D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat Buffet Murah Shah Alam

14 June 2017

Assalamualaikum. Dekat Shah Alam ni tak banyak sebenarnya kedai steamboat yang sedap dan murah. Tapi ada satu restoran Grill & Barbeque Steamboat yang memang sedap dan Ayue puas hati sangat bila tiap pergi adalah D'Kayangan Steamboat. Nasib dekat je dengan rumah Ayue ni, jadi tiap kali teringin nak makan steamboat, memang Ayue ke sini je.


Untuk ramadan 2017 kali ni, di D'kayangan Grill & Barbeque Steamboat ni ada banyak sangat pilihan makanan yang ada. Baik untuk grill ataupun steam, kedua-duanya banyak pilihan. Makanan laut yang disediakan juga menarik tau. Paling Ayue suka adalah perapan untuk grill, terutama ayam dan daging. Memang itu yang Ayue kejar dulu sebab sedap!




Untuk steam pun tidak kurang hebatnya, ada banyak bebola yang Ayue tak pernah jumpa pun ada disediakan dekat sini. Tapi kalau dah makan steamboat, mesti lah nak yang fresh kan? Bebola ni nanti-nanti makan pun takpa. Haha. Ayue kalau makan steamboat, memang suka cicah dengan sos. Nasib dekat D'kayangan ni banyak banyak pilihan sos. Best la sikit nak makan tu.


Selain dari grill dan steamboat, ada banyak lagi pilihan menu yang ada untuk anda makan. Ada nasi dengan lauk, mee kari, dan bihun sup yang telah disediakan untuk anda ambil. Ayue suka lauk rendang ayam dia. Pedas-pedas manis gitu. Ikut hati nak tambah lagi, tapi sebab nak menghabiskan lauk grill & steamboat yang kami ambil penuh satu meja ni, Ayue hold dulu niat tu. Nanti tak habis membazir pula bulan ramadan ni kan.









Ada juga live station untuk anda nikmati menu yang dimasak panas-panas tau. Macam roti john, roti jala, dan kueh teow. Aduhai, sedapnya roti jala! Favorite Ayue dari kecil lagi ni. Memang tak lepas peluang lah kalau jumpa kan. Nampak tak betapa tingginya selera ibu mengandung ni? Semua benda nak dimakannya. Baby dalam perut sila bertabah ya. Ibu nak makan puas-puas ni. Hehe.




Untuk air, ABC dan pencuci mulut seperti buah, kuih-muih pun ada macam-macam pilihan yang anda boleh pilih. Mungkin tak banyak macam dekat buffet hotel tu, tapi pada Ayue ini pun dah cukup banyak dah sebab Ayue sendiri dah tak tahu nak pilih yang mana satu. Last-last Ayue minta Liz yang tolong ambilkan pencuci mulut. Kalau Ayue yang ambil, mahu 2 meja yang penuh nanti.




Oh ya, dekat sini ada juga kambing bakar. Macam biasa lah, bila ada kambing bakar, nak dapat tu kena lah tunggu turn beratur dulu kan. Hot stuff ni. Dalam banyak-banyak menu, kambing bakar ni yang Ayue rasa macam kurang sikit menyengatnya. Kurang umphh. Mungkin sebab dagingnya sedikit liat dan kuahnya juga tidak berapa kena dengan tekak Ayue. Mungkin pihak D'Kayangan boleh improve lain kali supaya kesemua makan disini tiptop belaka.

Tapi, overall kalau anda dan keluarga tercari-cari kedai Grill & Barbeque Steamboat yang murah dan sedap area Shah Alam, boleh terjah D'Kayangan Steamboat ni. InsyaAllah puas hati. Lagi-lagi kalau berbuka puasa dekat sini. Makan sampai kenyang lah jawapnya. Semua menu ada. Tak payah pergi bazar ramadan dah.


Anda yang nak cuba berbuka puasa buffet grill dan barbeque steamboat di D'Kayangan ni, harganya cuma RM33+ untuk dewasa dan RM18+ untuk kanak-kanak. Berbaloi sangat untuk 150 hidangan makanan yang disediakan. Buffet ni anda boleh makan dari pukul 5.00pm hingga 1.00am. Cuba lah okey?

Untuk maklumat lanjut, boleh layari :

FB : Steamboat BBQ Buffet Dkayangan
Instagram : #dkayangansteamboat
Waze :  Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan






xoxo,

post signature




Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.