Baju Raya Trend Terkini Mis Claire Untuk Wanita Plus-size Malaysia

Saturday, June 03, 2017

Assalamualaikum. Setiap orang pasti ingin kelihatan cantik di pagi raya termasuklah wanita bersaiz PLUS-SIZE. Sebenarnya ramai wanita di Malaysia ni yang mempunyai masalah untuk mencari baju raya yang cantik untuk mereka kerana rata-rata peniaga menjual baju bersaiz kecil. Kalau ada pun sampai saiz XXL. Betul tak?

Ayue faham kerana Ayue sendiri pun mempunyai masalah yang sama. Yela, bertubuh badan comel ni bukan senang nak cari baju ye tak? Kadang-kadang tu dah berkenan sangat dah dengan style dan corak yang ada, sekali saiz pula takda. Alahai frust betul! Last-last kena lah beli kain dan hantar tailor. Bila dah hantar tailor pula, baju yang dijahit tidak seperti yang diharapkan. Frust berganda. Wanita plus-size juga berhak kelihatan cantik okey?

Untuk anda yang mempunyai saiz badan yang besar, jangan sedih-sedih sebab Ayue nak share dengan anda satu jenama fashion yang khas untuk kita yang berbadan besar ni. Mis Claire adalah salah satu jenama baju wanita plus-size dari Malaysia. Reka bentuk pakaian dari Mis Claire tertumpu kepada gaya yang kemas dan anggun, serta pemilihan material yang terperinci bagi memastikan keselesaan wanita plus size.


Haa, suka tak? Sempena Raya Aidilfitri 2017 ni, Mis Claire mengeluarkan koleksi Raya yang merangkumi corak, gaya dan warna yang menawan dari saiz 2XL sehingga 7XL. Wahhh, sampai saiz 7XL kot! Jadi saiz takkan jadi masalah lagi untuk anda kelihatan cantik.

Antara koleksi raya yang ada ialah Koleksi Minimalistik, Koleksi Noir, Koleksi Garland dan Koleksi Floral. 


Koleksi Minimalistik

Koleksi Minimalistik ni rekaannya bersahaja dan sangat minimalistik. Sesuai untuk anda yang sukakan konsep minimalis. Bak kata orang, less is more.


Set Kebaya Minimalistik

Baju Kebaya ni tak lekang dek zaman dan merupakan pakaian tradisional dalam budaya dan sejarah kita. Pakai lah bila-bila masa pun takpa kerasa fesyen nya adalah forever green. Lagi-lagi bila di pakai semasa majlis keramaian dan hari istimewa seperti hari raya. Memang menyerlah keayuannya. Ditambah pula dengan aksesori mampu menyerlahkan penampilan anda, perfect! Baju Kebaya telah menjadi pakaian tradisional dalam budaya dan sejarah kita.




Kurung Moden Renda

Kurung Renda ni rendanya berjurai. Koleksi ni nampak mewah bila dipakai. Sesuai untuk dipakai bersama kain ataupun jeans. Tapi dah kata nak pakai masa raya kan? Kena lah nampak lebih sopan dan elegan.




Kurung Moden Stail "Neelofa"

Walaupun koleksi merupakan koleksi minimalistik, tak semestinya tak cantik betul tak? Kurung moden stail "Neelofa" ni mampu membuatkan anda tampil moden dengan gaya yang diinspirasikan dari Neelofa.




Peplum Bersilang

Siapa yang sukakan fesyen peplum, pasti sukakan koleksi ini. Stail kurung moden yang berunsurkan potongan peplum ni membuatkan anda kelihatan manis saja dipagi raya. Malah selepas raya pun anda masih boleh gayakannya dengan seluar.



Koleksi Noir

Koleksi Noir ni khas untuk anda yang sukakan gaya klasik, tapi masih ingin kelihatan cantik. Pada Ayue koleksi ni rekaannya unik dan mempunyai citarasa klasik yang tinggi. Tambahan pula gaya klasik seperti ini macam 'in' tahun ni.


Kebaya Riau

Kebaya Riau yang ini dikemasi dengan tenunan keemasan yang mampu menonjolkan sisi anggun wanita selain memberikan gaya unik. Anda yang memakainya pasti kelihatan sangat manis dengan gaya klasik yang tersendiri.




Kurung Pahang

Jika anda kurang gemarkan kebaya, tetapi masih inginkan Koleksi Noir, anda boleh cuba kurung pahang. Baju kurung pahang ini berdasarkan potongan pesak, klasik dan sopan. Anda juga boleh mengayakannya dengan pilihan kain yang tersendiri.




Koleksi Garland

Koleksi Garland pula diinspirasikan dari corak floral yang unik dan romantik. Rekaan dan potongan koleksi ini membuat pemakai nampak lebih langsing walaupun dengan corak bunga yang padat. Siapa kata wanita plus-size tak boleh pakai baju bercorak bunga padat?

Koleksi ini mempunyai stail Kurung Moden Empire, Kurung Moden Peplum dan Jubah. Kesemua cantik-cantik belaka.




Koleksi Floral

Koleksi yang paling Ayue suka. Untuk pengetahuan anda, rekaan floral ini adalah rekaan ekslusif dari Mis Claire. Takkan jumpa dekat tempat lain tau.


Kurung Moden Babydoll

Potongan “babydoll” yang menjadi trend semasa digubah menjadi kurung moden. Ayue suka betul dengan rekaan yang ini kerana sangat sesuai untuk Ayue yang berbadan dua ni. Pergerakan akan lebih selesa dan tidak terbatas.




Kurung Moden Peplum

Rekaan peplum juga mampu membuat wanita plus size tampak menarik. Dengan corak bunga di bahagian lengan membuatkan rekaan ni lain daripada yang lain.




Kebarung Floral

Gabungan dua rekaan klasik, kebaya dan kurung yang menjadi pilihan ramai pada tahun ini. Set kebarung moden rekaan floral, ekslusif dari Mis Claire bakal menyerlahkan lagi penampilan si pemakai.



Macam mana? Cantik-cantik semuanya kan? Ayue sendiri rambang mata nak pilih tau. Kalau boleh nak borong banyak-banyak. Boleh pakai dari raya pertama sampai habis raya. Dalam banyak-banyak koleksi yang ada, koleksi yang paling Ayue suka adalah Koleksi Floral. Dalam hati ada taman lah katakan, mesti lah nak corak bunga-bunga. Suami Ayue pun suka dengan koleksi floral ni. Husband approved, maksudnya kena lah grab kan? Hehe.

Kesemua koleksi ni dah pun dilancarkan kecuali Koleksi Floral. Tapi jangan risau, Koleksi Floral ni akan dilancarkan tak lama lagi. Ayue pun tak sabar nak tunggu koleksi ni ada dipasaran tau. Anda pun kalau suka dengan koleksi-koleksi yang ada di Mis Claire ni, jangan lepaskan peluang untuk kelihatan cantik masa raya nanti okey.

Untuk sebarang pertanyaan harga dan pembelian, anda boleh kunjungi www.misclaire.com atau whatsapp +6010-239-6008. Atau jika anda mahu lihat sendiri koleksi yang ada, anda boleh ke Bilik Pameran Mis Claire di Petaling Jaya.

Bilik Pameran Mis Claire
35- first floor, Jalan ss 23/15,
Taman SEA, Petaling Jaya,
Selangor.

WAZE : “MIS CLAIRE”
Selasa - Sabtu : 10am - 5pm
03 - 7887 6008
*sila hubungi untuk temu janji sebelum datang* 


Untuk maklumat lanjut tentang Mis Claire, boleh layari :
Website : www.misclaire.com
Facebook : plussize.misclaire
Instagram : plussize_misclaire



xoxo,

post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Blog List

Blog Archive