Pengalaman ke Anugerah MeleTOP Era 2015

23 February 2015


Assalamualaikum awak~
Semalam saya pergi ke Anugerah MeleTOP Era 2015 tu. Havoc habis okey. Ramai gila yang datang. Saya dengan Halim datang terawal sangat la pulak. Jenuh tunggu nak masuk Stadium Putra tu. 

Kalau nak diikutkan, AME 2015 ni kira anugerah pertama la yang saya pergi tengok secara LIVE. Itu pun Halim yang bagi tiket. Kalau tak tengok kat rumah je kot. Tapi kalau kat rumah, mungkin saya tengok Mentor Legend. Hahaha

Mula-mula sampai kami tengok Konsert Tirai AME2015 tu dulu.



Sekali terserempak dengan budak-budak kecik ni. Gigih la nak selfie walaupun phone bukan ada wide selfie. Niat hati nak nampak Anugerah Meletop kat belakang tu ha. Tapi apakan daya :p


Sebelum masuk stadium, hati ni berbelah bagi. Nak masuk tengok anugerah ke, or nak duduk dekat red carpet tu. Kalau masuk dewan, tak dapat lah snap gambar. Kalau duduk dekat red carpet pulak, nanti tak dapat tempat dekat dalam stadium. Maklumlah, free seat.


Akhirnya.

Saya masuk dalam stadium. 


Dan ini yang saya nampak dulu. Hehe. Pasangan serasi :p


Disebabkan saya belum ada camera canggih. Asyik jeling-jeling Halim sebab tengok dia bole zoom jauh dengan DSLR dia tu. Ini je yang saya mampu snap! 




Terus rasa nak beli camera tu membuak-buak okey. Beli sekali dengan lens yang bole zoom jauh gila tu. Pueh hati. Pastu da beli camera, tak yah kahwin sebab duit habis kat camera dengan lens je. Hahah. Ada yang kena hempuk dengan Qisti nanti :p




Tapi malam tadi memang happening habis. Ketawa pecah-pecah perut tengok gelagat si Johan tu. No wonder la dia menang besar malam tadi kan. 

Meh nak selitkan sekali siapa yang menang masa AME 2015 semalam k? :)


Keputusan Rasmi Pemenang Anugerah Meletop ERA AME 2015

Anugerah Artis Baharu MeleTOP

Ayda Jebat


Anugerah Bintang Online MeleTOP

Dato’ Siti Nurhaliza


Anugerah Couple MeleTop

Scha & Awal


Anugerah Program Radio Meletop

Johara Pagi Era


Anugerah Penyampai Radio MeleTOP

Johan


Anugerah Group/Duo MeleTOP

Akim & The Majistret


Anugerah Penyanyi MeleTOP

Dato’ Siti Nurhaliza


Anugerah Lagu MeleTop

Mewangi- Akim & The Majistret


Anugerah Program TV Meletop

Maharaja Lawak Mega 2013


Anugerah Drama Tv Meletop

Bukan Kerana Aku Tak Cinta


Anugerah Hos/ Pengacara TV MeleTop

Dato’ AC Mizal


Anugerah Artis Lawak MeleTop

Johan


Anugerah Pelakon TV Meletop

Zul Ariffin


Anugerah Bintang Filem Meletop

Nelydia Senrose


Anugerah Filem Meletop

Abang Long Fadil


Anugerah Top Top Meletop (Perempuan) : Ayda Jebat
Anugerah Top Top MeleTOP (Lelaki) : Johan


Tahniah buat semua pemenang :)

Lagu Mewangi tu memang layan betol lah. Best gila kot. Kalau dengar dalam kereta mesti bukak kuat-kuat. Konon nak feeling :p



Tengah syok-syok tengok, baru teringat yang kami kena balik awal sebab naik LRT. Menyesal pulak rasanya tak naik kereta sebab tak dapat tunggu sampai habis. Tapi takpa la, ada ulangan kan nanti?


Rupanya bukan kami je yang nak balik awal, ada jugak yang ngelat keluar awal :p



Mungkin "keluar awal" kami tu tak berapa nak awal sebab tren nak ke KL Sentral da habis. 
Terpaksa la call Qisti mintak datang kat Masjid Jamek ambil kami ni ha. 

Muncung sedepa okey! 

Senyap je dalam kereta. Hahah. Mana tak nya, pukul 1.30 baru saya sampai rumah. 
Penat gila!!

Memang pengalaman + pengajaran. 



Okey. Sekian.

Pengalaman pertama tengok anugerah secara LIVE. Pasni agak-agak nak pergi tengok lagi tak??
Tunggu Halim bagi pas media pulak lah.

Tettttt!!


xoxo,



Credit picture : IG Erafm | IG Astro Gempak

Join the conversation!

  1. Seronoknya. time ni iday tengah bungkus doorgift. Hahahahaha :)

    ReplyDelete
  2. Memenag happening AME malam tadi..tgok kat rumah pun dah pecah2 perut gelak..hahaha..Tahniah buat semua pemenang :)

    ReplyDelete
  3. Salam singgah pagi Ayue...wahh...bestnya dapat tengok secara live....

    ReplyDelete
  4. hoi kak! gilaaa pantas...hahahaha...Sally baru masuk opis...mata bengkak lagi ni haa :P

    ReplyDelete
  5. Tahun lepas pergi , tahun ni malas. Hahaha. Adik jela yang usung camera jadi cameraman Hlive. Bagi tiket pun taknak. Ekekeke. :P

    ReplyDelete
  6. Untung ahh bergambar dengan retis. hahah :D

    ReplyDelete
  7. wahhhh . best :) johan paling kelako . haha

    ReplyDelete
  8. Banyak2 pengacara semalam, Johan memang paling kelakar

    ReplyDelete
  9. bestnya bestnya! tapi serius AME ni terbaikkkkkk sebab host best!!!!! tambah lak ada si johan senget tu,haha.... onie tgk kat umah je,tak mampu nak join sebab hantar adik ke asrama...sobsobsob... akak,yang gambar first sekali tu budak ceria pop star kan?suka dgr suara dia,best :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah onie..masya ceria pop star..akk pun suke suara die..sedappppp sgt! tinggi la hai die ni..nmpk matured walaupun budak lg :p

      Delete
  10. haih they should reward u one anugerah meletop too tau :D

    ReplyDelete
  11. Anugerah seperti ini memang tak akan pernah habis awal and for sure kita akan sampai lambat ke rumah. Sekitar 1 pagi tu normal la. Hahahaha.

    ReplyDelete
  12. bestnyer dpt tgok live mcm ni..tp mase mudaku sudah tamat...wuaaa meraunggg !

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.