SLIDER

Moist Diane Hair Care Mampu buat rambut saya lembut!

28 February 2015

Assalamualaikum~

Saya percaya, ramai antara awak yang bertudung ni mempunyai masalah sama macam saya. Kulit rambut tidak sihat, kelemumur, rambut gugur, rambut keras, macam-macam lagi lah. Betol tak? Saya faham sebab saya pun ada mengalami masalah yang sama. Terutama sekali masalah rambut keras kedegang tu.

Sumber : Google

Saya tidak faham kenapa dan bagaimana rambut saya mempunyai masalah macam tu. Pelbagai jenis shampoo da saya cuba, tapi hasil dia tetap sama. Mungkin ada la yang lembut sikit, tapi tidak betol-betol lembut. Disebabkan saya bertudung, jadi saya kurang ambil perhatian sangat dengan masalah ni.

Sumber : Google

Mesti awak rasa stress kan tiap kali lepas basuh rambut, masa rambut still basah, elok je cantik tersusun, jatuh ke bawah. Tapi, bila da kering, hamek kau macam baru lepas kena elektrik. Haha. Tambah-tambah masa shampoo, mesti awak tonyoh-tonyoh rambut tu sampai dia berselirat kan? Lepas tu masa nak sikat jadi macam mana? Horror. Tak sanggup nak cakap. Kalau yang ada masalah rambut gugur. Masa ni lah rambut tu akan gugur 200% dari biasa. Serious.

Sebenarnya saya sedang pakai satu shampoo yang da bertahun saya guna. Tak teringin nak tukar pun sebab saya suka bau shampoo tu. Macam yang saya cakap tadi, disebabkan saya bertudung, masalah rambut keras tu tak menjejaskan saya pun.



Sampai la saya hadir ke majlis pelancaran Moist Diane Hair Care. The Edge Hair Studio di Grand Millennium Hotel, saya diperkenalkan dengan shampoo premium dari Japan yang berasaskan minyak. Ada 8 jenis bahan yang terdapat dalam Moist Diane ni, antaranya :

Moroccan Argan Oil
Baobab Oil
Cupuacu Butter
Virgin Prune Oil
Lupine Oil
Andiroba Oil
Mango Seed Oil
Marula Oil

Cuci rambut di The Edge Hair Studio

Ada Argan oil tau! Argan oil tersangat lah bagus untuk muka. Dan sekarang ni saya dapat tau yang ia juga bagus untuk rambut. Kenapa?
Sebab Argan Oil dari Morocco ni mempunyai keupayaan untuk membersih secara mendalam, memelihara dan hydrate semula rambut setiap kali basuhan. Dengan berkonsepkan Oil Shampoo menjadikan Moist Diane berada didalam kategori Luxurious RARE sebab Moist Diane mempunyai kualiti yang setanding shampoo di salon, tetapi dengan harga retail. 

Tertarik kan? Ye, saya tau sebab saya sendiri teruja nak cuba Oil Shampoo ni :) 
Buat masa sekarang, hanya ada 3 jenis shampoo dari Moist Diane di pasaran Malaysia iaitu :


Moist Diane : Moist & Shine

Moist & Shine : Repairs damaged hair remarkably from the core with moisture ingredients. Leads to smoother, brighter hair
Sesuai untuk mereka yang inginkan rambut lebih lembut.


Harga : RM29.90 sebotol

New Generation Hybrid Rare : Argan Oil
Synergy Rare Oil : Cupuacu. Mango Seed Oil
PhytoCellTech Ingredient : Apple Stem Cell
Scalp & Hair Vitamin Ingredients : Vitamin B
Scalp & Hair Protein Ingredients : Amino Acid + Black Pearl, Jellyfish Collagen
Scalp & Hair Repair Ingredients : Complex Technology/ Rice Extract


Moist Diane : Volume & Scalp

Volume & Scalp : Recuperates damage scalp without any burden on skin. Rebuilds weakening barrier and moisture function of scalp
Harga : RM29.90 sebotol

Sesuai untuk mereka yang mempunyai kerosakan kulit kepala. Ia dapat menguatkan semula rambut yang lemah dan mengembalikan kelembapan kulit kepala.

New Generation Hybrid Rare : Argan Oil
Synergy Rare Oil : Marula Oil. Lupine Oil
PhytoCellTech Ingredient : Alp Rose Stem Cell
Scalp & Hair Vitamin Ingredients : Vitamin P. Vitamin H. Coenzyma Q10
Scalp & Hair Protein Ingredients : Collagen. Silk
Scalp & Hair Moisture Ingredient s : Aldavine. Deep Seaweed
Scalp & Hair Repair Ingredients : New Generation Phyto Peptide
Ion Complex Technology/ Rice Extract


Moist Diane : Extra Damage Repair

Extra Damage Repair : Repairs damaged hair by delivering nourishing moisture deep into the hair. Improves and replaces lost moisture inside hair and seals in the water to keep hair hydrated. Repair ingredients lead to moisture-rich, bright and shiny hair
Harga : RM31.90 sebotol

Sesuai untuk mereka yang mempunyai rambut yang rosak. Ia dapat memperbaiki rambut yang rosak dengan memberi kelembapan jauh ke dalam rambut dan menyimpan air di dalam rambut supaya rambut kekal hydrated.

Next Generation Hybrid Rare Oil : Cactus oil + Argan Oil
Synergy Rare Oil Ingredient : Cupuasu butter, Mango Seed Oil
PhytoCellTech Ingredient : Apple Stem Cells + Alp Rose Stem Cell
Extra Damage Release : Vitamin
Extra Damage Release : Nanokeratin + live keratin + honeytin amino acid + Black Pearl
Moisture Ingredient : G Hyluronic Acid (3 Types of hyaluronic acid), Jelly Fish Collagen
Scalp & hair Repair Ingredients : Phytopeptide Ion Complex Technology, Rice Extract



Antara ketiga-tiga jenis ni, saya da cuba yang Moist & Shine. Percaya atau tidak, rambut saya yang keras kedegang tu terus lembut selembut nya hanya selepas satu (1) cucian!! Seriously saya tak sangka Oil Shampoo ni sehebat ini. Kalau dulu saya selalu tengok iklan TV yang rambut model tu lulus lembut, tersusun teratur, jatuh elok je kan lepas shampoo. Tapi bila saya cuba, result dia tidak seperti yang diiklan kan. 


Sumber : Google

Dengan Moist Diane rambut saya jadi macam dalam TV tu! Whoa. Happy gila weyh. Mana tak nya, tak pernah saya bayang kan rambut saya boleh kembali terurus walaupun lepas seharian pakai tudung. Yela, pakai tudung mesti ikat rambut kuat-kuat. Pastu bila buka, rambut jadi ikal. Betol tak? Tapi lepas pakai shampoo ni, rambut saya elok je straight balik!!

Kalau awak nak tau, salah satu sebab yang buat saya suka sangat dengan Moist Diane ni adalah sebab shampoo ni silicon free dan greaseless walaupun dia berkonsepkan Oil Shampoo. Selalu awak lepas shampoo, pakai conditioner mesti rasa macam melekit-lekit, rasa tak berapa selesa sebab contidioner tu macam ada lagi dekat rambut kan? Tapi Moist Diane ni tak. langsung takda rasa melekit ke apa. Terbaik lah.

Tak percaya? Takpa, awak cuba beli dan rasa sendiri keajaiban shampoo ni. Mesti awak pun jadi macam saya. Simpan terus shampoo lama and start pakai Moist Diane. Hehe.





Awak boleh dapatkan di mana-mana Watson yang ada dalam Malaysia ni ok? Botol dia cantik sebab kristal clear. Yang jernih tu shampoo dan yang macam susu tu conditioner. Kalau nak beli haruslah beli dua-dua kan. Baru dapat kesan yang maksimum :)




Selamat melembutkan rambut :)



xoxo,

post signature

Flashmob Dance Competition sempena THRILLER LIVE IN MALAYSIA 2015

26 February 2015

Assalamualaikum~

Hari tu saya ada tulis entry tentang THRILLER LIVE IN MALAYSIA 2015 kan?


Sempena dengan Thriller Live yang akan berlangsung pada 19 hingga 25 March nanti, Milestone Production ada buat satu Flashmob Dance Competition pada 8 Feb 2015 hari tu di Main Entrance Pavillion KL dimana kesemua peserta menari menggunakan lagu-lagu legend Raja Pop, Michael Jackson.




Ada 7 kumpulan yang bertanding iaitu Swagxy, Souleganz, Acts-Treme 10 , Treblestepz , Setara Riddles , Rock the Streetz (RTS) dan Reflection. Awak boleh tengok sendiri betapa ohsemnya mereka ni buat flashmob dalam video di FB Page Milestone Production.

Acts-Treme 10 in action

Souleganz in action

Swagxy in action

Swagxy in action

Rock The Streetz in action

Setara Riddles in action

Treblestepz in action


Ohsem gila kan? Rare habis!
Saya sendiri belom pernah tengok flashmob depan mata. Selalu tengok dalam movie je.

Orang yang tengah shopping tu pun enjoy je tengok flashmob ni. Bukan senang okey nak tengok flashmob. Lagi-lagi bila dengar lagu Michael Jackson. Lagu yang memang kita dengar dari kecik kan. Sure enjoy punya. Flashmob Dance Event merupakan yang paling ramai sekali penyertaan dan menarik perhatian ramai peminat Michael Jackson. Tak kira usia tua muda, laki ke perempuan, apa bangsa atau agama, semua turut serta dalam pertandingan ni.

Ada lebih kurang 100 peserta flashmob, percaya atau tak dari umur 6 hingga 47 tahun pun join flashmob ni tau!



Pemenang untuk Flashmob Dance Compertition 2015 ni adalah :

Tempat pertama : Swagxy
Tempat kedua : Acts-Treme 1
Tempat ketiga : Souleganz

Champion - Swagxy with judges and Ms Grace Lee

Tahniah pada pemenang!!



Oh, tapi bukan tu je tau. Kalau awak rasa ada lagi kumpulan yang patut menang, awak bole singgah ke FB Page Milestone production dan vote 'like' untuk kumpulan yang awak suka. Tiga kumpulan yang mendapat LIKE paling banyak akan menang hadiah bernilai lebih dari RM10,000 yang terdiri daripada Wang Tunai, Tiket THRILLER LIVE dan pass ke Exclusive Dance Workshop by THRILLER LIVE Dancers dari UK!!

Untunglah siapa yang menang nanti.. Hehe.

Untuk awak yang nak pergi tengok THRILLER LIVE IN MALAYSIA 2015 ni di Stadium Putra Bukit Jalil pada 19 hingga 25 March 2015 nanti, cepat dapat kan tiket okey? Diorang tengah buat promo tau.



TICKET PROMOTION
Buy 4 Free 1 Promo (19th & 24th March 2015)

Buy 5 Free 1 Promo (20th, 21st & 22nd March 2015)

Tiket boleh di beli secara online melalui http://www.ticketcharge.com.my/
atau
Taip ‘Thriller’ & SMS ke 012-5157922



Tak sabar nak pergi nanti! Woohoo~


Untuk maklumat lanjut boleh singgah ke FB Page Milestone Production ye?



xoxo,

post signature

Resepi Pudding Parfait

25 February 2015

Assalamualaikum awak~

Macam dalam enrty saya sebelum ni.


Saya ada cerita yang saya menang buat pudding parfait paling cantik kan? 
Harini saya nak share resepi dia pulak :)
Senang je..takda kena masak-masak pun.


Ada macam-macam jenis Pudding Parfait ni, atau bahasa melayu nya, Puding Parfe. Yang untuk resepi kali ni saya cuma guna buah Kiwi dan Limau Gedang.



Puding Parfe dengan Limau Gedang dan Kiwi

Bahan-bahan

1) 1 biji limau gedang (dihiris segme dan belah 2)
2)  2 biji buah kiwi (dibelah 4 dan dihiris)
3) 30gm hirisan badam (dipanggang)
4) 30gm biji bunga matahari (dipanggang)
5) 30gm biskut oat rendah lemak
6) 100gm sapuan krim keju tanpa lemak
7) 60gm dadih Greek
8) 4 sudu besar madu
9) Bekas untuk hias puding parfe

Cara-cara

1. Putar krim keju dan dadih hingga sebati.
2. Satukan badam, bunga matahari dan biskut oat dalam satu bekas lain.
3. Letak sedikit limau gedang dalam bekas untuk dihias hingga jadi mcam satu lapisan.
4. Bubuh campuran badam. (agak-agak tinggi seperti buah tadi)
5. Sapukan krim keju.
6. Titiskan madu.
7. Kemudian ulang langkah 3 hingga 6 tapi menggunakan buah kiwi pula.
8. Siap, biarkan dalam peti sejuk selam 2 jam atau boleh dimakan terus.

Senang kan? Buat sampai dapat lapisan macam ni tau..baru cantik bak kata keknis..hehe :)


Selamat mencuba!


xoxo,

post signature

Pengalaman ke Anugerah MeleTOP Era 2015

23 February 2015


Assalamualaikum awak~
Semalam saya pergi ke Anugerah MeleTOP Era 2015 tu. Havoc habis okey. Ramai gila yang datang. Saya dengan Halim datang terawal sangat la pulak. Jenuh tunggu nak masuk Stadium Putra tu. 

Kalau nak diikutkan, AME 2015 ni kira anugerah pertama la yang saya pergi tengok secara LIVE. Itu pun Halim yang bagi tiket. Kalau tak tengok kat rumah je kot. Tapi kalau kat rumah, mungkin saya tengok Mentor Legend. Hahaha

Mula-mula sampai kami tengok Konsert Tirai AME2015 tu dulu.



Sekali terserempak dengan budak-budak kecik ni. Gigih la nak selfie walaupun phone bukan ada wide selfie. Niat hati nak nampak Anugerah Meletop kat belakang tu ha. Tapi apakan daya :p


Sebelum masuk stadium, hati ni berbelah bagi. Nak masuk tengok anugerah ke, or nak duduk dekat red carpet tu. Kalau masuk dewan, tak dapat lah snap gambar. Kalau duduk dekat red carpet pulak, nanti tak dapat tempat dekat dalam stadium. Maklumlah, free seat.


Akhirnya.

Saya masuk dalam stadium. 


Dan ini yang saya nampak dulu. Hehe. Pasangan serasi :p


Disebabkan saya belum ada camera canggih. Asyik jeling-jeling Halim sebab tengok dia bole zoom jauh dengan DSLR dia tu. Ini je yang saya mampu snap! 




Terus rasa nak beli camera tu membuak-buak okey. Beli sekali dengan lens yang bole zoom jauh gila tu. Pueh hati. Pastu da beli camera, tak yah kahwin sebab duit habis kat camera dengan lens je. Hahah. Ada yang kena hempuk dengan Qisti nanti :p




Tapi malam tadi memang happening habis. Ketawa pecah-pecah perut tengok gelagat si Johan tu. No wonder la dia menang besar malam tadi kan. 

Meh nak selitkan sekali siapa yang menang masa AME 2015 semalam k? :)


Keputusan Rasmi Pemenang Anugerah Meletop ERA AME 2015

Anugerah Artis Baharu MeleTOP

Ayda Jebat


Anugerah Bintang Online MeleTOP

Dato’ Siti Nurhaliza


Anugerah Couple MeleTop

Scha & Awal


Anugerah Program Radio Meletop

Johara Pagi Era


Anugerah Penyampai Radio MeleTOP

Johan


Anugerah Group/Duo MeleTOP

Akim & The Majistret


Anugerah Penyanyi MeleTOP

Dato’ Siti Nurhaliza


Anugerah Lagu MeleTop

Mewangi- Akim & The Majistret


Anugerah Program TV Meletop

Maharaja Lawak Mega 2013


Anugerah Drama Tv Meletop

Bukan Kerana Aku Tak Cinta


Anugerah Hos/ Pengacara TV MeleTop

Dato’ AC Mizal


Anugerah Artis Lawak MeleTop

Johan


Anugerah Pelakon TV Meletop

Zul Ariffin


Anugerah Bintang Filem Meletop

Nelydia Senrose


Anugerah Filem Meletop

Abang Long Fadil


Anugerah Top Top Meletop (Perempuan) : Ayda Jebat
Anugerah Top Top MeleTOP (Lelaki) : Johan


Tahniah buat semua pemenang :)

Lagu Mewangi tu memang layan betol lah. Best gila kot. Kalau dengar dalam kereta mesti bukak kuat-kuat. Konon nak feeling :p



Tengah syok-syok tengok, baru teringat yang kami kena balik awal sebab naik LRT. Menyesal pulak rasanya tak naik kereta sebab tak dapat tunggu sampai habis. Tapi takpa la, ada ulangan kan nanti?


Rupanya bukan kami je yang nak balik awal, ada jugak yang ngelat keluar awal :p



Mungkin "keluar awal" kami tu tak berapa nak awal sebab tren nak ke KL Sentral da habis. 
Terpaksa la call Qisti mintak datang kat Masjid Jamek ambil kami ni ha. 

Muncung sedepa okey! 

Senyap je dalam kereta. Hahah. Mana tak nya, pukul 1.30 baru saya sampai rumah. 
Penat gila!!

Memang pengalaman + pengajaran. 



Okey. Sekian.

Pengalaman pertama tengok anugerah secara LIVE. Pasni agak-agak nak pergi tengok lagi tak??
Tunggu Halim bagi pas media pulak lah.

Tettttt!!


xoxo,



Credit picture : IG Erafm | IG Astro Gempak
© AYUE IDRIS • Theme by Maira G.