Tollyjoy Baby Day 2017

01 August 2017

Assalamualaikum. Dalam excited nak jadi new mommy ni, ada banyak benda yang Ayue kena belajar sebenarnya. Bukan senang ya nak jadi ibu yang terbaik untuk anak-anak. Lagi pula Ayue baru nak melangkah ke alam ibu bapa. Memang banyak ilmu yang perlu dituntut termasuklah nutrisi yang terbaik untuk anak-anak dan ibu itu sendiri terutama ibu mengandung dan ibu menyusu.

A group photo with parenting bloggers – Ms. Grace Ng (6 th from the right), Ms. Rozanna M. Rosly (2 nd from the left) and Datin Rashidah Hashim (3 rd from the left)

Alhamdulillah baru-baru ni Ayue diberi peluang untuk hadir ke Hari Bayi Tollyjoy 2017 (Tollyjoy Baby Day 2017) anjuran Tollyjoy Corporation dan Yayasan OrphanCARE dan mendengar sendiri tentang kebaikan nutrisi bagi permulaan hidup yang sempurna dari Rozanna M. Rosly, Ketua Jabatan Dietatik Pusat Pakar Universiti Malaya. Pemakanan yang sempurna ketika mengandung ni bukan sahaja penting bagi perkembangan fetus tau, malah pengambilan makanan yang seimbang, serta diet bernutrisi juga membantu dalam membina asas yang kukuh bagi perkembangan bayi.


Tentang Tollyjoy Baby Day

Untuk pengetahuan anda, Tollyjoy ini dilancarkan di Malaysia pada 2015 dengan kerjasama OrphanCARE. Ia merupakan hari istimewa yang dikhususkan bagi meraikan bayi serta bagi menyambut pengalaman penting ibubapa dalam memberikan yang terbaik buat si kecil. Ia menitikberatkan aspek kekeluargaan, kasih sayang serta penjagaan sempurna kepada setiap kanak-kanak, termasuklah mereka yang kurang bernasib baik.





“Fokus bagi Hari Bayi Tollyjoy 2017 adalah pemakanan. Kami percaya bahawa, selain daripada kasih sayang yang diberi kepada si kecil, pemakanan yang baik sejak peringkat permulaan diperlukan bagi mereka mencapai potensi yang menyeluruh,” ujar Cik Grace Ng, Pengurus, Tollyjoy Corporation.

Ms. Grace Ng, Manager of Tollyjoy Corporation shares about Tollyjoy and why the importance of nutrition was chosen as a topic to highlight for Tollyjoy Baby Day 2017!

Ini merupakan tahun pertama Ayue join Tollyjoy Baby Day. Sangat seronok dan penuh dengan informasi. Mana tidaknya, topik-topik yang dibincangkan sangat berguna untuk bakal ibu macam Ayue ni.


Tentang OrphanCARE

Datin Rashidah Hashim, COO of OrphanCARE Foundation berkata, “Tumpuan Hari Bayi Tollyjoy adalah seiring dengan matlamat kami – memberikan setiap kanak-kanak peluang untuk disayangi serta dilindungi keluarga dan meraikan bayi dalam apa jua cara sekalipun. Kami amat berbesar hati untuk sekali lagi bergabung dengan Tollyjoy dalam meningkatkan kesedaran dalam kalangan ibubapa mengenai kepentingan pemakanan dalam memastikan tempoh hamil dan bayi yang sihat.”

Datin Rashidah Hashim, COO of OrphanCARE Foundation shares about Foundation and the collaboration with Tollyjoy during session 2.

Visi OrphanCARE adalah memberikan setiap anak yatim serta bayi terbuang di Malaysia sebuah rumah melalui program anak angkat serta program baby hatch. Tersentuh hati Ayue bila Puan Noraini bersungguh-sungguh menerangkan kepada kami tentang visi OrphanCARE. Memang tak dinafikan bilangan anak luar nikah, ibu bapa yang membuang anak makin banyak bilangannya di Malaysia ni. Sebab itu saban hari ada saja berita tentang pembuangan bayi yang keluar di berita.

Apa yang pihak OrphanCARE lakukan ni merupakan satu usaha yang tidak ternilai untuk kanak-kanak ini. Ayue harap usaha ini dapat menyelamatkan bayi-bayi yang dibuang tanpa belas kasihan diluar sana. InsyaAllah. Sekurang-kurangnya sekarang Ayue dah tahu nasihat apa yang perlu diberi jika ada pihak yang memerlukan nasihat daripada Ayue tentang perkara ni. Alhamdulillah.



Kepentingan pemakanan bagi bakal ibu, ibu yang menyusu serta bayi

Berbalik tentang kepentingan nutrisi tadi, Cik Rozanna berkata, “Tempoh kehamilan adalah masa dimana tabiat makan si ibu akan mendatangkan kesan langsung kepada bayi yang dikandung. Keputusan ibu untuk mengambil sayuran, bijiran serta legume, protein serta pilihan makanan yang sihat dalam jadual makan sebelum dan ketika tempoh hamil boleh membantu meningkatkan tahap kesuburan, membantu memastikan mereka sihat sepanjang tempoh kehamilan serta membantu dalam proses kelahiran. Ia juga membantu dalam membina asas yang bagus bagi perkembangan bayi, memberikan mereka permulaan yang kukuh dalam kehidupan.”

Ms. Rozanna Rosly shares with parenting bloggers on the importance of nutrition for pregnant mothers and babies.

Jadi ibu-ibu kenalah makan makanan yang seimbang dan berkhasiat. Jangan dilayankan sangat ‘craving’ atau mengidam benda yang bukan-bukan tu terutama benda yang memang kita tahu boleh memudaratkan kesihatan ibu dan bayi. Ayue bersyukur sangat sepanjang Ayue mengandung ni Ayue takda mengidam makanan yang bukan-bukan. Suami Ayue pun tak pening kepala nak layan kerenah isteri yang bukan-bukan. Hehe.

Untuk ibu menyusu pula, Cik Rozanna menasihatkan supaya bayi diberi susu ibu saja dalam 6 bulan pertama kelahiran bagi membolehkan perkembangan, pertumbuhan serta kesihatan optimum pada bayi. Jangan pula bila anda lihat bayi tidak kenyang kerana susu cair, dan kerap menangis, anda berikan solid food atau puree pula ya. Kesian pada bayi anda yang perutnya masih kecil dan tidak bersedia tu.

Malah ibu yang menyusu juga harus menitikberatkan kepentingan nutrisi yang diambil. Jadi selepas dari 6 bulan, baru lah anda amalkan makanan seimbang dan selamat untuk anda dan bayi anda ok.



Menariknya tentang Tollyjoy Baby Day 2017, Cik Rozanna juga sempat mengajar kami cara penyediaan makanan yang sihat seperti Lapisan Buahan Rangup yang merangkumi tembikai susu yang dilapisi dengan oats, yogurt rendah lemak, jem strawberi serta jus tembikai dan juga Bubur Oat Plum dan Pisang dan Smoothie Susu Soya yang dibuat dengan buah-buahan segar.





Kami juga diberi buku resepi untuk kami cuba sendiri di rumah tau. Nanti Ayue kongsikan dengan anda resepi-resepi yang ada tu ya. Yang penting ia nampak sangat menyelerakan. Kanak-kanak pun pasti suka nak makan.

Parenting bloggers having their healthy tasting session of Soybean Milk Smoothie prepared by Ms. Rozanna Rosly.

Selain dari penerangan tentang nutrisi dan demo penyediaan makanan, kami juga ada membuat pelbagai aktiviti lain seperti Baby Bingo dan lucky draw. Lama betul rasanya Ayue tak main bingo. Sesekali main macam ni rasa seronok pula. Yang bestnya siapa yang dapat Bingo dulu akan dapat hadiah dari Tollyjoy tau. Tapi takda rezeki Ayue nak menang game Baby Bingo ni.



Dalam kata nak pujuk hati tak menang Baby Bingo, tiba-tiba nama Ayue kena panggil untuk lucky draw pula. Alhamdulillah, syukur sangat. Senyum sampai ke telinga tau. Yela, dapat barangan bayi, mesti lah seronok kan. Baby dalam belly ni pun seronok sampai banyak kali dia tendang ibu dia ni. Amboi-amboi, suka ya dapat hadiah? Hopefully tahun depan Ayue dapat join lagi aktiviti macam ni. Banyak info-info yang sangat berguna yang Ayue dapat tau.



Ms. Grace Ng (3 rd from the right) and Datin Rashidah Hashim (1 st on the left) posing with the winners of Baby Bingo and Lucky Draw.

Okey lah, pesan Ayue untuk ibu-ibu, pengambilan makanan yang seimbang, serta diet bernutrisi sangat membantu dalam membina asas yang kukuh bagi perkembangan bayi kita pada masa hadapan. Jadi jangan ambil mudah ya. Bayi sihat, kita pun senang hati kan?




Untuk maklumat lanjut mengenai Tollyjoy, sila layari www.tollyjoy.com.sg, atau laman Facebook http://on.fb.me/ZflMUn



xoxo,

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.