Resepi Mudah | Kerabu Sotong

Thursday, October 26, 2017

Assalamualaikum. Resepi mudah dan sangat senang kerabu sotong ni memang selalu Ayue buat kalau tiba-tiba tekak ni teringin nak makan masakan ala thai.Selain dari tomyam, kerabu lah buat pemuas selera Ayue dan suami. Resepi ni sangat mudah dan senang di ingat. Tiap kali nak buat kerabu seafood, memang ini lah resepi nya. Tak kira lahsotong ke, udang ke, kerang ke, kerabu perut pun Ayue guna resepi ni juga sebab sedap. Hehe.

Ayue suka pedas, suami pula kurang pedas. Jadi nak buat tu kena agak-agak lah. Tak boleh nak ikut tekak sendiri je. Kalau tak makan seorang lah Ayue nanti. Tapi dah namanya kerabu ala thai, tak pedas bukan kerabu lah namanya kan? Ala, pedas sikit-sikit kira ok lah tu. Ikut selera masing-masing ok?

Jom tengok resepi Kerabu Sotong Ayue ni. Jangan kecur liur ya.




Resepi Mudah Kerabu Sotong

Bahan-bahan
  • 3 ekor sotong 
  • 1/2 biji bawang besar - hiris
  • 1/2 biji tomato - hiris
  • 4 biji cili api - hiris
  • 1 tangkai daun ketumbar - hiris
  • 1 batang serai - hiris
  • 2 bij bawang putih - ketuk
  • 1@2 biji limau kasturi - perah buang biji
  • 1 sudu sos ikan (kalau ada)
  • 1 paket suhun
  • Gula, garam - secukupnya

Cara Masak

  1. Okey, cara masak nya sangat-sangat mudah. Rebus sotong dan suhun sebentar. 
  2. Agak-agak dah masak, tos dan ketepikan. 
  3. Dalam bekas lain, campurkan air limau kasturi, sos ikan dan bawang putih. 
  4. Rasakan dengan gula dan garam ikut selera anda. Sos ikan tu dah masin, Selalunya Ayue tak letak garam pun.
  5. Campur semua bahan-bahan yang dah dihiris halus dengan kesemua bahan-bahan tadi termasuk sotong dan suhun.
  6. Siap.







Mudah je kan? Ayue memang asingkan dulu air asam dengan sos ikan tu supaya Ayue boleh adjust ikut selera Ayue. Mana lah tau terlebih sos ikan ke, garam ke, dah masin. Kalau Ayue campurkan siap-siap dalam bekas sotong, nanti susah pula nak adjust kan?

Suhun tu optional je. Saja Ayue suka letak sebab Ayue suka suhun. Timun tu pun Ayue saja letak sebab nak habiskn timun tu. Hehe. Kalau ada bunga kantan, Ayue hiris dan campurkan sekali sebab bau dia wangi, rasa pun sedap. Tapi dah takda, Ayue guna apa yang ada je lah. Senang kan resepi ni. Nanti anda boleh lah cuba ok.



xoxo,

post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page