Fortune Salmon Yee Sang At Sakae Sushi

31 January 2015

Assalamualaikum awak~


Buat pertama kali nya, sepanjang umur saya 28 tahun ni..ini lah kali pertama saya cuba Yee Sang..sebelum ni saya hanya tengok yee sang dekat TV je..hehe..yee sang pertama yang berjaya lepas masuk ke dalam anak tekak saya ni adalah Fortune Salmon Yee Sang di Sakae Sushi.


Apa yang saya faham tentang yee sang ni, ia merupakan hidangan tradisi yang disambut ketika perayaan Tahun Baru Cina (Chinese New Year - CNY) sebagai pembuka selera untuk memupuk ‘tuah’ untuk tahun berikutnya. Ia macam adat resam masyarakat cina untuk berkumpul di keliling meja dan melambung hirisan makanan menggunakan chopstick.

Haa..tau tak macam mana rupa nya yee sang ni? Di Sakae Sushi, untuk tahun 2015 ni, hidangan yee sang yang di sediakan adalah Fortune Salmon Yee Sang. Memang best gila lah kalau ada salmon kan? 



Lagi tinggi lambung makanan tu, lagi banyak tuah..hehe,,itu bak kata masyarakat cina lah kan :)



Masa di Sakae Sushi Gift of Love CNY Celebration di Paradigm Mall, sambutan ni di sambut sekali dengan kalangan selebriti dan kanak-kanak dari Rumah HOPE.

Selain tu, kami juga dihidang kan dengan Chawan Mushi..

Sedap benda ni..serius! Saya first time makan..rasa dia macam telur setengah masak yang orang letak seasoning dengan kicap tu..tapi versi dikukus..hehe..camtu la rasa dia :)

Dan main course nya..


Sedap okey..saya boleh telan even tekak ni melayu pure! haha..kalau compare saya dengan qisti..saya ni memang tekak melayu..suka makan kedai goreng-goreng..makanan melayu atau tomyam...dia pulak suka western! Tapi, yang ini saya boleh makan.. :)

Chinese New Year 2015 da dekat ni..kalau awak rasa macam nak cuba Yee Sang, boleh la pergi ke Sakae Sushi tu..dia ada dua option..


Fortune Salmon Yee Sang

Dining option & Prices :

1) Success (1-2 pax) - RM 29.80
2) Money (6-8 pax) - RM 49.80

Fortune Salmon Yee Sang di Sakae Sushi mempunyai sentuhan Jepun yang disediakan oleh Chef di Sakae Sushi dengan menggunakan salsmon yang segar, dengan bahan-bahan dari jepun seperti jellyfish, scallop, seaweed, radish, sesame dan di hidangkan dengan sos sitrus yang unik.


Manakala untuk kuantiti yang ramai, awak boleh ambil set yang ini..

CNY Treasures Combo Set - RM 88.80

Kombinasi mewah dari Sakae's signature Fortune Salmon Yee Sang (Money Set) dengan pilihan sushi yang terbaik seperti Hana Maki, Soft Shell Crab Maki, Californnia Hoso Maki, Tobikko Sushi, Tamago Sushi, Mini Ebi Tempura Sushi dan Fumi Sushi  dengan sushi rice yang penuh dengan vitamin-e untuk kesihatan yang baik.



Pastu, yang best nya..bila awak makan di Sakae Sushi..awak boleh redeem Lucky Bag mereka :)


Ada macam-macam dalam lucky bag ni..


Saya da dapat..awak tak nak ke? :p

Promosi ni bermula dari 19 Januari 2015 hingga 5 March 2015 je tau :)

Untuk maklumat lanjut, boleh singgah di laman web mereka ya..

Website : http://www.sakaesushi.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/sakaesushi


xoxo,


post signature

Butterfly Beauty Challenge : My 2015 Makeup

29 January 2015

Assamualaikum awak~

Entry kali ni memang agak mencabar sebab saya kena bercerita tentang mekap..MEKAP/MAKEUP.
Siapa yang kenal saya, memang tau yang saya ni langsung tak reti mekap..paling best pun reti pakai eyeliner je..eyeshadow, blusher semua tu memang saya fail..fail habis..tak reti langsung.

Tapi sebab da nama Butterfly Beauty Challenge kan. Ayuh! Cabar diri untuk kelihatan cantik dengan mekap tahun 2015 ni..hehe

Actually ni adalah task yang ke 2 dari Beauty Box yang saya dapat masa Butterfly Christmas Dinner haritu..kalau awak tak tau bole jengah entry ni kejap..banyak woo beauty produk yang saya dapat..seronok gila.


So, mana satu nak mula dulu ni? hehe..produk yang jadi pilihan saya untuk buat "My 2015 Makeup" ni adalah :


Hah..semua pink..semua produk ni murah je..harga dia affordable..nak buat rutin harin pun boleh :)




DOLLY WINK LIQUID EYELINER IN BLACK

Harga : RM55.90 (Sasa Outlet)

Hehe..memang produk yang paling saya suka lah..eyeliner yang sedia ada ni pun da tinggal nyawa-nyawa ikan..dapat yang ni memang seronok habis..saya suka pakai eyeliner..err..mungkin sebab ini je yang reti? haha..tapi memang saya suka pakai..hari-hari pakai sebenarnya..pakai bedak, pakai eyeliner..itu wajib :P 


Tengok! Senang gila pakai oiii..halus betol eyeliner ni..senang nak handle..takda comot bila pakai nanti..kalau salah sikit, boleh repair sebab yang salah tu halus je..hehe..ini berdasarkan pengalaman sendiri :P




MAYBELLINE BABY LIPS ELECTRO POP

Harga : RM14.90 (Pasaraya / Guardian / Watson)

Saya suka gila pakai lip balm..da macam-macam jenis lip balm da yang saya pernah pakai..antara yang jadi favorite lip balm dari Maybelline..tapi yang Electro Pop ni saya belom pernah beli lagi sebab saya suka beli yang warna putih..tak warna la senang cite..


Then, bila saya cuba pakai Baby Lips Eletro Pop ni, rasa macam best pulak sebab warna pink kat bibir jadi just nice..nampak natural je..tak melekit..takda bau tak menyenangkan..kira best lah..boleh jadi salah satu dari list favorite lip balm saya :)




COLLECTION HOTLIGHTS LIPGLOSS

Harga : RM24.90 (Pasaraya / Guardian / Watson)

Mesti pelik kan kenapa nama dia hotlights? Lipgloss ni adalah yang paling ohsem sekali saya pernah ada..hehe..sebab nya bila bukak je lipgloss ni, ada lampu menyala!


Pastu siap ada cermin dekat lipgloss ni..kalau awak dalam gelap..dalam toilet ke..dalam parti je..kan ke gelap? haa..lipgloss ni memang sangat membantu..ada lampu siap-siap da..takda la comot bila pakai nanti..hehe





MAYBELLINE COLOR SHOW NAIL POLISH

Harga : RM9.90 (Pasaraya / Guardian / Watson)

Err..yela..memang saya tak pakai pun nail polish ni..tak pernah pakai pun sebenarnya..tapi sebab ada dalam Beauty Box kan..review jugak lah..hehe..mana tau bermanfaat untuk orang yang pakai nail polish kan? :)


Dari apa yang saya baca, tengok dan cuba..Maybelline Color Show Nail Polish ni warna ni sangat cantik..sesuai untuk dipakai oleh orang yang gelojoh macam saya ni sebab dia memang tahan lasak...pastu warna dia shining..jauh lagi da boleh nampak kuku-kuku mu itu~


Okey.


Siap..jadi macam mana rupanya My 2015 Makeup tu? 


Mekap harian saya..memang macam ni lah kalau ke mana-mana pun..takda mekap lebih-lebih..tapi kan..untuk tahun 2015..nak pergi mana-mana event, takkan nak mekap dull macam ni jugak kan?


So, untuk tahun 2015 ni macam nak try something new..


Dengan tambahan ini..

Eyeshadow

dan lipstick sikit..




My 2015 Makeup is like this!!



Mekap saya masa pergi Party Of The Century hari tu..walaupun agak comot, tapi saya mekap sendiri okey...hehe..dengan produk basic tadi, Dolly Wink Liquid Eyeliner, Maybelline Baby Lips Electro Pop, Collection Hotlights dan tambahan sikit eyeshadow dan lipstick, i've got my 2015 Makeup! Wee~~ Rasa seronok pulak bila da belajar sikit-sikit macam mana nak mekap :)


Settle task 2..task 3 coming soon :)

Untuk info lanjut tentang produk yang saya bebelkan tadi, boleh jengah FB diorang okey?

Maybelline : https://www.facebook.com/maybellinenysimplyfab
Collection : https://www.facebook.com/CollectionCosmeticsMY
Koji-Honpo : https://www.facebook.com/DollywinkMalaysia



xoxo,


post signature

Citra Mulia Kosmetik : The Face, Dr.Herbal & Milano Ashley

28 January 2015

 Assalamualaikum awak~


Kali ni saya nak perkenalkan satu lagi produk kecantikkan yang datang nun jauh dari Indonesia tu ha...tapi produk ni menggunakan teknologi Korea tau..Produk yang saya maksudkan adalah The Face, Dr. Herbal dan Milano Ashley dari Citra Mulia Kosmetik.

Fuhh..agak banyak produk yang ada dekat Citra Mulia ni..tapi kali ni saya just nak review produk yang saya bagitau tadi tu dulu..awak jangan risau, walaupun produk ni datangnya dari Indonesia, tapi produk ni da pun mendapat kelulusan KKM..siap stamp lagi no tu dekat semua produk..so jangan risau ok? Sesungguhnya memang selamat untuk digunakan :)




THE FACE



Notification Number The Face dari KKM

The Face Supreme Whitening ni ada dua jenis...day and night..gel ni jernih je warna dia..tapi kat dalam gel tu ada circular ring yang juga merupakan sebahagian dari gel serum tu jugak..ohsem kan? Cantik gila..sayang nak pakai..hahah


The Face Supreme Whitening Day Gel Serum


The Face Supreme Whitening Day Gel Serum 50ml
Harga : RM69.90


Nampak tak circular ring tu? Cantik kan..bukan saja cantik, tapi pelbagai manfaat :)

Serum untuk menjadikan kulit cerah dan bersih. Ia juga sebagai anti penuaan, menghilangkan kerut di wajah, serta melembabkan, melicinkan, dan memutihkan kulit. 

Fungsi Gel Serum:
Mengurangkan bekas-bekas jerawat
Memutihkan kulit wajah
Menghilangkan flek hitam
Mencerahkan warna kulit
Meratakan warna kulit
Mengecilkan liang wajah
Menghaluskan dan mengenyalkan kulit

Cara penggunaan:
Bersihkan muka anda. Sapukan sedikit serum dalam tapak anda dansapu lapisan nipis serum cair di bahagian muka anda, urut sehingga diserap sepenuhnya.
Gunakan setiap hari waktu pagi, dan akan mendapat kesannya selapas penggunaan 7 hari.

Ingredients



The Face Supreme Whitening Night Gel Serum


The Face Supreme Whitening Night Gel Serum 50ml
Harga : RM69.90


Yang Night pun sama..ada circular ring..tapi warna silver pulak



Serum untuk menjadikan kulit cerah dan bersih. Ia juga sebagai anti penuaan, menghilangkan kerut di wajah, serta melembabkan, melicinkan, dan memutihkan kulit. 



Fungsi Gel Serum:

Mengurangkan bekas-bekas jerawat

Memutihkan kulit wajah

Menghilangkan flek hitam
Mencerahkan warna kulit
Meratakan warna kulit
Mengecilkan liang wajah
Menghaluskan dan mengenyalkan kulit



Cara penggunaan:

Bersihkan muka anda. Sapukan sedikit serum dalam tapak anda dan sapu lapisan nipis serum cair di bahagian muka anda, urut sehingga diserap sepenuhnya.

Gunakan setiap hari waktu malam, dan akan mendapat kesannya selapas penggunaan 7 hari.


Ingredients




DR. HERBAL


Dr. Herbal Whitening AB Cream (2x20g)
Harga : RM99.90


Notification Number Dr.Herbal dari KKM

Dr.Herbal Whitening AB Cream ni ada 2 jenis..Krim Siang (Cream A) dan Krim Malam (Cream B)

DR. HERBAL Whitening AB Cream, produk perawatan kulit wajah yang 100% dibuat dari bahan herbal untuk membantu menjaga kelembapan alami kulit wajah sehingga tidak nampak kering dan juga berfungsi untuk mencerahkan warna kulit. Wajah akan mulai terlihat kenyal dan cerah dalam seawal 3 hari.

Dr.Herbal Whitening (Cream A) - Krim Siang


Macam foundation..boleh digunakan sebagai alas bedak


Dr.Herbal Whitening (Cream B) - Krim Malam


Cair sikit dari krim siang..yela..takkan malam nak pakai tebal-tebal kan? hehe




Manfaat :
Mencerahkan dan memutihkan wajah.
Wajah kusam, gelap dan kekuningan kembali menjadi putih bersinar.
Menghilangkan flek-flek, jerawat dan noda hitam
Menghilangkan tompok yang disebabkan oleh sinaran uv
Menjaga keanjalan kulit wajah
Mengatasi liang besar dan bekas jerawat sehingga wajah kembali menjadi mulus dan halus
Menghilangkan kedutan pada wajah.
Menghaluskan dan memberi kelembapan semula jadi bagi wajah.

Cara penggunaan :
Bersihkan wajah terlebih dahulu. Sapukan THE FACE GEL SERUM.. Ambil Krim secukupnya. Sapukan krim A untuk pagi dan krim B untuk malam.


Ingredients

Hah! Mesti da pening kan sebab banyak sangat? hehe..takpa..meh saya nak ringkaskan..senang je kalau awak nak guna produk Citra Mulia ni.


Turutan penggunaan :
The Face Supreme Whitening Gel Serum dan Dr. Herbal Whitening AB Cream

Siang :

1. The Face Supreme Whitening Day Gel Serum 
2. Dr. Herbal Whitening AB Cream (Cream A)

Malam :

1. The Face Supreme Whitening Night Gel Serum 
2. Dr. Herbal Whitening AB Cream (Cream B)

Nak lagi jelas, awak boleh tengok video yang saya sediakan ni khas untuk awak :)


Senang kan? Produk ni sesuai sangat untuk awak yang nak putih gebu gebus tu..sebab seawal 3 hari je da boleh nampak perubahan kulit wajah awak..7 hari untuk betol-betol nampak perubahan.

Walaupun Dr.Herbal ni diperbuat dari herbal 100%, tapi bau dia tetap wangi..takda la sampai pening kepala..saya memang paling pantang paling tak suka kalau produk kosmetic ni bau macam bau ubat..tak suka sebab rasa macam orang sakit...hehe


Okey.


Produk last..yang ni memang paling best sedap bau dia memang paling wangi lah. Serious tak tipu. Memang kalau pakai sebelum tidor..esok pagi bangun pun ada bau lagi..lepas mandi pun masih ada lagi bau dia sikit-sikit..fefeeling macam best je sentiase :p




Milano Ashley Lotion

Hand & Body Moisturiser


Ada 2 jenis jugak..

1. Milano Ashley Rose Tea (500ml)
2. Milano Ashley Green Tea (500ml)

Harga : RM18.50 sebotol

Manfaat :
Memastikan kulit anda kekal lembap sepanjang hari.
Menjadikan kulit anda berseri secara semulajadi.
Mengandungi banyak protein, mineral, dan vitamin yang menjadikan kulit anda berseri.

Pastu, bila pakai takda rasa melekit langsung..macam tak pakai pape, tapi wangi..boleh hilangkan kedutan pulak tu..huhu..sesuai sungguh la untuk peringkat umur yang da semakin meningkat ni.
Personally, saya suka yang bau Green Tea..kena dengan jiwa..cewahhh..haha..awak kalau teringin jugak produk keluaran Citra Mulia ni..boleh order online terus di laman web mereka..tak pun dengan saya pun boleh..hehe..



Untuk info lanjut, sila layari :

Website : http://citramulia.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/citramulia.my
Phone: +603-6274 6881 
Fax: +603-6273 1669



xoxo,


post signature
© AYUE IDRIS • www.ayueidris.com