Review | Set Postnatal Tanamera

Saturday, November 04, 2017

Assalamualaikum. Selesai sudah 44 hari Ayue berpantang. Ingatkan lama, rupanya sekejap je. Pejam celik tuptup dah dah habis pantang. Mungkin sebab Ayue tak rasa sangat seksa berpantang seperti yang digembar gemburkan oleh ibu yang pertama kali berpantang. Hehe. Untuk pengalaman pertama berpantang ni, Ayue menggunakan Set Post-Natal Tanamera.


Masa mengandung hari tu, berat Ayue naik 15kg. Fuh, bukan sikit-sikit ya. Sampai kena perli lah dengan mak Ayue. Nasib lah suami jenis chill je, support tak kira isteri dia ni dah macam penguin ke apa. Kalau tak mau meraung juga Ayue dibuatnya. Itu yang Ayue cuba set berpantang Tanamera ni sebab Ayue baca banyak review yang best-best. Lagi-lagi bila Ayue tahu yang set Post-Natal Tanamera ni ala-ala Home Spa, lagi lah excited nak cuba.

Set berpantang Tanamera ini telah dirumus khas untuk ibu-ibu untuk berehat dan sembuh semula selepas hamil dan bersalin. Set ni diperbuat daripada ramuan semulajadi yang berasaskan tumbuh-tumbuhan dan dirumus khas secara traditional dan saintifik bagi membantu memulihkan badan dalam masa yang lebih singkat. Okey, dalam set ni ada 10 item kesemuanya. Jom Ayue terangkan satu per satu.


Herbal Bath
Herbal bath ni air mandian yang Ayue guna sepanjang berpantang. Mudah saja, hanya rebus sachet yang disediakan dan anda akan rasa seperti anda mandi air daun herba yang fresh. Air mandian ni boleh buatkan badan anda rasa fresh dan kembali bertenaga. Maklum lah, kalau duduk dekat bandar tu mana lah nak dapat daun-daun herba macam mak kita dulu pakai kan? Tak payah risau sebab dalam herbal bath ni dah lengkap dah semua tu. Lepas mandi memang badan rasa segar.



Feminine Herbal Wash
Ini pula wajib lah ada untuk bersihkan bahagian intim anda yang sedang berdarah tu supaya bersih, tidak berbau dan segar. Ayue yang bersalin normal ni memang rasa feminine herbal wash ni penyelamat sebab darah nifas yang keluar tu bukan sikit-sikit ya. Bukan macam darah period tu tau. Tak selesa dibuatnya kalau tak cuci bersih-bersih.



Brown Formulation Body Soap
Ini sabun favourite! Sabun ni macam scrub untuk anda sental kulit-kulit hitam masa anda mengandung tu. Ayue pula pembawakan mengandung, habis hitam leher, ketiak semua. Sampai malu lah dengan suami sendiri. Sental dengan sabun biasa takkan hilang punya. Puas dah Ayue sental. Tapi bila sental dengan brown formulation body soup dari Tanamera ni, hilang daki-daki degil tu. Alhamdulillah. Ayue suka bau dia. Wangi!



Boreh Body Scrub
Tak lengkap lah kalau berpantang takda srcub kan. Ayue guna seminggu sekali untuk panaskan badan. Scrub ni anda boleh guna untuk buang kulit mati. Lepas sental tu rasa kulit licin dan halus je. 



Herbal Tea
Herbal tea ni pula Ayue lambat sedikit minum sebab baby jaundice. Ayue hany minum lepas baby dah bebas dari jaundice. Bukan apa, risau kalau baby tak serasi. Tapi kalau ikut Ayue, ok je rasa tea ni. Macam teh biasa cuma khasiatnya lagi bagus. Ia boleh lancarkan peredaran darah dalam badan anda dan membuang darah beku. Kalau ada sembelit pun boleh minum teh ni.




Herbal Massage Oil
Minyak ni mak Ayue gunakan untuk urut badan Ayue sepanjang berpantang untuk melancarkan peredaran darah. Memang best betul Rasa macam berurut dekat spa sebab bau dia wangi. Bau herba tropika. Tak macam minyak urut biasa tu. Minyak ni pun tak terlalu panas, sedang-sedang saja. 



Cold Press Virgin Coconut Oil 
VCO ni pula untuk hilangkankesan stretch mark. Pun wangi bau dia. Ala, bau minyak kelapa dara tu. Macam tu lah bau dia. Ayue suka. Kalau anda beli set ni awal, boleh sapu masa anda mengandung juga untuk mengelakkan berlakunya stretch mark. Bak kata orang, Mencegah lagi baik dari merawat. Betul tak,


Calming Herbal Blend Paste
Orang melayu panggil pilis. Benda ni wajib pakai. Mak Ayue tak pernah skip sapu ni dekat dai Ayue untuk bagi segar balik mata Ayue ni. Dah jadi ibu, tidur malam pun tak lena. Kejap-kejap bangun. Mata mesti penat. Jadi kalau tak nak jadi zombi, kena lah pakai pilis ni ok? Lagi pun, baru lah feel macam berpantangkan kalau sapu pilis ni? Hehe




Firming Herbal Blend Paste
Yang ini Ayue sapu sebelum Ayue pakai bengkung. Bagus untuk kuatkan otot perut. Lepas sapu ada rasa panas sikit, tapi sekejap je, lepas tu dah ok dah. Takda rasa gatal pun bila Ayue pakai denagn bengkung. Cuma kalau taknak bengkung tu kotor, anda alas kain sebelum ikat bengkung ya.




Binder
Ini bengkung tradisional. Rumit juga nak pakai bengkung ni. Ayue pun mak Ayue yang pakai kan. Tapi ada tips dia kalau nak senang pakai. Mula-mula ikat lilit macam biasa, tapi bila nak buka, jangan buka habis. Longgarkan saja. Jadi bila anda nak pakai balik, anda cuma perlu sarung saja dan ketatkan tali. Tak perlu lah nak mula ikat dari awal dah. Ayue suka pakai bengkung macam ni sebab lagi kejap dan tahan lama.



Haa, ni lah dia 10 item tu. Sesuai untuk ibu-ibu moden yang nak berpantang ala-ala spa. Harga full set ni RM355.10. Anda boleh beli di website Tanamera tu sendiri. Kalau nak beli produk ni berasingan pun boleh. Cari saja di webite mereka okey. Berapa banyak dah Ayue turun berat badan selepas pantang? 14kg!! Ada 1kg saja lagi untuk capai berat sebelum mengandung. Chaiyok!


TANAMERA TROPICAL SPA SDN BHD
Lot 3726 Jalan Tembusu
Kampung Melayu Subang
40150 Shah Alam
Selangor

Untuk pembelian dan maklumat lanjut, boleh layari :
Website : www.tanamera.com.my
Facebook : Tanamera Malaysia
Instagram : @tanamera_my
Email : info@tanamera.com.my
Telefon : 03 - 7842 2458



xoxo,

post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page