Movie Review - Ah Boys to Men 3 : Frogmen

16 March 2015

Assalamualaikum~

Rasanya ini pertama kali saya review movie kan? Hehe. Mula nya saya memang tak tahu apa pun pasal movie ni, tapi bila da tengok, seriously best gila! Terus ter-flash back balik zaman masa jadi rekrut Wataniah dulu.

Full Movie Review Ah Boys to Men 3 : Frogmen

"Ah Boys to Men 3 : Frogmen" ni adalah komedi aksi tentang sekumpulan rekrut muda di Tentera Laut Singapura. Ia menceritakan pengalaman rekruit tu sempena latihan mereka dengan Unit Selaman Tentera Laut (Naval Diving Unit - NDU).

Yang bestnya cerita ni, sepanjang masa saya rasa macam semangat kerjasama sekumpulan tu kuat walaupun hanya tengok wayang. Penat and seksa gila latihan-latihan yang diorang buat tu. Terasa macam saya ada sekali dalam latihan diorang tu pun ada. Tapi kelakar habis. Ada pulak scene sedih sampai saya menangis. Eh? Haha. Yela, bila tengok Lobang terpaksa hantar mak dia ke penjara sebab keadaan mak nya yang tak dapat nak dibendung lagi dah. Menitik air mata ni.


Sinopsis :
"Ah Boys to Men 3 :Frogmen" menceritakan tentang pengalaman rekruit Singapura sebelum pengasasan ABTM. Akan tetapi, Ah Boys ini dietempatkan di Unit Selaman Tentera Laut (NDU), dan bukannya Pulau Tekong. Watak utama termasuk Ken Chow (Joshua Tan), anak muda yang selalu cuba mengelak NS, Aloysius Jin/Wayang King (Maxi Lim) yang tidak disukai oleh rakan kabinya, Lobang (Wang Wei Liang) yang selalu cuba menipu rakan kabinnya. Watak baru termasuk Hei Long/Black Dragon (Wesley Wong), seorang ketua samseng yang jahat dan selalu cenderong terhadap tindakan ganas. Selaku satu unit, mereka wajib melalui 40 minggu latihan keras. Adakah pasukan ni mampu menjadi satu daripada unit tentera elit di Singapura, iaitu "Frogmen"?

Dari start, sampai habis, kelakar. Langsung tak boring. Berapa bintang nak bagi ni? Hehe.
Awak kena tengok sendiri kalau nak tau betol ke tak saya cerita ni. Sure tak menyesal punya lah beli tiket wayang  :)




Movie : Ah Boys to Men 3 : Frogmen
Tayangan Malaysia mulai :19 March 2015
Rating : 9/10

"The only easy day was yesterday"



xoxo,


post signature

Join the conversation!

  1. sy baru tengok yg part 1 n 2. tu pun lama dah. :D
    tengok sbb banyak vlogger singapore blakon. hahhaa.
    taksangka memang best+lawak. :D

    serius nk tengok yg 3 nie lak. :3

    ReplyDelete
  2. oo citer ade sambungan ... ;) kena tonton nie

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.