Resepi Kek Viral | Choc Brulee Sedap

Friday, November 03, 2017

Assalamualaikum. Ayue dengan keluarga Ayue memang hantu kek. Semua jenis kek lah kami suka. Ayue dengan adik Ayue pula memang rajin buat kek, cuma adik Ayue ni advance sikit sebab dia ada bakery. Kek Chocolate Brulee sekarang tengah viral kan? Mana tak nya, rasa dia sebiji macam kek Chocolate Indulgence kot. Memang viral lah. Sana sini Ayue tengok orang share tentang kek ni. Jadi Adik Ayue pun buat lah.

Dua tiga kali juga lah nak buat kek ni jadi betul-betul sedap dan kena dengan selera kami yang tak suka manis ni. Adik Ayue dah adjust dah resepi asal supaya kurang manis tapi masih sedap untuk dimakan. Kiranya resepi yang Ayue nak kongsi ni memang sedap dan boleh dijual. Adik Ayue sendiri jual kek ni tau. Laku gila okey. Sayangnya adik Ayue tu duduk Selancar. Kalau duduk Shah Alam memang tiap-tiap bulan Ayue suruh dia buatkan untuk Ayue. Hehe. Orang Selancar kalau nak order kek Chocolate Brulee ni boleh order dengan adik Ayue okey? FB dia Daya Homemade Bakery.

Resepi ni panjang dan agak rumit tau. Jadi anda kena baca betul-betul baru buat ya. Takut nanti terlepas pandang pula resepinya. Okey lah, jom tengok resepi Choc Brulee ni ya.


Resepi Kek Chocolate Brulee


Step 1 : Kek Moist

(1st Layer A)
  • Gula - 2 cup
  • Serbuk Koko - 2 cup
  • Susu Cair - 2 cup
  • Minyak Masak - 2 cup
  • Susu Pekat - 1/4 cup

(1st Layer B)
  • Tepung Gandum - 3 cup
  • Baking Soda - 2 sudu besar
  • Baking Powder- 2 sudu besar

(1st Layer C)
  • Telur - 6 biji
  • Esen Vanilla - 2 sudu kecil
  • Ovalette - 2 sudu besar

Cara Masak
  1. Campur kesemua bahan A dan gaul rata guna kaedah double boil. Ketepikan.
  2. Campur kesemua bahan dan ayak. Ketepikan.
  3. Pukul hingga kembang bahan C.
  4. Masukkan campuran A ke dalam C dan pukul lagi hingga sebati. 
  5. Perlahan-lahan masukkan campuran B dan gaul hingga sebati. 
  6. Masukkan ke dalam loyang bulat 7". 
  7. Kukus selama 30 minit.


Step 2 : Choc Flan Mousse
(2nd Layer)
  • Whipping Cream - 500ml
  • Susu Cair - 500ml
  • White Chocolate - 100g
  • Vanilla Flan - 120g

Cara Masak
  1. Campurkan whipping cream dan susu cair. Panaskan hingga mendidih.
  2. Masukkan white chocolate dan vanilla flan. Kacau hingga larut dan tutup api.
  3. Kacau lagi hingga pekat.
  4. Tuangkan ke atas kek moist.
  5. Biarkan hinnga lapisan mousse beku atau kalau nak cepat boleh masukkan ke dalam peti ais.
  6. Layerkan ke atas lapisan kek moist.


Step 3 : Choc Mousse

(3rd Layer A)
  • Cream Cheese - 100g (suhu bilik)

(3rd Layer B)
  • Whipping Cream - 1 1/2 cup
  • Dark Chocolate - 250g
  • Gelatin - 10g + 3 sudu besar air (cairkan)

(3rd Layer C)
  • Gula Castor - 2 sudu besar
  • Kuning Telur - 3 biji

(3rd Layer D)
  • Whipping Cream - 1 1/2 cup

Cara Masak
  1. Pukul bahan A.
  2. Campurkan bahan B, kacau rata.
  3. Masukkan panas-panas bahan B ke dalam A sedikit demi sedikit.
  4. Putar hingga licin. Ketepikan.
  5. Campurkan bahan C, masak atas dapur hingga nampak pucat sedikit, kacau laju jangan sampai berketul.
  6. Masukkan bahan B ke dalam C, kacau rata. Ketepikan. Biar pada suhu bilik.
  7. Putar bahan D hingga kental. Campurkan adunan coklat ke dalam D sedikit demi sedikit secara kaub balik.
  8. Layerkan ke atas lapisan choc flan mousse.


Step 4 : Chocolate Ganache
Topping
  • Whipping Cream - 150g
  • Coklat masakan - 150g
  • Corn Syrup - 1 sudu besar

Cara Masak
  1. Masak kesemua bahan menggunakan kaedah double boil. Biarkan suam.
  2. Pastikan choc mousse betul-betul set sebelum tuang ke atas lapisan choc mousse.

Haa, panjang berjelakan bahan-bahan dan cara masakan nya. Ayue sendiri pun pening juga mula-mula. Tapi bila dah start buat tu, mudah je sebenarnya. Yang penting kena faham dulu semua step nya. Percaya lah, semua penat lelah dan kerumitan yang anda perlua redah untuk buat kek ni akan jadi sangat berbaloi bila anda dapat makan kek yang sangat sedap. Hehe. Serious lah, memang sedap tau.



Ayue faham resepi ni memang rumit nak buat. Jadi Ayue tak snap gambar step by step. Tapi Ayue buat video terus untuk anda. Haa, suka tak? Lagi mudah nak faham kan.  Anda boleh tengok dan ikut step by step cara buat kek ni ya. Sambil-sambil tu boleh lah subcribe akaun youtube Ayue sekali. Ada banyak lagi resepi kek yang Ayue nak share nanti.


Resepi yang Ayue tulis ni adalah double resepi. Maksudnya adunan untuk 2 biji kek. Kalau anda nak buat 1 biji kek. anda kena bahagi 2 resepi tu ya. Selamat mencuba~



xoxo,

post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page