Resepi Biskut Cornflakes Butter Rangup

04 June 2017

Assalamualaikum. Tengah-tengah malam ni tiba-tiba mood nak update blog datang sebab percubaan Ayue untuk buat biskut cornflakes favorite suami Ayue menjadi. Resepi ni sebenarnya resepi mak mertua Ayue, kalau dah namanya resepi mertua, anak dia mesti lah expect biskut yang Ayue buat ni rasanya sama macam mak dia buat kan? Alhamdulillah menjadi. Suami Ayue siap puji sedap lagi. Seronok gila okey. Tak sia-sia membakar tengah-tengah malam ni.


Resepi cornflakes ni sebenarnya senang je. Paling senang dan bahan-bahannya pun mudah didapati. Lagi-lagi nak dekat raya ni, mesti bahan-bahan ni ada dekat dapur anda je. Ayue pun tinggal nak beli cornflakes je, bahan lain semua dah ada dekat dapur tu ha.


Tiap kali raya, biskut cornflakes ni memang laris betul, belum raya lagi dah habis separuh balang dah. Tak payah lah nak harap biskut ni bertahan sampai raya sebab masa bakar pun suami dah mula makan tak ingat dunia. Mana tak nya, dah lah rangup krup krap. Tup tup  dah licin je sebalang. Jadi kena lah buat beberapa adunan siap-siap kalau nak bertahan sampai raya ya. Hehe.

Okay, Ayue tak nak bebel panjang. Jom tengok Resepi Biskut Cornflakes Butter Rangup dari mak mertua Ayue ni.


Resepi Biskut Cornflakes Butter Rangup


Bahan-bahan
  • 2 cawan Self-raising Flour
  • 200g Butter (suhu bilik)
  • 1 cawan Gula kastor
  • 1 sudu teh Esen vanila
  • 2 biji Kuning telur
  • 2 cawan Cornflakes ramas kasar


Cara-cara
  1. Pukul butter dengan gula castor hingga kembang
  2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Pukul hingga sebati
  3. Masukkan tepung
  4. Masukkan cornflakes yang telah dihancurkan sedikit
  5. Isi ke dalam cup 
  6. Bakar pada suhu 150°C selama 20 minit, api atas bawah


Senang je kan? Masa bakar tu aduhai, sedapnya bau. Tu yang tak sabar nak ngap tu. Satu adunan ni boleh dapat dalam 120-150 biji. Kalau nak nak buat separuh, bahagi 2 saja resepi Ayue tu ya. Tapi percaya lah, satu adunan ni pun tak cukup tau.













Tips

  • Hancurkan sedikit cornflakes dan masukkan ke dalam adunan. Kemudian taburkan sedikit lagi di atas cup untuk rasa lebih cornflakes yang rangup.
  • Ayue guna cornflakes jenama Nestle sebab cornflakes nya rangup dan nipis berbanding Kellogg's. Cornflakes Kellogg's tebal.
  • Ayue guna oven kecil saja. Make sure anda bagi perhatian masa membakar biskut yang pertama tu untuk tentukan suhu dan masa yang sesuai dengan oven anda.
  • Kalau anda menggunakan tepung gandum, Anda boleh guna resepi di bawah. Rasanya sama sedap. Serious. Cara masak pun sama saja.
  • Kalau anda tak suka manis, kurangkan saja kuantiti gula okay?
  • Kalau anda sukakan coklat, anda boleh tambah coklat rice atau coklat cip ke dalam adunan. Pun sedap!

Update:
Sekarang ni musim Covid-19, Ayue suggest anda beli bahan-bahan nak buat kuih raya di online saja. Tak perlu lah beratur panjang-panjang dan berhimpit dengan ramai orang. Beli online lebih selamat ok? Ayue lebih suka shopping dekat shopee je. Ni Ayue senaraikan sekali kedai-kedai bakery yang ada di shopee untuk anda shopping.


Resepi Kedua Biskut Cornflakes Butter Rangup

Bahan-bahan
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 2 cups cornflakes ramas kasar
  • 200g butter (room temperature)
  • 3/4 cup caster sugar
  • 1 biji kuning telur

Siap! Jangan lupa cuba okay? Gerenti sedap punya lah. InsyaAllah. Best of luck!




xoxo,

post signature

Join the conversation!

  1. Dapnya.. Budak2 mesti suka makan ni. Kita pun suka jugak. Thank you kak ayue for the resepi. Nanti boleh cuba buat ni..

    ReplyDelete
  2. Next time please write it in BM. Your English is very bad and i can't understand your recipe at all

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err? I AM writing in Malay. Pls check your setting or something because it probably auto translate from google. :)

      Delete
    2. 😂😂😂😂😂😂😂😂

      Delete
  3. Hari ni saya nak try resepi ayue. 😊

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.