Surprise dinner untuk Si Jantung Hati

31 December 2014


Assalamualaikum awak~~


Kali ni macam excited sikit nak menaip sebab semalam ada dinner dengan encik tunang :)
Ecece..hati tengah berbunga-bunga ni sebab kami dinner dekat tengah Dataran Shah Alam tu haa..mana ada kedai makan dekat situ? Memang lahhh..kami bukan makan dekat kedai..bawak bekal pun tidak..tapi kami guna servis Food Panda!! 



" Foodpanda is an online food delivery service that makes it easy for customers to order food from the best restaurants in Malaysia and get it delivered at their home. With more than 500 restaurants to choose from, foodpanda makes food delivery in Malaysia faster, easier and more convenient "




Seriously, saya tak pernah order pun dari Food Panda ni. Tak pernah terlintas pun nak guna servis diorang. Tapi sebab semalam nak ajak qisti pergi dataran..lepak sana teman dia konon rindu sebab da berapa hari tak jumpa..last weekend dia pergi jadi sukarelawan hantar makanan ke mangsa banjir Kelantan..jadi semalam kita lepas rindu la okey? *Sila jangan muntah darah*

 Sebenarnya..boleh je kalau nak suruh dia senyummmm..tapi camtu lah jadinya..muka tak boleh blah!

Bila ketawa..merajuk pulak dia ni..tu yang dia tak nak senyum da tu..haha

Tiap kali keluar dating, bila time nak bayar apa-apa, memang Qisti yang akan keluar duit. Saya memang jarang sangat lah belanja dia..jadi kali ni nak belanja dia senyap-senyap..dia tak tau pun yang saya nak order dinner malam tu :)

Qisti peminat tegar daging. Apa-apa jenis masakan yang berunsurkan daging dia suka. Salah satu favourite dia is Beef Ribs dari TGI Fridays tu..nak dine in macam da bosan sangat pulak..nak delivery, TGI Fridays mana ada delivery servis! Time ni lah Food Panda jadi hero! hohhoo..

Awak mesti tak tau kan yang Food Panda ni boleh delivery even kat tengah dataran tu. Sama lah saya pun..ingatkan diorang hanya boleh delivery ke tempat yang beralamat tepat..contoh macam no rumah ke...pejabat ke..bangunan ke..tak sangka sampai ke tempat umum tu pun rider Food Panda ni boleh hantar. 


Before keluar rumah, saya da order siap-siap guna Food Panda apps so that bila sampai sana nanti, makanan pun sampai lebih kurang time tu jugak. Food Panda siap bagi estimate time, jangan risau :)
Tunggu punya tunggu, tiba-tiba saya dapat whatsapp dari rider Food Panda..saya terus call supaya senang dia nak carik saya..tapi dia tak angkat..pelik..tengok balik phone, dia hantar message lagi..


Terus saya terkesima sekejap.

"I'm deaf"

Even dia kurang upaya, tapi keinginan untuk kerja tu ada..dia tak jadikan kekurangan dia tu penghalang untuk dia cari rezeki halal..alhamdulillah..and saya tabik sebab Food Panda ambil golongan orang kurang upaya ni bekerja dengan diorang..I'm impress!




Makanan da sampai dengan jayanya :) Qisti hanya mampu geleng kepala tengok perangai bakal bini dia ni..

"Awak..terharu kan? kan? kan? hehe..saya order favourite awak ni~~"


Fefeeling candle light dinner walaupun candle nya takda..hehe..but the feeling is there :)
Thank so much Food Panda! 

Ini Qisti punya..Beef Ribs

Ini saya punya..Tennessee Chicken


Mana yang nampak lagi menarik?

Ofcouse lah dia punya!! Geram je tengok dia makan ribs tuuu..peh!


"Awak...macam sedap je awak punya beef ribs tu :( "



Dan...atas sebab inilahhhh saya makin montel sekarang ni..haishh


Hah! awak mesti teringin jugak kan nak buat suprise macam ni? elele..ngaku je lah..takpa,.jangan pening-pening..meh nak ajar sikit camne cara nak guna Food Panda ni :)

Download apps Food Panda ni dulu dekat smartphone awak.


Pilih lokasi mana awak nak Food Panda hantar delivery

Nanti dia akan display restaurant yang available dekat lokasi yang awak pilih tadi..macam-macam ada!

Siap pilih menu..confirm kan betol ke tidak

Dan checkout :) As simple as that!

Awak boleh pilih nak bayar "Cash on Delivery" ke or bayar online (Credit Card)

Senang sangat kan? Ada lebih dari 500 restaurant yang awak boleh pilih dari Food Panda ni..takda la bosan makan makanan yang sama je..hari ni tekak melayu..nak makan pedas-pedas..esok tekak orang putih nak makan pizza pulak..lusa tekak jepun nak makan sushi..pastu tekak mexico..pastu tekak mamak..hehe..ngada betol tekak ni :p

Cepat-cepat install apps Food Panda ni ok? Nak order online je pun boleh..terus hantar ke pintu rumah awak..jimat masa..tak payah keluar bazir minyak..bazir parking..bazir tol..kalau time lunch pulak takyah sesak ramai-ramai nak bayar kat kaunter..panas lagi..mekap cair! hehe


Saya da ada pengalaman manis dengan Food Panda..awak bila lagi?



Untuk info lanjut, awak boleh jengah website mereka :

foodpanda website www.foodpanda.my

and

Thank you so much The Butterfly Project Malaysia for this opportunity :)




xoxo,

post signature

Tunaikan permintaan Ibu

30 December 2014

Assalamualaikum awak~

Hari tu dapat whatsapp dari mak..katanya nak pergi ke satu tempat tu.




Lawa sangat kononnya..bila kata ok, terus boleh tidur lena malam tu..hehe..kemain tau.

Walaupun bulan ini memang busy terlampau..ke sana sini..tapi tetap kena curik masa untuk bawa mak kesayangan ke Icity tu ha..nanti sentap pulak..


Bila sampai je..dia punya sengihhhhhhh.

tu...tengok la kat belakang tu..kemain sengih lagi..


Sengih style Ery..dari dulu sampai sekarang..camtu la style sengih die


We really had fun that night..sampai lah tiba-tiba Ery terkejut sebab tengok Gajah batu besa gedabak tu. Serious punya terkejut sampai panas terus badan dia. Maklum lah, kanak-kanak istimewa macam dia ni lain-lain perangai kan..Yang adik saya ni, PENAKUT terlampau. Even nampak kucing pun dia boleh lari lintang pukang.

Dari sengih-sengih tadi, terus jad camni..jalan pun da macam nak tak nak je..sampai qisti kena dukung dia..berat? Jangan cakap lah..redha je la kan incik tunang? hehe


Tapi ni memang satu habit dia. Pantang suruh posing depan camera. Macam-macam aksi dia boleh buat. Tapi sekejap je la..pastu muka toya balik.

Yang mak pulak still maintain..semua pokok dia nak posing. Walaupun hakikatnya pokok tu semua sama je..hehe

Last posing before adik saya ni da start muntah-muntah..kesian dia..demam terok lepas pergi sini..first and last la kot..pasni kalau nak bawak kena tunggu dia besar sikit lagi. Kot-kot la da berani sikit masa tu..hehe



xoxo,

post signature

Christmas Baking : Gingerbread Recipe

29 December 2014

Assalamualaikum awak~~

Saya dulu memang suka sangat baking..itu cerita dulu lah..sekarang suka jugak sebenarnya..tapi kekangan masa tu buat rasa macam malas je nak ke dapur untuk baking..hehe

Sila jangan tiru habit ini..tak bagus nanti mak mertua tiba-tiba suruh buat kek paling senang abad ini sebab tekak dia teringin..tak ke kantoi nak belek phone carik resepi? Malu oii..


Jadi masa sebelum Christmas hari tu, saya sempat ke At 19 Culinary Studio untuk belajar bagaimanakah caranya untuk membuat biskut yang saya sendiri tak pernah makan. Gingerbread. Haa, gingerbread ni memang popular kalau nak dekat-dekat Christmas kan? Merata-rata orang jual. Kalau tengok movie Shrek, Gingerbread Man (Gingy) siap boleh jalan-jalan lagi.

Actualy ni bukan kali pertama saya ke At 19 Culinary Studio ni..da pernah pergi da dulu masa Event Glucerna. Masa tu ada belajar baking jugak. Buat cupcake :)


Resepi gingerbread ni gila simple. Korang mesti tak percaya punya lah. Nak buat pun rasa macam main-main sebab senang sangat..Kalau yang ada anak perempuan tu, sila bagi dia join sekali buat gingerbread ni sebab seronok gila! Masa ni la nak test betapa kreatif tahap gabannya kita ni..haha..

Okey.


Before start, Ms Suraiya ni akan terangkan dulu macam mana nak buat dari A sampai Z. Bagus dia ni, suka sebab dia siap bagi tips masa nak baking tu. 

Bahan-bahan semua diorang da sediakan ikut sukatan..tinggal untuk kami bancu je..hoho..goyang-goyang kaki, siap! :p

Untuk korang pulak, takda siapa nak sediakan kan? Sediakan sendiri...muahahah


Resepi Gingerbread

Unsalted Butter 115g
Brown Sugar 117g
Egg 1x
Black Treacle 2 tbsp
Plain Flour 350 g
Ground Ginger 1 tsp
Bicarbonate Soda 1 tsp
Vanilla Essence 1 tsp


Untuk Royal Icing pulak
Icing Sugar 250 g
Egg White 1/2 nos
Lemon Juice 1/2 tsp
Glycerin 1/2 tsp



CARA-CARANYA~

1) Preheat the oven to 180c

2) Mix flour, bicarbonate soda, ginger and diced butter till resemble fine breadcrumbs.






3) Add sugar, egg, black treacle and form a dough.

Ni ha black treacle tu..boleh beli kat kedai Bake with Yen harga RM3.20 je



Gingebread dough :)



4) Turn out on to a flored surface and knead until smooth. Shape into a ball, wrap in clear film and chill for 10 minutes. Sejukkan dulu ok?

5) Roll out the dough thinly and cut out using people-shape cutters.



 Agak-agak leper macam ni, ok da tu.




6) Bake cookies for about 12-15 minutes. 



Sejukkan dulu before deco ye..nanti icing cair..make sure betol-betol da sejuk.


6) Decorate you gingerbread with royal icing.

Ecece..fokus!

Tara..my creation of gingerbread :) Sila abaikan mata terjojol tu..dia juling tengok awek sebelah :p

And the rest of us.


Done!

Senang kan? senang sangat-sangat!
Kalau rasa macam besar gedabak je size tu, bole je guna yang bite size tu. senang, ngam terus je. Ala..macam kueh raya tu? Haa, macam tu la..nanti da siap boleh buh nama "Aidilfitri Gingerbread" :p


Awak kalau nak belajar baking tu, sila lah ke At 19 Culinary Studio ni. Tempat ni sangat selesa untuk belajar. Peralatan semua lengkap, canggih, bersih yang penting. Terbaik la. Next time nak belajar apa lagi ek? hehe.


Untuk info lanjut, awak bole pergi ke website :

At 19 Culinary Studio : http://www.at19culinary.com/




Thanks Butterfly Malaysia and At 19 Culinary Studio for this ohsem Christmas Baking Workshop!



xoxo,

post signature
© AYUE IDRIS • www.ayueidris.com