkap. Fuh, memang sangat sedap. Ayue suka makan panas-panas sebab boleh nampak cheese tu meleleh keluar dari bebola bila digigit. 

Texas Cheese Poppers


Hidangan Utama


Chicken Fried Chicken with Green Chile Sauce | Harga RM 33.95


Chicken Fried Chicken with Green Chile Sauce

Chicken Fried Chicken with Green Chile Sauce ni pula makanan klasik di Chili's yang menjadi kegemaran ramai. Ia merupakan hidangan dada ayam goreng dan dilengkapi dengan campuran sayuran, sos cili hijau, kentang lenyek, jagung panggang dan cebisan daging lembu. Sejujurnya Ayue kurang gemar bahagian dada ayam ni sebab selalunya bila dimasak ia akan jadi keras dan kering. 

Chicken Fried Chicken with Green Chile Sauce

Tapi di Chili's dada ayam ni sangat lembut dan tidak kering. Kentang lenyeknya pula ada rasa unik, lain daripada kentang lenyek yang Ayue pernah rasa sebelum ni. Bila ditambah pula dengan warm country gravy diatas ayam, menjadikannya bertambah lazat. Hidangan ini tidak pedas, jadi sesuai untuk dihidangkan pada kanak-kanak yang gemarkan ayam.


Chicken and Biscuit Bowl | Harga RM 32.95

Chicken and Biscuit Bowl

Untuk anda yang inginkan makanan yang lebih ringan dan sihat, boleh cuba menu Chicken and Biscuit Bowl ni. Ia merupakan hidangan cebisan ayam salai dan kentang lenyek dan dilengkapi dengan brokoli, jagung panggang, dan biskut homemade.

Chicken and Biscuit Bowl

Pada Ayue, apa yang membuatkan hidangan ni menarik adalah warm country gravy dengan daun ketumbar dan biskut homemade yang yang diperbuat daripada mentega Honey-Chipotle. Biskut ni lembut ya, bukan keras dan sesuai untuk dimakan bersama ayam.


Roasted Poblano Cheeseburger | Harga RM 31.95

Ini adalah favorite mak Ayue sebab dia memang suka burger. Nampak seperti hidangan biasa saja, tapi sebenarnya daging cheeseburger itu sendiri merupakan tarikannya. Ia merupakan cheeseburger yang sedap dengan guacamole segar, campuran keju yang dikisar, dan jeruk bawang merah diatasnya. Untuk melengkapkan hidangan ni, kentang goreng dan jeruk bawang putih daun dill juga dihidangkan bersama.

Roasted Poblano Cheeseburger



Puffy Tacos with Grilled Chicken | Harga RM 26.95


Okey, ini adalah favorite Ayue. Dua tacos kembung yang garing, diisi dengan ayam panggang, hirisan avocado, slaw, jeruk bawang merah, keju feta, aioli ketumbar dan sos Santa Fe.

Puffy Tacos with Grilled Chicken


Menariknya, makan menu ini saja sudah boleh mengenyangkan sebab ia dihidangkan bersama nasi dan kacang hitam dengan homemade pico de gallo. Nak tahu macam mana rasa dia sampai Ayue kata ni menu favorite Ayue? Kena lah cuba dulu. Hehe.

Puffy Tacos with Grilled Chicken

Selain dari menu-menu yang ada dalam Smart Menu, Ayue ada juga cuba makanan lain yang ada di menu utama Chili's ni. Antaranya Triple Dipper, Molten Chocolate Cake, dan Skillet Toffee Fudge Brownie. Manakala minuman pula Frosty Chocolate Shake dan Fresh Juices.


Triple Dipper™ | Harga RM34.95

Menu pembuka selera ini ada Signature Wings, Chicken Crispers® dan Southwestern Eggrolls di dalamnya. Dihidangkan bersama batang saderi segar dan sos mencicah. Dari apa yang Ayue dengar, ini merupakan salah satu favorite menu yang orang suka order tau. Memang tidak hairan lah sebab sedap betul. Ayue paling suka Southwestern Eggrolls tu.

Triple Dipper™



Molten Chocolate Cake | Harga RM22.95


Tidak lengkap lah makan jika tiada dessert betul tak? Ada dua dessert yang Ayue order. salah satu nya adalah Molten Chocolate Cake. Kek coklat lembap dengan coklat cair didalamnya, ditambah pula dengan aiskrim vanila dan lapisan coklat diatasnya. Alahai, perfect! bila potong je, mengalir coklat cair tu keluar. Sangat menggoda okey.

Molten Chocolate Cake


Skillet Toffee Fudge Brownie | Harga RM17.95

Dessser kedua pula adalah Skillet Toffee Fudge Brownie. Ayue suka dessert ni mungkin sebab Ayue sukakan brownies. Hehe.  Toffee brownie ni dibakar didalam ketuhar dan dihidangkan panas. Dilengkapi dengan aiskrim vanila, sos karamel dan kepingan toffee. Aduhai, sedap betul!

Skillet Toffee Fudge Brownie

Senyum sampai ke telingan mak dan adik Ayue tu. Masing-masing kekenyangan bila sampai rumah. Siap ajak repeat lagi tau. Haha. 


Untuk anda yang nak cuba hidangan Smart Menu ni, boleh cuba cepat-cepat sebab hidangan ni hanya ada mulai 3 April sehingga 26 Mei 2017 saja kecuali Texas Cheese Poppers. Sedap sangat lah tu sampai pihak Chili's buat keputusan untuk kekalkan Texas Cheese Poppers dalam menu utama. Lepas cuba nanti jangan lupa beritahu Ayue yang mana satu favorite anda okey?

Outlet Chili's di Malaysia :
  • Chili's Bangsar
  • Chili's KLCC
  • Chili's Mid Valley
  • Chili's 1 Utama
  • Chili's Penang
  • Chili's Empire Subang
  • Chili's Citta
  • Chili's Paradigm
  • Chili's Jaya

Untuk maklumat lanjut, boleh layari :
Facebook: https://www.facebook.com/ChilisMalaysia
Instagram: https://www.instagram.com/chilismy/
Sign up for Chili's mailing list: http://bit.ly/1TX8h6v




xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.